Showing posts with label Blogger. Show all posts
Showing posts with label Blogger. Show all posts

Tuesday, December 25, 2018

8 Azam 2019 Blog #susunatursioca

Assalamualaikum wbt,

Dah nak masuk 2019 dah kan? Dah ready ke korang semua nak masuk tahun baru ni? :)

Diam tak diam, dah nak masuk 7 tahun blog ni bersiaran. Meh recap sikit perjalanan dia...

2011:
Tarikh kelahiran blog ni adalah pada 27 Disember 2011.

Organizing Makes Me Smile :) merupakan entri paling pertama yang meletakkan gambar inspirasi dari blog Jen iheartorganizing. Masih berdarah hidung kalau tengok skill organizing beliau. Sentiasa mengagumkan.

2012:
Tahun 2012 dah mula menulis cerita susun atur sendiri. Awal-awal ni masih belum banyak entri pun sebab sibuk berpindah randah dan sambung belajar. 

Rekabentuk Kabinet Dapur Yang Praktikal merupakan antara entri yang berjaya ditulis dan mendapat paling banyak sambutan masa tu. 

2013:
Dan kemudian BAM!! Meledak pada tahun 2013 dengan begitu banyakkkk entri susun atur terhasil seperti idea DIY, label, balut kotak dan macam-macam lagilah. Rasa macam tahun-tahun yang gemilang gitu...;D Masa ni juga saya mula buat Cabaran Bulanan dan ramaiiiiii pembaca turut berkongsi cerita susun atur mereka...;))

Ruang Tamu Saya Yang Kos Rendah ni adalah antara entri yang saya tulis tahun ni dan mendapat hit paling tinggi melebihi 250,000 view dan terus bertambah sehingga sekarang.

2014:
Malangnya, masuk tahun 2014, momentum menulis mula slow kerana saya makin sibuk dengan urusan PhD. Entri pun dah tak sebanyak dan semeriah tahun 2013.

Pasang Awning Tepi Rumah
Pasang Awning Tepi Rumah merupakan entri paling hit masa tu.

2015:
Dan momentum tersebut semakin menjunam dan bermulalah tahun-tahun sepi blog ini ;(( Masa ni struggle sangat-sangat nak pulun PhD. Tak semua orang diberi kemudahan nak siapkan PhD dan untuk saya; the struggle is R.E.A.L..!!

Itu yang Sinki Berapa Bowl Yang Efektif? hanya tinggal soalan dan dijawab hanya selepas DUA tahun berikutnya...huhu

2016:
 Dan kemudian kesepian total pun berlaku pada tahun 2016. Momentum ZERO. Entri ZERO. 

Betul-betul menghadap PhD secara face-to-face...

dia serang-kita lawan,
dia hunus-kita tepis,
dia tekan-kita bangkit.

Satu battle yang dahsyat, dengan segenap tenaga digunakan untuk beroleh kemenangan. Bring it onnn...!! ...macam gitulah lebih kurangnya...

Perit; namun telah berlalu... 
Pedih; namun penuh pelajaran... 

Di titik kehidupan yang paling rendah itu, yang terlihat di mata ini hanyalah keagungan Tuhan dengan segenap ketinggian dan keluasan ilmuNya. Maha Baik Dia dan Maha Kuasa Dia atas segala sesuatu. Jika Dia Berkehendak kejayaan itu milikmu, maka seperit manapun dan semustahil manapun jalan yang ditempuh, akhirnya akan muncul juga sinar bahagia yang tak terduga-duga...❤

2017:
Dan setelah itu, PhD pun selesai {alhamdulillah} dan bermulalah percubaan membuat comeback di sini...;P Walaupun rentaknya sudah tak sama, namun usaha tetap diteruskan. Kebanyakan entri masa ni berkisar penambahbaikan kabinet dapur. Ada sikit-sikit je entri susun atur diselitkan. 

Malah, entri paling hit tahun tu pun bukan berkaitan susun atur tapi entri Cara Pos Barang Melalui Shopee (FREE SHIPPING PROGRAM).  

2018:
Percubaan untuk konsisten menulis diteruskan. Banyak entri berkaitan baju pula masa ni.

Sistem Pengurusan Baju 3 - {Sistem Mendobi} merupakan entri paling hit malah siap buat Cabaran Bulanan tapi nan hado yang join ahahahaa...macam awal-awal dulu buat Cabaran Bulanan dah gayanya...;P;P

2019?

Tahun ni semangat dia lain macam sikit. Mungkin sebab dah terlalu rindu nak menulis dan berkongsi. Mungkin juga sebab nak cari semula semangat berorganizing melalui blog.

So, untuk tahun 2019 ni kita cuba rangka beberapa projek susun atur di mana ia bakal disesuaikan dengan tema berikut:

❤ Bagaimana nak meMINIMALISkan rumah?

❤ Bagaimana nak ada rumah yang senang senanggg senangggggg banget dimaintain?

❤ Bagaimana nak jimatkan masa untuk mengurus rumah {mengemas, membasuh, membersih yang tak berhabisan tu}?

❤ Bagaimana nak ada rumah yang cukup selesa tanpa perlukan bajet yang besar?

❤ Malah, bagaimana nak berkompromi dengan jiwa-jiwa yang hidup dalam rumah tersebut tetapi belum faham tentang susun atur? {emak-emak, kita cuba sama-sama ya ;)}

INGAT, susun atur bukan sekadar cerita house, walls and beams; TAPI juga tentang HOME, LOVE and DREAMS. :)

#cabaranbulanansioca
#4monthstoRAMADAN

Jom join journey hakak ni? 

Bagi yang takde blog, boleh guna platform ig atau facebook group di bawah ni {dia nak buat group jugekkk...;P} 

Tujuan fb group adalah untuk memudahkan reader blog ni share entri Cabaran Bulanan. Semoga dapat dimanfaatkanlah kelak hendaknya.

So, berbalik kepada tahun 2019 yang bakal tiba dan bakal menghidangkan sambungan siri ujian dan pelajaran kehidupan yang rasanya bukan calang-calang hebatnya, semoga kita semua akan terus kuat untuk menghadapinya dan semoga kita semua akan beroleh kejayaan.

Kerana pada penambahan hari, detik dan tahun itu sebenarnya tidak lain hanyalah menunjukkan bahawa akhir hidup ini makin dekat. Tidak cukup kita hanya risau akan perkara yang bakal berlaku pada masa hadapan, sedangkan kita lupa untuk bertindak mengikut apa yang kita boleh pada MASA KINI. 

Maka marilah kita hadapi tahun ini dengan penuh gagah dan berani...serta tawakkal yang menggunung di hati...dengan lafaz bismillahitawakkaltu'alallah kita melangkah... ❤

Jom berkobar dan seram bersama-sama? ^____^

 photo footer.png

Friday, October 6, 2017

0 Bila dah lama tak update blog

Assalamualaikum wbt,

Rasa janggal nak menulis balik tu memanglah ada.

Suami selalu kata: "Update jelah apa-apapun. Bukak komputer tu, taip je..."

Saya: "Kalaulah semudah itu..."

Saya sejenis {trend orang cakap sejenis ek sekarang} yang perlukan sekitar seminggu untuk siapkan satu entri. Macam tulis jurnal dah kaedahnya. Kalau jurnal, kena ada introduction, methodolgy, results and discussion, conclusion, references bagai..blog pun kena ada flow cerita juga. Tak adalah spesifik macam jurnal tapi kenalah ada juga.

Flow ni macam keywordlah dalam menulis {sama je baik blog, jurnal, tesis, buku dan lain-lain}. Pastu format lagi satu hal. Mana nak huruf besar, mana nak bold, mana nak italic. Tak masuk lagi bab gambar. Nak edit, nak resize, nak letak watermark...ehhh, tak adanya 'main taip' je...#whysocomplicated #isitnormal #adoii


Tu tak masuk bab kekangan masa lagi. Sekarang ni banyak masa digunakan untuk anak-anak. Anak pun dah masuk 4 {alhamdulillah}. Kakak-kakak abang semua dah masuk sekolah. Bila masuk sekolah faham-faham jelah. Asyik terkejar-kejar tiap hari {entah apa nak kejar pun taktahulah}.

Sistem sekolah sekarang kan makin complicated. Soalan exam je macam nak gi perang dah rasa. Sebab tu, "when in doubt, choose the kids, there will be plenty of time to choose work, later". Walau sesibuk manapun, urusan anak-anak kena nombor satu.


Sentiasa kena choose wisely. Kids grow up very fast. Sayang kalau masa yang singkat tu tak terisi dengan memori yang indah untuk dikenang.

Walau bagaimanapun, bukanlah nak janjikan bulan dan bintang, tapi saya akan usahakan juga untuk terus berkongsi cerita susunatur kat sini {insyaAllah}. Mana-mana baik tu ambillah, yang tak baik tu tegur-tegur ya.

Sehingga berjumpa lagi!

#rinduampasuma
#jomsusunaturbaliklaweii
#pimanasumanii
#helloanybodyhomee
#adakerjalain
#tapilayanblogdulu
#sejenisterapi
#metime
#semangat2018
#serusemangatampa
#semangatsusunatur
#demamhashtag
#rajinampabaca;)
#soapalagi?

 photo footer.png

Wednesday, June 26, 2013

26 Pengumuman Dan Perkongsian Rasa Gembira

Assalamualaikum wbt semua...

Perkara 1:
Buat semua peserta Giveaway "Jom Menang Set Bekas Ikea!"...harap dapat cek balik syarat-syarat penyertaan ya...sebab saya rasa ada yang belum tepek banner ataupun buat entri...kalau cuma masukkan link blog belum cukup syarat ya dearie semua...=)

Perkara 2:
Ada satu Giveaway menarik dari blog Hidupku Rumahku Terurus yang wajar anda sertai...jom kita! Saya pun harap ada masa nak join...gambar dah ada tapi karangan belum buat. Harap MamaLynd sabar menunggu...;)


Klik SINI untuk join!

Perkara 3:
Juga nak TERIMA KASIH kepada MamaLynd pasal hadiah buku Mudahnya Mengemas Rumah dah sampai ke rumah...ops, sebenarnya lama dah sampai tapi baru nak kecoh...;p


Perkara 4:
Saya berasa GEMBIRA kerana setiap hari buka blog, akan ada cerita susunatur dari kawan-kawan...taktau nak cerita cemane gembira saya tu...:')

Perkara 5:
Walaupun begitu, keterbatasan waktu menyebabkan saya tak dapat up banyak entri untuk menyertai anda...gambar ada tapi nak menulis betul-betul perlukan masa. 

Taip satu hal, formatting satu hal, nak semak 2-3 kali sebelum publish satu hal. Satu entri memang menjalani proses yang lama sebelum saya boleh publish. 

Harap gambar di bawah dapat menjelaskan mengapa waktu yang saya ada untuk perkongsian susunatur sangat terbatas (setakat ini).


Perkara 6:
Okey, dah nak sampai klimaks dah ni...tapi sebelum tu nak kongsi pasal hobi saya...guna baucar buku ni...harganya dekat RM90, memang TAKla nak beli sendiri...sebenarnya nak cari buku lain tapi akhirnya ditakdirkan beli buku ni jugak sebab satu lagi kedai buku takmo terima baucar saya yang tiada cop universiti. Ok, tu panjang ceritanya...


Perkara 7:
Dan lastly, hari Sabtu yang lepas...do you know who knock my door and gave me sweet words and made my day - and my stomach full of butterflies? 

Mungkin ada yang perasan kalau baca komen-komen di entri saya yang INI.

Pagi tu, saya bukak emel dan perati ada satu komen yang...oh my! Is this for real? 

Bila baca tu rasa macam kalau ada orang toreh pun tak keluar darah ni...hehehe...

What news has someone given you lately that made you so happy?
Kemuncak kegembiraan itu ialah...


Nak kena framekan ke ni...orang besar, dikenali ramai, having a BIG number of fans...the sweetie jen from iheartorganizing datang blog humble ambe dan komen yang . . . . . . sweeeetttt? ;p

I am so...so...soooooo HAPPY! =D

Jen idokle datang tiba-tiba ke sini, saya yang selalu menyibuk kat blog dia...tapi dia buat kunjungan balas ke sini itu yang membuatkan saya terharu dalam kegembiraan...tskkk...tskkk.. ;')

Sekian melaporkan.

p/s Selain sibuk dengan study, saya sedikit stress dengan Streamyx yang amat dahsyat prestasinya akhir-akhir ini...dan saya juga tengah spring cleaning rumah saya...will have much-much MORE updates on organizing after this...so stay tuned, my all LOVES! =)

 photo footer.png

Saturday, June 1, 2013

22 Pemenang Giveaway Istimewa Mei "Jom Kemas Rumah Bersama!"

Assalamualaikum wbt semua...

Wahhh...lama betul Giveaway kali ni...tak sabar nak tunggu siapa pemenang-pemenang yang bertuah tu...^^

Tapi sebelum tu, suka saya nak mengajak kawan-kawan sedekahkan Al-Fatihah buat ibu kepada kawan kita Aty {Aku Bukan Bidadari} yang telah kembali ke rahmatullah...Innalilahiwainnailaihirojiuun. Al-Fatihah!

*

*

*

Ok, kepada yang menang, TAHNIAH diucapkan...! Kepada yang belum menang, harap bersabar ya sebab saya memang merancang nak buat banyak GA lagi...

Sebelum mengumumkan pemenang, saya ingin merakamkan jutaan terima kasih tidak terhingga kepada yang sudi menyertai dan memeriahkan GA kali ni. Kesungguhan anda semua betul-betul menyentuh hati saya. Kehadiran blog-blog susunatur yang baru ala-tempatan betul-betul menggembirakan saya. Tu sebab korang selalu nampak saya komen blog diorang kan? Memang saya suka!

Perkongsian begini perlu untuk saya yang dahagakan idea susunatur bercorak tempatan. Kalau deko tu rasa macam dah ramai yang cerita tapi tentang susunatur masih belum begitu banyak lagi {pada pandangan saya}.

Tapi, unsur deko tu perlu jugak laa sebab kita manusia - suka tengok yang cantik-cantik...Maka teruskanlah berkongsi dengan saya ya... ^^

Tak lupa juga penghargaan cukup tertinggi buat penaja hadiah untuk GA kali ni. Penaja yang pertama, julung-julung kalinya di blog ini!



Terima kasih tidak terhingga di atas sokongan yang diberikan, Faeza! Hasil kreativiti Faeza memang sungguh mengkagumkan saya! 

Sebab itu, hati saya berbunga-bunga apabila berjaya memenangi hadiah GA KufiArt! =)

Dan ini pulak hasil kajiselidik yang saya buat untuk dikongsi dengan anda.



Peserta GA kali ni seramai 22 orang dengan jumlah penyertaan kesemuanya sebanyak 66 entri!

Peserta paling awal join ialah ch@ yang telah membuat saya tersenyum sampai ke telinga!! Gigih saya baca entri beliau kala dinihari...

Dan lain-lain peserta yang memeriahkan GA ni...Asma, Diana, Fateha, Hayatie Hashim, ida, intanaziela, jaja norliza, Kemn Azmaili, lydia, Lyn Ezzara, Mama Lynd, Mama Rizqin, Nadt, NAS, nurulhuda, ryyhan kamarudin, Siti Fatimah, Sweet Tooth, sya ahmad, Umie Sue dan zurazura...

Anda semua telah menceriakan hari-hari Mei yang saya lalui. Terima kasih! ^^'

Ok...cukup panjang tak mukaddimah untuk menambah debaran korang semua?

ahaha ;D

Terus kepada pengumuman pemenang...

Eh kejap {hehe}

Sebelum tu, suka saya nak bagitau jugak, semua link entri penyertaan akan saya letakkan di Page 'Jom Kongsi!' untuk memudahkan rujukan kemudian hari. Senang-senang terjahlah...

Jadi...pemenang Giveaway kali ni dimenangi olehhhhhh...

*

*

*

*


Manakala, untuk hadiah tambahan pula
{saya target kalau lebih 50 entri penyertaan, nak bagi hadiah saguhati}
jatuh kepada...

*

*

*

*


Tahniah ya kepada para pemenang...!

Dan untuk kawan-kawan yang lain, jangan bersedih...cuba lagi di lain waktu, ok!...Anda semua tetap pemenang di hati saya! Jangan serik untuk join lagi! ^_^

Salam sayang ^^

 photo footer.png

11 {Sticky Post} Jawab Kajiselidik Tentang Anda

Assalamualaikum wbt...

Kepada kawan-kawanku semua, saya teringin nak tahu sedikit sebanyak tentang anda.

Maka, saya ada create satu kajiselidik dengan menggunakan khidmat Nuffnang!

Saya harap sangat anda dapat luangkan SIKIT je masa anda untuk jawab poll ni.

Terima kasih kesayangan sekalian!

Love,
Fizah.

p/s Ada 5 soalan dari saya, 3 soalan dari Nuffnang.

p/s Soalan kajiselidik ada kat bawah iklan Nuffnang kat sidebar ;)

 photo footer.png

Wednesday, May 8, 2013

23 Beli Barang Projek Di IKEA

Assalamualaikum wbt kesayangan semua...=)

Apa khabar kalian? Lama kita tak jumpa kat blog ni kan? Semoga semuanya sihat-sihat sejahtera, hati yang damai dan bergigih meneruskan kehidupan dengan baik, tersusun dan teratur...=)

Sebelum meneruskan cerita, saya nak mengajak anda semua menyokong beberapa blog susunatur yang baru iaitu:

Hidupku Rumahku Terurus (Lynd), Itu Rumah kecilku (Lydia) dan Apples and Oranges (Nas).

Saya SUKA dan amat GEMBIRA akan kelahiran blog-blog sebegini kerana perbincangan khusus tentang susunatur rumah memudahkan rujukan masa akan datang.

Jadi, jom terjah mereka dan follow...=)

Berbalik kepada tajuk, 1 Mei hari tu kami ke Bangi, sebab suami saya ada presentation viva pada 2 Mei. Memang dah bercadang nak terjah Ikea sebab ada beberapa benda projek nak dibeli. Jadi, walaupun 1 Mei, iaitu cuti umum Hari Pekerja...gagahkan diri merentas lautan manusia - semata-mata nak ke Ikea.

Gigih tak gigih. Ish2x...

Nak tengok apa yang kami sambar?

Tapi sebelum tu nak bagitau, pergi Ikea kali ni, kami tak datang dengan tangan kosong. Nanti jadinya membeli asal-nampak-amek jadiknya. Akhirnya nanti, berpeluh nak membayar.

Kali ni, saya online dulu sehari sebelum perjalanan tu, printkan barang yang nak dibeli - iaitu kita masukkan barang yang kita nak tu dalam 'Shopping List' dan kemudian tekan 'Print'.

Dan, kami berbelanja HANYA melihat pada apa yang telah diprint.

Selain daripada tu, JANGAN AMBIK!!!

Hehe... serious warning tu! ;)

Ok, barang yang dibeli:


1. Noticeboard RM19.90
2. BYGEL Rail RM9.90 x 2
3. BYGEL Container RM2.90 x 3
4. KASSETT Box with lid RM19.90
5. VARIERA Waste bin RM9.90
6. VARIERA Shelf insert RM11.90 x 2
7. MÄRIT Table-runner RM13.90
8. PRUTA Food container (set of 17) RM14.90
9. KRAMIG Soft toy RM13.90 x 2

Jumlah belanja: RM158.60

pheww...!~ berpeluh keti membayar...ye dak cha? ;p

Barang nombor 1 hingga 5 tu saya nak gunakan untuk projek ruang kerja/belajar saya.

Barang nombor 2 dan 6 pulak untuk susunatur di dapur.

Barang nombor 7 untuk table runner. Benda nombor 7 ni memang saya dah lama cari. Saya pernah tanya Lydia, katanya ada dijual di Jusco. Tapi, belum sempat ke sana lagi dan dah sampai sini dulu, maka terus je beli kat sini. Keduanya, saya terus sambar table runner ni sebab MURAH! Selama ni duk tengok ada jual kat Tesco tapi punyalah mahal, iaitu lebih RM20 maka saya batalkan niat beli kat situ dan bersabar untuk cari yang lebih murah. Saya sebenarnya nak warna merah tapi dah takde, putih pun bolehlahhh...

Barang nombor 8 tu pulak untuk hadiah Giveaway bulan depan (in shaa Allah). Tengok, sambil gi Ikea pun saya masih ingat kat korang tauuu...ehee foyo tak!?

Barang nombor 9 untuk anak-anak (okey, ini bukan projek - cuma token of appreciation sebab anak-anak behave masa pergi Ikea...hihi)


Jadi, nak tahu projek apa yang saya nak jalankan?

Sila TUNGGUUUUU........

Meanwhile, jomlah memeriahkan lagi Giveaway yang masih berlangsung 'Jom Kemas Rumah Bersama!'. Anda semua hebat! Jom kita!

 photo footer.png

Tuesday, March 6, 2012

7 Mahu Menulis Juga

Walaupun rasa macam tak sempat, tapi saya gagahkan diri menaip blog ini. Lepas ni nak masuk tidur sebab menaip ni pun dengan mata yang seperti digam-gam.

Saya baca blog kawan-kawan semua, tapi tak setiap hari. Kadang saya taktahu apa perkembangan kalian. Kadang saya baca, dalam hati memberontak nak komen panjang-panjang, banyak-banyak tapi macam tak berkesempatan nak klik comments tu, tambah pulak kalau kena taip word verification sekali tu.

Sekarang, rutin harian saya sedikit meletihkan. Demi mengekalkan rumah yang kekal kemas, saya pastikan sebelum pergi kerja, rumah beres. Sampah siap dibuang. Sarapan tersedia di meja. Balik je dari lab, rutin saya bermula. Saya mula kemas rumah, lipat baju, basuh baju, sidai baju, kemas dapur, siapkan anak-anak. Saya melakukan ini semua setiap hari. Selesai semua biasanya dah waktu Maghrib. Lepas solat semua, barulah saya tengok laptop. Setakat ni, memang saya biasakan diri tak buka blog/fb di lab sebab saya perlu fokus untuk kerja. Jadi, memang kat rumah je saya ber'foya-foya'.

Yang menjadi masalahnya, waktu itu jugalah yang saya ada untuk meluangkan masa berkualiti dengan anak-anak. Siang dahlah saya takde dengan mereka. Malamlah diorang nak bermanja dengan saya. Rasa bersalah pulak bila berlama-lama depan laptop dan membiarkan anak-anak main sendirian. Jadi, selalunya saya boleh baca dan update blog bila suami saya ada kat rumah juga. Kalau tak, biasanya saya akan layan anak-anak.

Tadi Alhamdulillah saya dah cek status Zamalah saya. Ibu sukses! Walaupun tadi orang PPS tu kata hari ni dia nak bagi offer letter tu, tapi bila saya datang dia tak siapkan lagi, saya biar je. Malas nak marah-marah. Dah tengah good mood kan. Ngehngeh.

Saya kan, masa pergi Acheh dulu, pensyarah saya ada kata, kita ni biasanya akan dapat rezeki sebagaimana yang kita spend rezeki tu. Contohnya kalau kita dapat duit banyak, kemudian kita rajin memberi, beri pada kawan-kawan, beri pada keluarga, mak, ayah, kakak, adik, anak kakak, anak adik...dan semuanyalah, maka kita akan dapat sebanyak itu. Tapi kalau kita ni kedekut, hutang pun liat nak bayar, nak memberi jauh sekali, maka yang kita dapat pun akan sebanyak itu jugalah.

Begitulah yang dinasihatkan kepada saya sebab saya masa pergi tu, elaun kerja saya tertangguh dua bulan. Saya pergi dengan duit yang sekadar saja. Mungkin sebab itu (hati yang gundah gulana duit takde), Allah bukakan hati pensyarah saya untuk memberi mutiara kata yang berharga tu kepada saya. Kini saya kongsikan dengan anda semua, pembaca hebat! ^^
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...