Pages

Tuesday, March 18, 2014

Tambah Unsur Ceria Di Ruang Keluarga

Assalamualaikum wbt,

Pehabaq semuaaaaa....? =)

Terima kasih kepada semua kawan-kawan yang menyertai Cabaran Family Area...masih berlangsung sehingga hujung April ya. Dan alhamdulillah ada penaja hadiah lagi...jengah SINI ok. Terima kasih Syahida sudi tambah hadiah...best pulak tu hadiahnya...^^,

Untuk kawan-kawan Melaka, tawaran servis hantar barang Ikea telah dibuka untuk bulan April. Sesiapa berminat terjah ENTRI NI.

Hujan kan 2-3 hari ni? 

Alhamdulillah sikit pun jadilah, sejuk sikit rasa dunia ni...

Layan sungguh duduk tepi tingkap dapur sambil perati tanah berlubang-lubang ditimpa butir-butir hujan seperti mutiara...bunyi derapan air yang jatuh di awning rumah...bising yang menyamankan...bau segar tanah yang segera naik selepas kering gersang dengan habuk jerebu dan panas asap...

Allah...nikmat Tuhan yang mana hendak kita dustakan? Semuanya milik Dia...wajar sangat kita merendah diri tunduk patuh mengabdikan diri kepada-Nya...

Sejuk setelah panas yang berpanjangan...sungguh nyamannn...=)

Dalam nyaman-nyaman yang ada, teringat pula kenangan dulu-dulu bila selesai menyiapkan satu lagi dinding ruang keluarga kami. Ahhh...cerita lama juga ni. Nak kongsi-kongsi saja...

Dinding kosong yang jarang tuan rumah nak biarkan tak berfungsi...ada juga niat nak beli rak ikea tapi fulus belum mencukupi...maka tercetus idea lain...



v



v



v



v



v



v



Lekatkan foam puzzle Pooh ni...idea ni ada ternampak suatu ketika dahulu kat blog Sue dan Kak Aty...sumber inspirasi tu =)



Terselit seketul bola...Pooh jugak...






Saya bukanlah peminat Pooh sangat tapi kadang tu rasa macam comel jugak kartun ni...cuma tulah kadang kacau sikit sebab ada haiwan pink tu...hehe sibuk je dia nak masuk jugak...;p

Kebetulan, tengok-tengok koleksi gambar tahun 2007...

Masa tu menyewa dengan kawan-kawan, degree semester akhir kat UKM...terjumpa pulak gambar barang-barang masa belajar...bebudak sangat rasanya...

Sekarang? 

Mak budak sudahhh....;p

Notice board kat meja belajar tu DIY sendiri je pakai polistrin gabus...gambar bawah koleksi barang dalam almari baju...

Kotak merah pink love tu masih terjaga elok sampai sekarang =)



Entah pakai handset apa entah zaman ni amek gambar...kenangan sungguh...=)

Bila kadangkala kita menoleh ke belakang, ada pahit manis kehidupan telah jauh kita tinggalkan...ada ketika datang waktu susah sehingga kita rasa sesak dada menghadapinya...waktu tu rasa macam "....ahhh aku tak boleh hadapi semua ni lagi...ianya terlalu menyakitkan..."

Tapi kini apakah kita masih merasakan perasaan yang sama setelah kita berada pada kehidupan yang sekarang? 

Allah. Telah keluarkan kita daripada setiap kesulitan yang pernah kita lalui itu. Sehingga kita kini merasakan tanpa kesulitan itu semua, seolah-olah apalah erti kehidupan kita sebagai manusia. Manusia dan ujian itu seperti kembar. Selagi ada kita di dunia, memang ujianlah yang akan kita terus dan terus hadapi. Kalau nak terus gembira dan bahagia tanpa derita, insyaaAllah itu nanti di syurga. =)

Memang seronok sekali sekala menoleh kenangan semalam ditemani hujan yang akur perintah Tuhan turun membasahi bumi. 

 photo footer.png

28 comments:

  1. mana dpt poon form tu..
    biasa jumpa abc je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kat cowboy melaka..jumpa terus berkenan :)

      Delete
  2. Semua Pooh yer..peminat setia nie..hihihi..semakin ceria nampaknye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq mama ila....Kebetulan je tu, bukan die hard fan...:p

      Delete
  3. seragam Pooh. ada jugak koleksi tu...sy sampai skrg pon masih pakai t shirt Pooh. Kadang2 dah sama ngan anak2.

    ReplyDelete
  4. Replies
    1. Lbh kurang..sweet sama dgn tuannya...

      Kikiki pewasan :p

      Delete
  5. Hahaha.. bak kata dato siti dulu: "po-oh". Cian dia jadi bahan gelak.

    Akak pun ada "sekor" pooh. Abg nizam kasik masa nak tackle i dulu kah kah kahhhh... now hariz dok heret sana-sini. Suka sgt dia main.

    Kreatif lekat2 kat dinding tu. Nanti boleh bukak semula tak? Pakai gam apa fizah?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita suka sebut pu-uh...mcm comel je rasa :p

      Blh bukak blk kak ayu..pki double tape je tu...tp buroks nti dinding..kena prepare idea nk touch up spt cat atau wallpaper :) takde keje cari keje namanya ni...hihi

      Delete
  6. ceria sgt! beli kat mana foam puzzle pooh ni fiza? kalau bilik anak perempuan mmg sesuai sgt ni kan...

    ReplyDelete
  7. hi nak follow back tp ntah kenapa error je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sy pun sama..entah blogspot ke blog sy yg prob..kena click 'more options' baru tekan 'follow' :)

      Delete
  8. nampaknya lagi muda remaja mmg minat susun atur ya.

    jadi ceria sudut tu bila ditepek dgn kartun pooh. gd idea!

    ReplyDelete
  9. salam fiza.. sampai sekarang saya masih suka dgn kartun.. suami pun xleh kata apa. dirumah saya mesti ada teddy bear tp bila dah berusia ni saya suka simpan yg kecil2 ajer..comel sgt.

    ReplyDelete
  10. peminat pooh rupanya fizah ni. syukur ahamdulillah setiap perbuatan, cabaran dan rintangan yang kita hadapi dulu tu sebenarnya berbaloi untuk lihat semula. kenang semula, dan senyum dengan apa yang telah pengalaman itu menjadikan kita. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wadus zura klu dah berfalsafah...hebakk :)

      Semoga ujian hari ini menjadikan kita manusia yg lbh baik esok hari...kan zura? :)

      Delete
  11. Alaaa tomei omeinyaaaa laaaaa siap pooh yer...kalau kat rumah ni dah lama tercabut tu haaa...

    ReplyDelete
  12. idea yang bernas kan.kalau anak su mmg suka la mcm ni..heee

    sorry kak lama tak komen blog akak.laptop dah xde nak komen pakai tab susah benor.tapi su setia baca blog akak ni..peminat setia..heee

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..takpe akk paham...akk pun tgh sibuk lately...asek tak sempat bw...harap tak tertinggal apa2 cerita penting...cewah ;)

      Delete
  13. salam kak, first time jalan2 blog ni...
    seronoknye tengok semue bende bersusun..
    tak saba nak ade rumah sendri..

    ReplyDelete
  14. ala biarlah akak, kesian kartun pink tu...kiut ape..hahahaha...
    walaupun akk kata tak minat pooh, tapi saya rasa akak minat tu sebenarnyeeee...hihi..

    ReplyDelete
  15. Kak nak tanye mcm mn u lekatlan sofboard tue ke dinding.i gune double sided tercabutla huhu.xkhatam belajau.hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. letak byk2 atau pjg2..haha...tp nanti buruk la dinding kalau nak cabut lepas tu..kena kikis cat lama dan cat baru..tp tu laterla..kalau masih nak buat jgk blh takde hal...mcm td caranya buat byk2 tapenya atau pjg2..dan guna double tape yg heavy duty..gudluck!

      Delete

Terima kasih di atas semua komen-komen yang diberikan. Kehadiran anda semua di sini sangat-sangat saya hargai. Saya akan cuba yang terbaik untuk membalas dan meraikan setiap kunjungan anda, dan mohon maaf sekiranya ada sebarang kekurangan ^^,