Oh kesayangan semua...rindu bangat mau nyembang-nyembang ama kalian...dilanda kesibukankah kalian semua...?
Hoho.
Terima kasih kepada yang sudi join Cabaran Study Room kita. Penaja pertama, Nurul kata kalau tak dapat follow blog beliau pun takpe. Yang ada akaun Google+ tu digalakkan follow...gituuu...terima kasih Nurul. Tapi, kalau dapat figure out follower widget problem tu ada bagusnya sebab ramai yang nak baca blog Nurul, termasuk saya. =)
Berkenaan tajuk, ada beberapa soalan yang sering saya terima, kira macam frequently asked question {FAQ} tentang bagaimana saya uruskan masa antara belajar, urusan kemas rumah dan tanggungjawab sebagai isteri dan ibu.
Sebenarnya, agak susah juga nak cerita dalam blog begini sebab takut orang salah erti. Tapi sebab nak face to face pun memang kesukaran juga sebab yang bertanya tu pun kadang jauh-jauh duduknya. Di Sabah pun ada {silent reader}. Dah cemana pulak nak ke sana? Kebanyakan yang bertanya mungkin sebab tengok blog ni memaparkan keadaan rumah yang sentiasa kemas dan tersusun, maka ada yang beranggapan 24 jam rumah saya memang 'cun' macam tu.
Jadi, sebelum meneruskan perkongsian, ada baiknya saya menjelaskan duduk perkara sebenar {ahah, duduk perkara sebenar sangat...;P}
Takde apalah, cuma nak bagitau...rumah saya bukanlah 24 jam kemas...ada waktu sepah tu sepah jugak cuma bezanya orang 'macam saya' ni mungkin akan cepat-cepat kemaskan semula sebab dah memang begitu fitrahnya diciptakan spesis camni. ;p Kalau orang putehs kata OCD kan. Haa...obsessive compulsive disorder gituuu...berbelit nak nyebut...spesis nak semua benda kemas tersusun ;p
Ni jiran tanya...sebenarnya jiran saya ni sambung belajar jugak.
Soalan lebih kurang sama dari kawan merangkap jiran...
Biasanya kawan-kawan yang sambung study {dan study from home} yang banyak tanya pasal benda ni sebab semua nak siapkan study dalam jangkamasa yang ditetapkan. Dan dilema yang selalu menghantui study-at-home-mom ni adalah macamana nak kekalkan momentum pengajian dan terus kekal bermotivasi sehingga ke sem akhir. Saya faham sangat dengan dilema ni sebab masa nak siapkan Master dulu, dilema nilah yang selalu menyerang saya. Sekarang bukan takde, tapi bolehlah sikit sebanyak tahu caranya camne nak tackle...
Selain student, ada juga surirumah yang menghubungi saya. Semua dah ada internet sekarang kat rumah. Agaknya selalu google pasal susunatur rumah, keluar pulak blog kecik ni dalam enjin carian...terus pulak e-mail saya tanya pelbagai soalan. Kebanyakannya tentang camne nak uruskan rumah...nak susun dapur, periuk belanga, pinggan mangkuk serving, masalah haiwan perosak...macam-macam...saya cuba balas semua persoalan tu sebaik mungkin semampu saya.
Ok, kita nak cerita apa sebenarnya ni? -..-
Oh yaaa...pasal rutin harian ya. Panjang sangat muqaddimah.
Ni lebih kurang laa asas jadual rutin harian saya, tak detail la kang jenuh pulak korang nak layankan ambe membebel...;p
Seperti yang saya WhatsApp pada jiran saya tu {entah-entah awak sedang baca jugak ek jiran ;p} rutin saya adalah seperti berikut:
Masak sarapan.
Pagi-pagi saya akan masuk ke dapur untuk siapkan sarapan. Sekarang ada jadual Meal Planning. Jadi , kebanyakan waktu saya akan ikut kata jadual. Tapi kadang 'menderhaka' jugak. Jadual tulis lain, tapi saya masak lain. Eheh...ikut masa dan keadaanlah ya...be flexibel gituuu...
Tapi sebelum mulakan tugas memasak tu, saya akan clearkan sinki. Biasanya malam sebelum tidur, basuh pinggan kotor semua dan toskan. Jenuh nak tunggu kering, mata dah ngantuk...jadi pagi-pagilah buat kerja clearkan pinggan mangkuk yang dah basuh semua tu.
Camne nak memasak dengan tenang kalau keadaan begini...? -.-'
Susunkan ikut kategori dan masukkan ke dalam rumah memasing....
Amek masa lebih kurang seminit dua jugak untuk kemaskan.
Now dah boleh memasak.
.
.
.
Mini Burger :: Cekodok Sempoi :: Pizza Homemade :: Spiral Macaroni :: Mee Goreng :: Mini Sandwich
Ikut dan kalau sempat buat juadah breakfast yang berat sikit, kalau tidak yang sempoi pun layan je...kadang tu ada jugak juadah yang anak tak gemar. Biskut kosong sapu jem stoberi jugak yang dia nak. Ibu layankan je...tu pasal ibu yang makin membulat. Haha.
Aktiviti anak-anak.
Selesai sarapan, suami pergi kerja dan mulalah aktiviti anak-anak.
Woohooo...ni part yang PALING MENCABAR...waktu ni lah saya rasa kena masuk gear rendah untuk pastikan rumah kemas. Lupakan standard kekemasan yang telah ditetapkan. Dan biar anak bereksplorasi sebebas mungkin mengikut batas-batas yang digariskan. Lepas bebaskan daya imaginasi itu dan jangan ditahan-tahan.
TETAPI....tetap perlu ada had. Semua perkara dalam kehidupan kita...tidak boleh berlebih-lebihan. Biar berpada.
Antara peraturan mudah bagi mengimbangi daya imaginasi anak-anak dan kekemasan rumah yang perlu dikekalkan adalah seperti melukis perlulah di atas kertas bukan di dinding, main satu bekas mainan pada satu-satu waktu bukan kumbah SEGALA mainan yang ada, main di satu tempat sahaja bukan kejap depan kejap dapur kejap bilik dan beberapa peraturan yang bersesuaian. Dan perlu diterapkan lepas main kena kemas semula.
Creative Time :: Playdough Time :: Animals & Vehicles :: Outdoor Activity :: Art Time :: Reading
Banyak ambil masa untuk perkara ni. Dilemanya sebab ada tiga usia berbeza. Aktiviti untuk kakak adakalanya tak sesuai untuk baby Zuhair. Jadi saya perlu kreatif dan banyakkan bersabar untuk penuhi keinginan dan keperluan yang pelbagai dan berbeza kanak-kanak syurga ni. Ada sebab kenapa saya tak hantar taska/pengasuh. Buat masa sekarang memang anak-anak sepenuhnya di bawah jagaan saya.
Masak tengahari.
Ada waktu-waktu anak-anak leka beraktiviti, saya akan masuk bilik belajar dan buat apa yang patut. Kut nak analisis data ke, run software ke, cari jurnal nak hantar ke, rangka tesis ke...curi-curi masa buat urusan study.
Kemudian suami saya balik tengahari, masa tu peak time saya. Dalam DUA jam yang singkat itu, saya perlu siapkan masak tengahari, selesakan anak-anak, kemas hasil aktiviti anak-anak tadi, solat dan makan. Itulah waktu yang saya rasa paling pantas saya perlu bekerja. Macam lipas kudung...
Syukur sangat, suami banyak membantu. Sementara saya masak, suami akan setelkan anak-anak dan kemas rumah. Kemudian sementara saya solat, suami layan anak-anak makan.
Cencaru Goreng Berlada :: Siakap Stim :: Cencaru Sambal Tofu :: Sambal Telur :: Siakap Tiga Rasa :: Ayam Masak Cili Padi
1 lauk utama + 1 lauk sayur + 1 lauk anak.
Berpeluh habis dah ni nak siapkan 3 juadah -_-"
Lepas dah siap masak, saya akan clear up pulak all the mess...{ada maid best ni, boleh sub kerja ni hehe}
Bersihkan sinki siap-siap lepas masak.
Ini kalau sedang masak, penuhhh sesakkkk....-..-
Jadi, bersihkan semua kesesakan itu...
Lepas basuh perkakas yang kecik-kecik dan keringkan, masukkan dalam kabinet..kemudian, basuh yang besar-besar pulak...kuali periuk semua tu...
Siapkan minum petang {sedikit masa untuk study}.
Lepas suami gi kerja, saya akan tidurkan anak-anak. Alya dan Zuhair senang tidur. Tapi Adni susahnya la haiii...yelah, dia dah 5 tahun. Umur macam tu, terrrrrrr....lalu banyak nak diimaginasikan dan dieksplorasi. Nak suruh padamkan semua api ingin tahu yang membara tu dan masuk zon tidur adalah suatu perkara yang sangat mencabar. Kenalah ibu fikirkan cara. Antaranya baring sekali...dan kadangkala terlelap sama. -..-
Kalau tak terlelap sama, saya akan masuk bilik belajar balik dan sambung kerja sikit-sikit. Dah petang tu mood nak study pun dah merudum jadi buat kerja lain macam blogging ke, kerja susunatur ke...tapi tu pun dapat buat kejap je...baru nak masuk gear tinggi sikit, anak-anak pun dah bangun dan memang TAKla nak buat kerja tu semua...sambung aktiviti dengan diorang je la jawabnya....;)
Pening dengan software, buat hobi macam dalam kotak dahsed biru tu...:)
Bila ada kerajinan yang berlebihan ;p saya akan siapkan minum petang pulak.
Begedil :: Churros :: Karipap :: Muffin Oreo :: Pengat Labu :: Kek Coklat
*tak pandai buat kek asyik merekah je -__-''*
FOCUS Study!
Then suami balik, solat semua dan saya masuk bilik kerja dan fokus STUDY secara maraton dan pulun selama TIGA jam. Itulah waktu berkualiti yang saya perlu fokus untuk study. Alhamdulillah memang banyak saya boleh buat dalam waktu yang sedikit tu. Nampak je sikit, tapi bila fokus memang boleh dapat buat banyak. Alhamdulillah suami pun tak keberatan nak take turn jaga anak-anak sementara ibu berperang di ruang jihad tersendiri. Gituuuu....;')
Ada jugalah waktu yang down dan malas nak study, tapi perjumpaan bulanan dengan supervisor dan geng projek sangat-sangat membantu untuk keep the motivation and momentum. Bila dah mula nak malas, tau-tau dah "eh, dah nak dekat waktu next presentation progress ni...kena buat sesuatu ni..."
...dan terus masuk balik gear study...gituuu...
Begitulah sedikit sebanyak jawapan yang boleh saya kongsikan untuk kawan-kawan yang bertanya tentang rutin harian saya. Mana yang baik tu jadikanlah tauladan, yang kurang tu tegur-tegurlah ya...=)
"Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi ALLAH ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu."
Jom sama-sama jadikan kesibukan yang melanda ini kesibukan yang diredhai Allah :)
p/s Cuba kongsi pulak rutin harian korang cemana...
akak adalah antara idola saya dlm.. dunia seorang ibuuuuuu..
ReplyDeletebangga dgn akak
obsessive compulsive
disorder ..kiteee sama
terima kasih dear sue...seronok ada geng sama penyakit ni...blh kongsi byk inspirasi dan motivasi =)
Deletewah, cantik rambut kakak adni..panjang, dah anak dara sangat dah :)
ReplyDeletepandaila fizah menguruskan waktu..kalo k.dd, buat part time degree dulu masa dah bekeluarga skarang taktaula rumahtangga cemane..
salute u dear :)
tq kak dd..rambut adni tu mmg dari kecik simpan.. sekali je potong...syg pulak ibunya ni nak potong..haha
Deletethumb up untuk awak..
ReplyDeletegigih sangat jadi sorang isteri ni sambil belajar sambil jaga anak dan rumah kemas
doakan sy dan kita semua ya cik hani...supaya istiqamah gigih memikul tanggungjawab =)
DeleteSesak napas makcik..
ReplyDeletefewiiittt lamaaaaaaa tak dengor citer ang...ke mana menghilang??
Delete{rindu perkongsian cerita ko...serius.}
Makcik kesesakan napas disini.
DeleteRindu jugak.. tapi tengah arrange masa...
So perkongsian ko hari ni memang kena la ngan tema serabut n kelam kabut ku.
hebat lahh . still ada masa untuk buat kek . tabik springgg lah kat akak !
ReplyDeletekek yg senang je yana...buat laju-laju. ;)
DeleteFizah, mmg sgt organised dan sangat rajin....campur lagi dgn sgt kemas...kagum dgn Fizah ;)
ReplyDeleteterima kasih linda...mariler sesama kita berkongsi cerita :)
Deleteakak memang kagum ngan awak fiza... :)
ReplyDeletesy pulak kagum dgn akak..ahaa...gituuuu....tq kak! =)
DeleteWah sgt kagum..sy yg sorg anak pun dah semput...=)
ReplyDeleteboleh tu fardilla ... nanti tambah anak tukar rutin lagi...begitulah kita ni para ibu...selalu kena adapt dgn cabaran-cabaran terhidang ... ;)
DeletePeh.. panjang cerita.. tabik spring la.. semoga dipermudahkan semua urusan fizah..run software per.. susah bunyi tu.. yana tau format pc jer..hehh
ReplyDeletePeh.. panjang cerita.. tabik spring la.. semoga dipermudahkan semua urusan fizah..run software per.. susah bunyi tu.. yana tau format pc jer..hehh
ReplyDeletetq dear yana atas doanya. =)
Deletesoftware berkaitan antena...ada hfss, matlab, etc ^^
terkagum jgk jadinya....
ReplyDeleteterima kasih khairiah...pinjaman Allah saja. segala puji bagi-Nya..=)
Deletejom kongsi2 cerita jgk jom...^^
Fuh...hebat fizah...ciyok2...
ReplyDeletetq nora =)
Deletefizah, u inspire me! dasyat ye tgk schedule tu hehe nak tiru sikit2 jugakla..
ReplyDeleteinsyaaAllah sama-sama kita ya min :)
Deletewahhh hebat la...kagum sgt tau!
ReplyDeletetq nana =)
Deletesalam...
ReplyDeleteperkongsian sgt best...=)
salam adik manis..tq =)
Deletesupermom lah..!!
ReplyDeletetabik spring lya kasi.hehe.
salam lya...pekabor awak? akk tgh tgu entri awak ;)
DeleteBab kemas dapur dulu baru tenang nk masak tu samalah dgn kak ayu. Takleh fokus kalu dapur tk kemas
ReplyDeletehee....simptom yg sama...yeahhhh!!! ;D
DeleteSeronok tau baru kenali fizah nih rasa ingin tahu lg...sbb Umi Qi tgk anda mmg seorang yg sgt rajin menyusun atur dan beri tips yg best masa susun atur secara bijak....terima kasih ye berkunjung di blog Umi QI...i followwwww :)
ReplyDeletetq umi qi datang terjah sini..malu i org fofuler mai sini..hehe :)
Deletewahhh saya baca pun rasa dah tak larat... hopefully saya jadi hebat macam awak.... amiin...
ReplyDeleteamiin amiin utk kita semua...insyaaAllah =)
Deletekagum..dgn anak, dgn belajar, dgn never ending kerja rumah...
ReplyDeletetabik salute....erk ada makan supplement tak ? (kot2 leh share, kot2 serasi ngan kita...)
ReplyDeletesetakat ni mmg belum amek apa2 supplement dear... sbb tgh nyusukan baby..takut nak try apa2 nti tak kena dgn anak...tp masih mencarik jugak ni. nak boost energy...;) kita pun masih search..kalu ada idea leh kongsi =)
DeleteHEBAT!
ReplyDeletetq mama rizqin...segala puji utk-Nya...lamaaaaa tak dgr perkongsian dari mama rizqin..we all waiting...=)
DeleteTak mampulah nak buat cam Fizah ni....
ReplyDeletesy suka tgk hasil air tangan mamafami...dari dulu lagi kagum...:) tq berkunjung sini...sy masak ala kadar, baking paling tak pandai .. haha. blh blajar dari sifu mamafami lah =))
DeleteLauk2 akak amat mengujakan...ada masa lebih share la byk2 lg ;)
ReplyDeleteUrm...teringinnye nak sambung belaja lg bila tgk akk mcm ni...hurm hurm hurm..
kategori sihat tak ni...??? ;p;p
Deletejom aa sambung gaks...jom jom!! =)
Really Impress....kagum sungguh sy nagn kesungguhan awk...
ReplyDeletetq dear...segala puji kembali pada-Nya...=)
Deletejom kongsi rutin harian awak plak.. jom-jom =)
such an inspiration story..moga berjaya dunia akhirat. Amin
ReplyDeletetq sgt kak asma...do'a utk akk juga...semoga kita semua berjaya dunia akhirat amin =)
Deleteko mmg terbaik mek, sila tunjuk ajar. ambilla aku menjadi anak muridmu.
ReplyDeletetabik mek, tabik spring da ni. keep it up mek. goodluck and all the best.
tq sebab beri inspirasi pada saya..setiap masa saya cuba adapt masa, ibu, isteri dan belajar..terjumpa blog ni..syukur..tq so much..dan lagi kagum bila tgk awak belajar dari rumah..aha, sy tak mampu kot..nway, apa push factor awak sambung belajar? bila down ms study, apa awak buat untuk bersemangat semula? hope boleh share..
ReplyDeletetq hani..insyaaAllah kita sama boleh..=) sy rasa yg paling byk membantu dari segi to keep the momentum adalah sbb ada perjumpaan dgn supervisor dan kwn2 sebulan sekali. masa tu kitorang akan present progress memasing. setakat ni mmg kaedah ni sgt membantu utk menaikkan motivasi yg merudum..my seposen harap membantu =)
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteFizah,so inspiring!best sgt baca blog u..sy nk minta pndpat skit as situasi sy sama dgn fizah nnti.sy akan brenti kerja nnti utk smbg master.so i will be a fulltime mom with 3 kids.4y,2y & 4month(full bf) n smbil smbg belajar.im still in dilemma samada ambil master by research di univ di utara(dah deal dgn bakal superviser utk jumpa sbulan skali) or smbg master by coursework di univ dekat dgn tmpt tinggal.im afraid sy x mmpu nk urus semuanya spt apa yg u berjaya manage n inspire semua org..tx fizah
ReplyDeleteassalam khalis, sorry ye lambat response..sbb rasa mcm pjg soklan, so jawapan pun shud be panjang gak..hehe
Deletetahniah kerana mengambil keputusan utk sambung belajar. ttg pilihan utk buat master by research atau by course, sy merasakan buat by course jauh lebih mudah dan cepat berbanding by research. Sebab by research ni kita taktahu apa rintangan yg bakal kita hadapi. Seperti masalah teknikal perlu order brg research, yg ambil byk masa utk smpi ke tangan pelajar, masalah kena selalu masuk lab sekiranya software yg ada hanya available di lab, kena selalu buat paper dan baca sekian byk paper, yg kesemua tu mmg akan curi masa kita dgn keluarga.
kalu by course kita tahu yg kita kena study betul2 dan jawab exam dgn yakin. projek last sem pun biasanya sgt simple dan mudah utk diselesaikan. di situ mmg byk masa dah blh jimat.
jadi jika diberi pilihan saya mencadangkn master by course. Dari segi kualiti masters tu sy rasa tak ada beza sgt antara by course atau by research walaupun sering dikaitkan by research tu bunyinya seperti hebat. tapi in the end ialah tentang diri kita sendiri. sejauh mana kita rasa berkualiti atau tidak masters kita tu.
Dan kalau ada pilihan, memang sy akan pilih pilihan yg tak memerlukan saya berjauhan dari famili. Susah juga nak survive dari segi ekonomi, masa dan emosi sekiranya berjauhan dgn famili ni.
Sy harap urusan khalis dipermudahkan ya. =)
Lg satu nak tanya..how bout dinner time semua..seems like dlm rutin u,after hubby balik solat n all terus masuk study..adakah lps suami balik semua tugas diambil alih termasuk tdokan anak2?sy terfikir mungkinkah masa study saya hanya akan bermula di tgh malam slpas semuanya tidur..but nnti bangun lambat pulakk..haihhh
ReplyDeletedinner kami lbh kurang pukul 6-7 pm gitu. solat maghrib sesama then suami ambil alih anak, sy masuk study. kdg sempat sy tido sekali dgn ank, kdg tak sempat diorang dah tido dulu. tp make sure peluk cium depa dulu...hihi. Mmg kadang waktu yg ada utk kita ni mak-mak study waktu tgh malam..sesuai sgt tu, blh tahajjud sekali =) ttg bgn lmbt tu, kadang sbnrnya bergantung kpd kualitii tidur. Walaupun kita tidur lmbt dan sekejap, tp kalu berkualiti insyaaAllah esok tetap cergas =)
Deletetabik springgg!!!pengurusan masa yg optomum...bagus btol idea meal planning..tq share idea erk..smoga diberkati perjalanan sbagai istri,ibu,pelajar...amin...
ReplyDeletekagumnya saya tgk akak.saya beranak satu ni pun jenuh nak uruskan.still amik masa haha
ReplyDeletedh la belajar part time.pening jgk sbnrnye.perasaan MALAS tu salah satu jugak.ish bila nak sedar ni.
Camna belajar kena g kelas??sy duk umah pengasuh tp bila tggal anak nangis2 cari sy sb direct bf n pengasuh pun mcm asyik mrh2 bdk n xlayan kalau nangis..
ReplyDeletesy takde kelas diana..sbb study by research..cuma sekali sekala kena masuk lab dan present progress depan supervisor..
Deletekalau ada kelas mmg sy faham susahnya sbb nak taknak anak kena tinggal..tp cuba cari pengasuh yg ok..sbb kesian kat anak kena marah dan tak diraikan perasaannya oleh pengasuh...sy doakan yg terbaik utk diana..do'a byk2 spy dpt jumpa pengasuh yg baik hati..insyaaAllah..:)
Assalamualaikum pn fizah..seronok baca blog u mgenai pengurusan masa dan rumahtangga .. tabik spring sbb blh study n urus rumahtangga setiap hari dgn baik..dan terima kasih sbb sudi share topik2 begini..sy mmg suka sgt topik2 yg bkenaan dgn pengurusan rumahtangga ni sbb sy suka buat semuanya sendiri selagi termampu..konsep DIY mmg tlh lama sy terapkn dlm diri..dgn adanya blog2 mcm ni mbuatkn sy lbh bsemangat utk mjlnkn tngjwb sbg isteri dan ibu yg berkerjaya..hehe
ReplyDeleteSaya suka cara awak organize rumah. Baru terjumpa blog ni hari ni. Jemput baca tulisan saya dan follow ye. Suka juga dapur yg sngt comel dan praktikal. Bertuah ada rezeki renovate rumah sikit2 kan?
ReplyDeleteTabik! Hebat cara awak organize hidup, family & rmh - superwoman gitu! :D Tapi kita mesti acknowledge, hubby awak tu pun hebat juga sbb sgt helpful & understanding.
ReplyDeleteSalam fizah..fizah ni ex ukm kan... xsangka fizah ni superwoman...hebat
ReplyDeleteem...bestnya cara awak buat susun atur waktu..samala sy..sebelum mula kerja kat dapur harus kosongkan n bersihkan sinki..kalau tak rasa serabut je..nk buat kerja pun serba xkena
ReplyDeleteassalamualaikum. thanks kak, walaupun baru je baca, tp at least dh nmpk sket view..skrg tgh preggy 1st baby, harap dpt hadapi keadaan kesakitan d ketidak selesaan badan ni smbil blaja..huhu..1 sem berlalu tanpa progress..rasa cam looser sgt..ibadah pn tunggang langgang..ni yg paling terasa..nk masak plak dh xda tenaga..sy jnis xleh tgk sepah plak, kdg2 tenaga dh hbis guna dlm toilet, cuci kipas, basuh langsir semua smpi dh xda tenaga nk msk d layan suami..last2 study pn ntah ke mana...:(
ReplyDeletewah.. beshnyer. teratur je..cukup cekap Fizah menguruskan masa...
ReplyDeleteAsalamualaikum Fiza
ReplyDeleteSy Aini, sy bercita-cita nak jadi lecturer. Sy dalam dilema skrg untuk menyambung pelajaran ke peringkat master, harap dapat membantu:
1)Mode Master apakah yg harus sy pilih coursework@research?(memandang sy bekerja& sudah bkeluarga dan mpunyai anak, melalui pmbacaan sy research student adakalaye 3,4 tahun masih tidak bergraduate).
2) Sy juga sedang survey universiti mane yg harus sy pilih?(sy memilih UITM kerana berdekatan tempat tinggal, tetapi cousin sy yg kini sedang menyambung phD menyarankan sy sambung di UPM @ mane2 research universiti)
waalaikumussalam wbt sisi noraini
Delete1. kalau nk jadi lecturer buat master by coursework pun dah ok. Ukm ada sediakn master by course setahun je...cepat siap blh terus buat phd...sbb lecturer biasanya wajib ada phd
2. Kalau buat master by course tak kisah u mana tp kalau nk cepat siap blh pilih ukm la sbb ada course sethn..klu buat master by research mmg better pilih research univ sbb diorg byk peruntukan so keje pun sng jalan.
ni pandangan peribadi sy je tau...kalu nk lbh yakin better cari pendapat dari mereka yg lbh pakar..hehe...apapun sy doakan urusan sis noraini dipermudahkan! :)
Alhamdulillah..tahniah Pn. {ke dah Dr. sekarang?} management yang baik dlm menguruskan rumah, keluarga dan diri sendiri. Gelagat anak-anak menjadi ujian kepada kita semua, walaupun kadang-kadang kita terasa macam kerja tak effisien dan habis-habis sebab sentiasa berulang-ulang kerja yang sama, tapi syukur di sisi Allah usaha kita yang dipandang dan di nilai bukan apa yang kita capai. Semoga saya dan semua dapat mengikhlaskan diri, kurangkan rungutan dan tambahkan kesyukuran. Semoga dipermudahkan urusan kita semua..ameen.
ReplyDeletebetul apa hajar katakan...
Deletebtw sy blm hbs study...doakan ya :)
Fizah, tq for the tips..i pon skrg study at home mom..sy akan amalkan tips yg fizah bg. Tq so much
ReplyDeleteTerima kasih sebab tulis tentang ni...
ReplyDeleteTkasih fizah.. sedikit sebanyak dpt beri juga motivasi.. Saya baru je memulakan pengajian Msc by course.. sblm ni sudah bkerja 9tahun (ibu berkerja).. Alhamdulillah dpt cuti belajar sudah tukar status ibu belajar.. sangat2 mencabar.. alhamdulillah banyak masa dengan anak2.. cabaran adalah waktu xde kelas dlm masa yg sama nak menyiapkan assignment dan ketika nak test.. mmg xdpt nk study.. terpaksa pergi library fakulti kebiasaan awal sblm mula kelas.. ptg sblm ke kelas hantar anak2 (5, 3, 1 tahun) ke rmh pengasuh. Sejujurnya tipu kalau saya kata xpernah mengeluh penat/letih menguruskan rumah, mana nak memasak sarapan, lunch, makan malam, kemas rumah, baju basuh, lipat kain,bersihkan rmh, melayan kerenah anak2... kerja rumah xhabis2.. cepat2 istighfar.. saya positifkan diri.. kna bersyukur atas nikmat dpt selalu dgn anak2.. Alhamdulillah.. suami byk membantu uruskan anak2 waktu mlm lps balik kerja.. kdg2 cabaran nak ulangkaji malam.. kna tidokan dulu anak2.. kdg tertido skali sampai ke subuh.. pagi sampai tghri.. uruskan rumah dan anak2.. 2ptg kdg hantar juga rumah pengasuh kalau xde kelas.. utk study dan siapkan assignment.. Doakan saya berjaya menamatkan pengajian master on time.. InsyaAllah dlm 1tahun 1/2 lagi.. semoga dikurniakan kpd kita semua kesihatan yang baik, ikhlaskan hati, dan berjaya menjadi isteri, anak, ibu, pelajar, pekerja, hamba Allah yang solehah dan sentiasa dalam Rahmat Allah SWT.. Aamiinn..
ReplyDeleteAlhamdulillah.. tiba terjumpa blog fizah.. tahniah fizah dan semoga maju jaya dlm apa jua yg dilakukan.. saya baru je memulakan pengajian master by course (Sem 1).. memang sgt mencabar.. sblm ni bekerja hampir 9tahun.. anak2 sblm ni bersama pengasuh.. skrg masa byk di rumah bersama anak2.. alhamdulillah.. seronok dpt lihat wajah anak2.. kelas mula pukul 6 ptg - 9mlm.. anak2 akan saya hantar rmh pengasuh pukul 2ptg dan pergi awal sblm kelas utk ulangkaji @ siapkan assignment..kdg2.. hntr juga pukul 2 ptg waktu xde kelas utk study.. waktu yg sgt mencabar ada test.. masa study sgt terhad.. pagi - tghri uruskan rumah , masak sarapan, lunch merangkap makan malam dan uruskan anak2. Sangat mencabar dgn ragam anak2 yg nak membesar (7thn, 5thn, 3thn & 1 thn 5bln).. kdg mengeluh juga penat uruskan rmh dan anak2.. kerja rumah yg xhbis2.. Istighfar.. saya positifkan diri.. ni la masa saya gn anak2.. InsyaAllah doakan saya berjaya menghabiskan pengajian on time (1 thn 1/2, kontrak biasiswa JPA, HLP).. Semoga kita semua diberi kesihatan yg baik dan menjadi anak, isteri,menantu, ibu, pelajar, pekerja dan hamba yang solehah mendapat keberkatan dan rahmat Allah SWT.. Aamiinn..
ReplyDeleteSelamat maju jaya buat ibu2 berkerja, surirumah, pelajar.. semoga sentiasa dlm rahmat Allah SWT...
ReplyDelete