Pages

Thursday, October 23, 2014

DIY Meja Daripada Pintu Terpakai

Assalamualaikum wbt,

Walaupun ahkak tenggelam timbul dalam kesibukan yang melanda, haruslah juga perhatian diberikan kepada blog tersayang ni. Alhamdulillah jualan Home Binder 2015 by SusunAturSioca sangat memberangsangkan. Tak kusangka ramai yang berminat dengan Pakej 3. 

Saya memang target nak jual 6 set je Pakej 3 tu. Tapi ramai yang bertanya, tak sampai hati pula tak tunaikan. Bukan apa, masa yang ada tu sangat terhad nak berulang-alik ke kedai binding. Tu je masalahnya. Kalau bab lain insyaaAllah bisa diatur. 

Apapun, saya sangat-sangat bersyukur kerana ramai yang berminat dengan Home Binder ni. Saya memang sangat mengharapkan dengan adanya Home Binder ni, dapatlah sedikit sebanyak membantu urusan kehidupan kita agar lebih teratur, efektif dan memberi makna. InsyaaAllah.

Dapat pulak customer-customer yang sweet macam kat bawah ni...menangis keharuan ahkak...

Dapat kakak macam ni, sejuk hati rasaaa.....sweet sangattt....

Kakak yang ni pulak nak hadiahkan untuk kawan katanya, seorang datin. 
MasyaAllah baiknya hati...menjadi inspirasi buat saya...


Ada beberapa set lagi menunggu untuk dibinding. Semua tu kena tunggu sebab divider Jan-Dec tu dah habis stok. Kena tunggu tuan kedai re-stock dulu. Dalam minggu ni nak kena setelkan dan pos pada customer. Mohon maaf kena tunggu ya kawan-kawan.

IKEA delivery pun tak kurang juga sambutannya. Dah dua kali delivery saya tak sempat kongsikan di sini. Satu, order dari orang Nilai yang nak beli rak buku. Kedua order dari return customer yang nak beli sekian banyak hadiah untuk cabutan bertuah sekolah. Wahhh kalau saya yang menang hadiah-hadiah tu, mau menangis kegembiraan tiga hari tiga malam...;P 

Tapi, kaki ni macam nak tercabut jugaklah ulang alik dalam IKEA tu sebab barang-barang untuk cabutan bertuah tu kat market hall belaka. Kalau kat rak/seksyen boleh terus terjah. Ni kat market hall kena perhati satu-satu, kalau terlepas pandang nak kena patah balik dari awal. Memang kebas kaki, tangan, pinggang, urat mata semua...;)

Jangan tanya camne kitorang tolak tiga buah troli ni, sambil bawak budak bertiga tu. Macam penguin dah rasa. Hahaha ;D

Padat.

Ok berbalik kepada cerita meja. Inilah akibatnya lama tak update, rasa nak 'muntah'kan semua cerita dalam satu entri...-___-''

Al-kisah, ingat tak sebuah cerita tentang pintu terpakai dan tersadai di ruang airwell satu ketika dahulu?

Nak buang sayang. Nak simpan semak. Jadi, ada baiknya kita tukar pintu yang tak digunakan tu kepada sesuatu yang lebih bermakna.

Ideanya sudah tentu cilok dari kawan-kawan jugak. Yang ni dicilok daripada wararies..:)

ADILS Leg IKEA Adjustable feet make the table stand steady also on uneven floors.
ADILS yang diperlukan untuk dijadikan kaki meja boleh didapati di IKEA.

Mula-mula kita pasangkan base dia.

Pastu slot in kakinya.

Ulang-ulang sampai siap.

Disebabkan meja ni panjang dan ditakuti melendut maka kami pasangkan tapak tambahan kat tengah-tengah. Nanti tinggal nak slot in kakinya je.

Pandangan bawah meja.

Tak semenggah rupanya kalau tak beralas...lagipun takut juga kena selumbar kat hujung-hujung yang tercabut tu...

Jadi kita beli alas getah plastik je, alaskan atas meja tu...tahan lasak sket...warna pulak merah menyala...;p 




Dah ada alas, beli kerusi pula {pun dari IKEA}.
Nak duduk camne kalau takde kerusi, iya dok? ;p

Meja ni bukan untuk kegunaan harian pun. Kalau nak buat barbecue ke, bakar sate ke, golek kambing ke {amboiii ;p} kat luar ni, barulah nampak kegunaannya. Atau ada kenduri ke, nak basuh pinggan mangkuk ke, periuk ke, bolehlah letak kat sini keringkan. Kekdahnyaaa....;)

Yang penting misi tercapai: 
  • Pintu tak perlu dibuang. 
  • Rumah bebas barang tak digunakan. 
  • Ada meja tambahan untuk urusan memasak di luar lagi! 

WIN-WIN situation...!! I loikeee...;);)

Ada sesiapa DIY-DIY jugak macam ni? Mesti ramai yang kreatif lagi inovatif kat luar sana kan...jom share dengan kita-kita di SINI...!! Ada penaja baru lagi uolsss...jom terjah!! :)

 photo footer.png

20 comments:

  1. wahhh kreatiffnyaaaaa ..... berguna meja ni kan.. asal²nya drpd pintu je yer..

    ReplyDelete
  2. sis..

    sangat kreatif..
    pasni saya akan beli jugak kaki meja nanti untuk meja study saya..yeayy!

    ReplyDelete
  3. kreatif..jimat duit kan bila tau berDIY ni

    ReplyDelete
  4. salam kak fizah..kaki meja 'adils' tu boleh tahan beban bape kg ye?rasa2 ia boleh x guna sebagai kaki bangku panjang..saya pun ada pintu almari xpakai,so ingat nak buat bangku panjang tp mslh nya kaki bangku tu tak pandai nak buat guna kayu biasa..harap boleh share ye..;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam natasha, mengikut product dimensions yg disebut dalam IKEA, kaki tu berdiameter = 4 cm, berketinggian = 70 cm dan max. load/leg = 50 kg..harap membantu! ♥

      Delete
  5. wow!!!!!!!
    kagum! boleh buat ni...hehehhee..tu solid door ke kosong dalam die sis?

    ReplyDelete
    Replies
    1. mengikut kata husband, pintu jenis macam ni tak fully solid...ada juga bahagian2 yg kosong..tu sbb husband tak approve idea sy nak potong kecik2 pintu ni nak buat rak. last2 menjadi dia sebuah meja. ",)

      Delete
  6. cantik tema...suka sangat..hehehee

    ReplyDelete
  7. kreatif betul laa fiza ni.. plus barang2 yg diguna pun sume within budget. lg tambah best sbb fiza dok dkt ngan ikea. kita ni jaooooooooohhhhhh benoo nak pegi. mmg x penah jejak la kaki ke sana.. (T_____T)

    ReplyDelete
  8. Kak fizah, nk tanya sikit ukuran drawer akak..lebar, tinggi? Yg akak kongsikan entry pada june 18.. Hehe thanks!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. lebar 20cm
      kedalaman 18cm
      tinggi 9cm

      hope it helps! ♥

      Delete
  9. wah x tau pun ada jual kaki meja gini kat ikea.. tq for info fizah.. kot2 in future ada idea utk diy meja .. ;)

    ReplyDelete

Terima kasih di atas semua komen-komen yang diberikan. Kehadiran anda semua di sini sangat-sangat saya hargai. Saya akan cuba yang terbaik untuk membalas dan meraikan setiap kunjungan anda, dan mohon maaf sekiranya ada sebarang kekurangan ^^,