Pages

Wednesday, March 26, 2014

Makeover Clipboard For Meal Planning Chart

Assalamualaikum wbt,

Saya pernah kongsikan di entri susunatur ruang pantry tentang clipboard ni. 

"Tuannya nak DIY something dulu"...ingat tak?

Hah, hari tu siap dah projek mini saya tu. Jadi, marilah saya kongsikan hari ni hasilnya dengan anda semua. 

Sebenarnya saya pernah tanya Jen, camne dia buat clipboard kat rumah dia semuanya look fancy dengan corak yang cantik-cantik? Kalau cari kat kedai memang tak jumpa corak macam tu. Then dia reply kata dia guna contact paper yang coraknya sama ada memang ada dijual atau diprint je sendiri. 

Contact paper tu macam kertas sticker/wallpaper yang da siap-siap gam kat permukaan belakang dia tu.

Saya tak ada contact paper tu, stok kertas stiker pun dah habis...jadi saya gunakan kertas A4 biasa je, print corak chevron hijau dan guna double tape dan sellotape untuk lekatkan ke clipboard.

Yang paling tricky ialah kat bahagian yang ada clip tu...kena ukur betul-betul saiz untuk kita potong kertas tu...

Guna pisau ya...


Ni bila dah siap dipotong.

...dan masukkan kertas tu ke dalam clip tu.

Sebabnya saya pakai kertas A4 jadi kenalah pakai dua helai kertas supaya cukup nak cover clipboard ni...kalau ada A3 size lebih mudah. Sekali pasang je dah cover terus semua.

Guna pembaris untuk ratakan sambungan kertas pertama dan kedua tadi.


Terbalikkan...

...dan lipatkan lebihan kertas tadi ke belakang.

Ambil lagi dua helai kertas siap dicetak coraknya dan cover pulak bahagian belakang ni.

Kalau guna contact paper, boleh discard langkah ni. Ni sebab saya agak 'rimas' tengok lebihan kertas dilipat ke belakang tadi tu, maka terpaksa tampal lagi dua helai kertas corak ni untuk tutup belakang clipboard ni






Dah siap, bolehlah gantungkan di tempat asalnya.

Dan lekatkan Meal Planning Chart.




Kalau nak guna, ambil je dan bawa ke meja untuk tulis menu dan senarai keperluan. Kena pastikan tangan kering tau, kalau tak corak tu kembang nanti.

Rutin mingguan, merancang menu dan senaraikan keperluan untuk dibeli.

Takde kaitan dengan ruang keluarga ek? 

Alaaaa....bolehlah sekali sekala cerita lain kan....hehehehe

Korang jangan ngelat pulak tau...marilah teruskan perkongsian ruang keluarga korang DI SINI...;D

 photo footer.png

39 comments:

  1. rajinnyaaaaaaaaaaaaaaaaaaa...
    teringin gak nak buat camni, tapi ntah jadi ntah tidak.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. try je buat dulu dear...jd tak jd blkg kira =)

      Delete
  2. rajin dan organized sangat fizah ni. bilalah nak rajin macm fizah. T__T

    ReplyDelete
  3. cantik dan kreatif. Saya pun asik terfikir gak camne la nak dapatkan corak zigzag mcm tu. Thanks kat Fizah sbb sudi share.

    ReplyDelete
  4. rajin sungguh...takde buat apa ni...sendiri risau

    ReplyDelete
  5. Fizah...kemasnya kerja tgn awak. Sy klu bab balut membalut ni alahai..comot hasilnya huhu. Eh doakan sy jd sorang yg rajin memasak yer, tgh berazam ni hbs pantang nnt nak aktif di dapur. Sekarang ni dah sarat, apa pun x lalu huhu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaaAllah azimah pasti boleh!! skrg rehat dulu ok =)

      Delete
  6. Replies
    1. corak glemer ni...nk buat kat dinding pun blh..tp kena terlajak gigih tu ;p

      Delete
  7. rajin.. meh tolong buatkan utk yana jugak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihiks...saje je ni yana isi masa terluang..

      Delete
  8. Kemas awak buat, teliti!
    Saya punya menu dlm kepala je, pastu baru tulis bhn diperlukan kat notes hp.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe kdg2 sy buat gitu gak tp bila tulis ni feeling dia lain..eheee

      Delete
  9. Fizah, mcm mn fizah screw kan rak tu... X rosak ke cabinet..?

    ReplyDelete
    Replies
    1. screw mcm biasa je ain..klu cabut rak tu nmpklah kesan screw...klu rak tu mmg nk letak situ tak nmpk screw..hee =)

      Delete
    2. Fizah punya cabinet solid wood ke bukan... Selalu tengok blog omputih buat mcm ni teringin jugak tapi takut.... Hehehehe... Kemas betul kerja fizah...

      Delete
    3. Melamine board je..solid wood mahal nau..hihi. cubalah dulu..insyaaAllah ok tu...letak benda2 ringan mcm rempah, tin2 gitu je..:)

      Delete
  10. Akak ni memang sifulaaaa.sangat gigih...ni su xsabar nak buat betul2 kat rumah su tu,.nak organizing mcm akak

    ReplyDelete
  11. insyaaAllah dipermudahkan urusan sue..wahh malatops aa umah sue pasni..=)

    ReplyDelete
  12. salam cik Fiza,
    nak tanya yang gantung tue beli kat mane yek ? tempt letak susu ngan jagung tue ... dan jugak rempah bagai tue ... cantik lah cam nak buat plak

    ReplyDelete
    Replies
    1. rak stainless steel tu ke dear? tu tesco mari tu =)

      Delete
  13. akk, nk tanye..mane ye nak beli square glass jar tu? bape liter tu? cantik n kemas..doakan kite ad rumah sendiri ye? so boleh wat cmni.hehe ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. mimie, akk beli di pasaraya cowboy melaka. tak pasti la pulak berapa liter tp tinggi dia macam bekas sos spageti tu tp this one square dan material dia plastik.

      insyaaAllah akk doakan dipermudahkan urusan mimie utk duduk rumah sendiri...=)

      Delete
  14. Replies
    1. sy buat sendiri ummu shaima'...belum sempat letak lagi kat page Koleksi Boleh Cetak..later sy letak ok insyaaAllah =)

      Delete
  15. cantek... as always. hehe...
    sampai tak tau nak komen apa. hehe

    ReplyDelete
  16. Assalamualaikum. pertama melangkah sini. sngt kreatif. tk nyesal follow blog ni. boleh di aplikasikan bila nk kawin nnti ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam wbt..terima kasih liyliz. belum kahwin pun blh apply dah =))

      Delete
  17. Loves chevron!! U selalu jumpa wrapping paper cantik2 kan. Jealous!

    ReplyDelete
    Replies
    1. this time iols print sendiri corak tu..hehe

      Delete
  18. Replies
    1. chevron mmg cun kan kak..iols peminat sgttttt ;)

      Delete
  19. Assalamualaikum..seronok bace blog sis..sgt terujaaa!!! Skg suka baca blog susun atur dlm rumah..byk beri ilham..thank sis :)

    ReplyDelete

Terima kasih di atas semua komen-komen yang diberikan. Kehadiran anda semua di sini sangat-sangat saya hargai. Saya akan cuba yang terbaik untuk membalas dan meraikan setiap kunjungan anda, dan mohon maaf sekiranya ada sebarang kekurangan ^^,