Bercuti sakan semua naa...hujung minggu buat apa? Kami biasa-biasa saja...Pergi kenduri kahwin, terjah Mr Diy dan juga jengah-jengah Jusco. Bersih-bersihkan kereta, alih outdoor unit untuk aircond...ahh cerita biasa-biasa saja, tak ada yang lainnya...
Buat para pemenang Giveaway ‘Jom Kemas Rumah Bersama!’, saya akan uruskan hadiah dengan segera dan saya harap korang akan infom sama ada dah dapat atau belum dalam masa tiga hari selepas saya uruskan hal-hal pengeposan hadiah-hadiah tersebut. PENTING sebab saya taknak ada apa-apa masalah teknikal lain tau. Kesian korang menunggu hadiah lama-lama pulak nanti...;)
Ok, suka nau nak bermukaddimah segala...Sebenarnya hari ni nak berkongsi tentang susunatur kat ruang keluarga kami.
Saya harap anda taklah fikir yang rumah saya ni besar sangat sampai boleh buat ruang keluarga, cuma saya sendiri korbankan satu bilik untuk dijadikan ruang ni. Ada yang buat home office, ruang solat, ruang belajar dan sebagainya kat bilik lebih ni, tapi saya je yang panggil ruang keluarga. Sebabnya itulah tempat keluarga kecil kami berkumpul dan beraktiviti setiap hari.
Bilik ni kecik je...sekitar 9 x 10 kaki iaitu kurang dari 100psf. Memang comel, boleh bertemu bahu. Ah-ha!
Itu sebab saya pening nak susunatur ruang ni.
Dalam banyak-banyak tempat kat rumah ni, bilik nilah yang paling selalu diubahsuai kedudukan perabotnya. Alih sana, alih sini...semua serba tak kena kat mata...
Susunatur bilik kecil macam ni dan digunakan untuk fungsi ruang keluarga, saya kena bijak bahagikan kepada perkara-perkara utama seperti berikut. Saya gariskan ikut pemikiran "apa yang perlu ada di ruang keluarga versi saya?"
1) Ruang belajar dan kerja ibu dan ayah.
2) Ruang explorasi anak-anak.
3) Ruang menonton.
4) Ruang simpanan barang.
Ni saya siap lukis pelan lantai nak cerita kat korang. Gigih tak gigih jugaklaa...malam tadi menyiapkan...kehkeh
Rajah 1 |
Ini kedudukan paling awal bilik ni (siap Rajah 1 segala). Tapi sudah tentulah yang lebih awal dari tu ialah kosong kosong kosong. Beli sikit-sikit barang.
Meja belajar ada rak, rak buku 1 & 2, meja belajar budak dan perabot-perabot lainnya. Semuanya dibeli dengan bajet rendah punya! Tak ada yang mahal-mahal. Asal boleh pakai, sudahhh...
Meja belajar rendah tu sebenarnya meja kopi yang diambil dari ruang tamu. Disebabkan saya rasa kedudukan meja ni tak perlu untuk ruang tamu saya sebabnya nampak sempit dan keduanya memang dah ada meja makan untuk jemput tetamu minum, maka meja kopi ni dimasukkan ke dalam bilik keluarga untuk berkhidmat sebagai meja belajar kedua.
Meja printer paling memberi kenangan sebab dibeli masa awal kahwin...kat Kluang lagi masa tu.
Susunatur ni tak selesa sebab tak ada perkara yang penting iaitu ruang tempat duduk. Tak selesa berbaring di lantai untuk menonton sebab tivi dimount pada dinding dan kedudukannya agak tinggi dari paras mata ketika baring.
Susunatur ni macam tulah, hari ni buat pastu bila cuba praktikkan, esok-esoknya akan tahulah ada kelemahan, dan perlu diperbaiki. Putaran kehidupan biasa...
Rak buku 1 pada Rajah 1 tu perlu dikeluarkan untuk diletakkan sofa di situ. Maka, ubahsuai lagi kepada susunatur di bawah ni (cerita rak buku yang dikeluarkan tu ada di SINI).
Rajah 2 |
Maka, cuba pula keluarkan satu meja belajar anak tu, dan ubahsuai lagi susunatur menjadi seperti di bawah ni.
Rajah 3 |
Punnn terasa sempit daa...dah kata, memang bilik tu kecik. Sangat mencabar nak susunatur ruang comel ni ok! Huhu
Paling tak selesa ruang tempat duduk untuk menonton tu. Memang salah sorang je boleh duduk sofa tu. Ruang aktiviti anak-anak pun sangatlah terhadnya!
Akhirnya, jangan putus asa, ubah lagi!
Kali ni, ahkak keluarkan semua yang kaler biru kat Rajah 3 tu. Out! ;p
Sehingga jadi macam kat bawah ni.
Rajah 4 |
Terkini! Amekkk...dah sampai ada ruang kosong taktahu nak buat apa! Ah-ha!
Meja belajar ada rak kaler merah tu (Rajah 4) sama designnya dengan meja bertentangan dia tu. Beli dengan kakak sendiri je. Susunaturnya diubah dari melintang kepada menegak sebab bila susun macam ni, terasa bilik tu bertambah luas!
Kiranya ini ruang kerja/belajar ibu dan ayahlah - dan susunatur kawasan kerja ibu ni dah dibuat sikit-sikit dengan barang Ikea yang ada diceritakan kat SINI hari tu - cuma belum siap sepenuhnya lagi untuk dikongsi. Punyalah lama, ye dak? ish ish
Meja kerja tu pulak beli kat Tesco je (paling murah RM50 je) - bertujuan untuk lebihan ruang kerja untuk ibu - merangkap akauntan rumah. Tiap hujung bulan pening dengan segala kertas resit dan bil untuk dilunaskan. Tu yang perlu ruang kerja lebih tu!
Meja kopi sekarang dah bertukar tugas dari meja kerja ayah kepada meja aktiviti anak-anak.
Dan sofa merah yang dikeluarkan tu letak kat ruang tamu (ada cerita kat SINI).
Dan ruang kosong...haa...nak buat apa tu?
Dalam minda ni, banyak idea nak buat...kena pelan-pelan kayuh. Ikut kemampuan masa dan bajet yang ada.
Antara perancangan untuk susunatur ruang ni:
1) Beli sofa bed. Kenapa sofa bed dan bukan sofa biasa? Pertama, sebab nak ruang duduk yang lebih untuk ibu dan ayah. Kedua nak ada fungsi bed sebab mudah anak-anak nak baring atau tidur sebelum masuk bilik utama. Kalau baring kat lantai akan ganggu lalu lalang dan terasalah sempit. ---> DONE!
2) Wujudkan ruang isu semasa atau sudut informasi contohnya countdown to Ramadan. ---> DONE!
3) Wujudkan ruang untuk membaca - ada rak untuk display buku. ---> DONE!
Korang ada apa-apa cadangan tambahan tak? Kut ahkak boleh berfikir di luar kotak jugak ^^
Nantikan pendedahan EKSKLUSIF susunatur bilik ni...SOON ya...in shaa Allah!
Harap ada masa nak kongsi =)
Harap ada masa nak kongsi =)
Ada sesapa hujung minggu penuh cerita susunatur/deko? Jom kongsi!
19 comments:
wow siap ade layout plan...suke2 :)
saya pun ada satu bilik cadangan untuk buat ruang kerja. pening jugak nak menyusunnya sebab husband nak buatkan bilik tu bilik solat jugak..sila postkan cepat gambar selepas, nak ideaa plss..hihi.. :)
ehe..kita minat betul buat floor plan ni taw..awal2 masuk umah, jap jap amek kertas - lukih...;p
jom zura jom..nk cilok idea zura jugekkkk ;p
betul tu...buat floor plan baru nampak...kalau tak nak berimaginasi jek kerjanya...sy suka nak ambik aura org rajin kemas rumah...tq
haha sama kita...sedut aura orang lain gak ni...jom sharing2 =)
Hehe bilik kecil mmg ssh nak susun brg kan..tp klu tgk kt ikea ruang kecik pon dia design nmpk cantik dan cosy je wpon byk brg hihi...
tu kena fuluz byk tu izu..klu bajet ciput, hasil pun ciput..ahaha ;D
Wow, xsaba nk tgu hasilnya... =p
Btw, ruangan ni sama besar je ngan master bedroom saya.kecik cenonet je bilik saya...pening kepale nk susun atur perabot.
ah-ha cabaran tul kan? phew!~
wah bestlah blog nie...boleh bagi inspirasi kemaskan rumah
http://welovesusuibu.blogspot.com/2013/06/kebaikan-mealshake-terbukti-100.html
salam, rajin beno melukis nye, kalau teman jgn harap ler, lecturer suruh lukis diagram pun malas, hehehehehe
tak rajin sgt..cuma minat je..=)
ahahaha, boleh geng ngn i. siap ada plan, bgs btl. tak sabar hendak tgk hasilnya fizah.
kita pun tgh mikir hendak buat ruang kerja. tapi taktau la bila hendak terlaksananya. ruang banyak tapi serabut. one day, akan ada juga opis kecil dlm rmh ni yg semestinya hijau. :)
aaa..hijau mesti sweet kan...bilik ni kaler ijau n sofa bed gonna be oren...hijau dan oren cantik! =D
tenkiu dear ;)
O bilik rupanya, tadi sy igt mcm hall ke.. Tu rs pelik sikit dgn susunan n design layout ni. Api mmg pening la kan kalo kita cuba nak decorate rmh kita yg kecik lawa2 dgn nak ada ruang itu ruang ini, hihi...
hi sis.suke bc blog sis..inspired!hehe...pon suke wat floor plan..selagi xmasuk umah abru selagi tu lukis dan lukis...ntah ape yg dilukis pon dh xtau.hik3
Post a Comment