Pages

Tuesday, January 28, 2014

Perlu Ke Notice Board Di Ruang Belajar?

Assalamualaikum wbt,

Sebelum nak cerita pasal tajuk hari ni, saya nak bagitau yang kita ada PENAJA HADIAH lagi untuk segmen cabaran study room yang sedang berlangsung sekarang ini. Alhamdulillah! =) Saya dah tengok hadiah-hadiahnya...peh memang best sangat-sangat! Kalau korang nak tahu apa hadiahnya, bolehlah tengok di SINI ya. Terima kasih Yana yang comel dan baik hati ^^, Jangan lupa follow blog Yana, dia pun organizing junkie jugak tau...=)

Berbalik kepada tajuk.

Al-kisah, notice board saya ni sebenarnya foam board yang saya beli pada mulanya untuk lekatkan kertas-kertas aktiviti anak-anak.

Tapi, mungkin tak berapa sesuai guna board ni untuk tujuan itu sebab diorang asyik cucuk-cucuk board ni sampai naik lunyai kawan tu -..-

Sebelum board tu jadi arwah, ada baiknya saya ambil, selamatkan dan gunakan untuk kegunaan sendiri ;)

Masa mula-mula beli dan gunakan, beginilah rupa board tu {masa tu Zuhair masih dalam perut tu yang takdak nama Zuhair}...Cantik comel je, dipin-pin dengan gambar yang diprint sendiri guna kertas foto dan printer {sudah arwah pun sekarang printer tu ;p}

Cadang nak tampal kertas-kertas aktiviti anak-anak...antaranya lukisan pertama anak sulung saya ni.

Tapi, as time goes by...budak-budak yang tinggi daya imaginasi ni, ditambah pulak cepat bosan dengan pemandangan yang sama setiap hari, mula mencabut gambar-gambar dan kertas yang ada...pastu guna kuku diorang scratchkan board ni...wuwuwuwuu...nangis mak tengok hasil kreativiti mereka...:')

Tapi, jangan risau emak tak akan mengalah...cepat-cepat ambil dan selamatkan board tu sebelum patah riuk diterokai...ha ha ;D

Gunakan wrapping paper kegemaran {dah habis stok dah pun wrapping paper ni} untuk menaiktaraf rupa board yang dah uzur tu...macam biasa gunting-gunting, balut-balut, tampal-tampal...proses biasa...:)

Pastu, dok pikir...guane nak tampal ya...sama ada nak tebuk lubang kat tengah dan gantung pada penyangkut pooh atau sekadar lekat double tape...

Akhirnya pilihan kedua menang...guna double tape sudah...

Bilik ni antara bilik paling banyak digantung benda-benda pada dinding...ada frame untuk isu semasa la, ada peta dunia la, ada peta Malaysia la, ada tivi, ada white board, ada rak gantung...eh eh...banyak kan...hee...kata bilik pelbagai fungsi...belasah je lah... ;p

Macam kemas je kan...hehe haruslah kemas dulu sebelum amek gambar...kalau tak, fingsan! ;p

Pastu, buhlah nak buh apa kat notice board ni...kad Hari Ibu pun adooo...

Berbalik kepada soalan perlu ke notice board di ruang belajar ni? 

Bagi saya, ya SANGAT PERLU! 

Sebab saya suka dapat tengok benda-benda yang menarik macam gambar kat atas ni...kira macam terapi gituuu...dan jugak boleh letak macam-macam benda penting lainnya...

Kadang saya buh bil yang pending belum dibayar, sekadar nak tengok supaya tak terlupa bayar. Yang dah bayar akan dimasukkan ke dalam fail.

Mohon DO'A semua semoga kita semua sama-sama BERJAYA dunia akhirat...:')

Ni gambar waktu meja lepas kemas...biasanya meja saya macam meja Bill Gates, Mark Zuckerberg, Einstein semua tu....muahahahaaa ;D {yelahhhh...kan orang kata meja kalau bersepah ni meja orang-orang yang kreatip tapi saya idok berapa reti nak bekerja sangat kalau terlalu bersepah...serabuk rasa...lain orang lain resmi dia gituu kannn :)} 

Sekian perkongsian DIY kali ni. Yang penting, apa yang ada tu jangan dibuang-buang. Selagi boleh pakai, kita pakai ok. Duit yang lebih tu boleh buat beli barang keperluan susunatur yang lain. Ahaks ;))

 photo footer.png

21 comments:

  1. Penting penting penting..bleh tmpal kad kawen,jadual sek anak n etc..mcm sy letak kt sebelah meje solek,mmg slalu tgk...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul betul betul...kadang simpan dlm beg ke fail ke...ada possibility terlepas pandang...=)

      Delete
  2. puan blogger orang teghanu ke? ada slang teghanu doh dalam penulisang tu heheh!

    ReplyDelete
    Replies
    1. sy org melaka..tp ada kwn2 from ganu..tu yg byk terikut...hehe teganu kiterr...;))

      Delete
  3. penting! imah time study dulu memang ada notice board ni. senang..waktu mengelamun boleh gak belek2 gambar yg tampal kat notice board tu. hehe..

    ReplyDelete
  4. anak2 mesti bangga tgok hasil seni kat board kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah, ingat nak buat satu ruang khas utk displaykan hasil kerja diorang...kalau ruang kecik macam tak berapa cukup..masih mencarik idea ;)

      Delete
  5. penting pada saya fiza..saya belom ada can lagi nak buat meja sendiri...tumpang meja anak jek skang nih...huhuhuh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. takpe, blh tgk apa aktiviti anak..sambil menyelam minum ayak ;p

      Delete
  6. wah idea menarik ni.. boleh tiru tak? hehe saya mmg sukala dengan idea ni. nanti nak buat jugak kat rumah,

    ReplyDelete
  7. idea menarik ni fizah, boleh tiru ni hehe

    ReplyDelete
  8. hehe teganu kiter ye..ingatkan betul orang ganu gop tadi..
    neway, mamilisa time buat part time study (time bujang) adala soft board tu letak notes, reminder assignments..now dah tak perlu sangat soft board tu..terbiar je kat stor..huhu..ingat nanti nak gantung kat bilik lisa la..

    ReplyDelete
    Replies
    1. suka dgr slank org teganu..lembut je..he he

      blhlah letak kat bilik lisa...dah makeover bilik tu kan..mesti comeyyy ;))

      Delete
  9. suka..suka..suka... :)
    jgn risau cik fizah.. wrapping paper boleh restock.. aritu akak tgk ada kat tesco kajang kat kedai rm5 hinode tu.. akak pun beli gak.. sbb suka sgt tgk fizah guna... :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah, sy pun beli kat hinode...blh restok pasni..=))

      Delete
  10. wahhh..suka2..nice, rindu nak baca blog :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. aaaaa kakkkk....rindu jgkkk...hukhuk..update blog if sempat ok =))

      Delete
  11. kemasnyer..sejuk maa..bg mood dan.inspirasi syyg nk smbg belajar nih..

    ReplyDelete
  12. meja bersepah, hahaha. aku la tu. tahap karma punya meja bila sudah menurun dgn art. nak susun cemana, bubuh smua dlm tupperware, haha.

    ReplyDelete

Terima kasih di atas semua komen-komen yang diberikan. Kehadiran anda semua di sini sangat-sangat saya hargai. Saya akan cuba yang terbaik untuk membalas dan meraikan setiap kunjungan anda, dan mohon maaf sekiranya ada sebarang kekurangan ^^,