Ni entri nak jawab soalan tahun 2015 ni... ;p
Cerita 1 {KC awal}
Cerita 2 {baiki table top retak}
Cerita 3 {tambah kabinet laci}
Cerita 4 {sinki yang efektif} --- hari ni!
Cerita 5 {dishwasher}
Cerita 6 {tempat tos pinggan}
Cerita 7 {tempat gantung kain lap}
Al-kisah bila dah tambah kabinet laci ni, kenalah tambah table top juga kan. Takkan nak biar gini je...
So, masa nilah saya decide nak tukar sinki sekali. Tu yang saya tanya korang pengalaman masing-masing kat ENTRI NI.
Ramai yang prefer sinki 2 bowl.
Tapi menurut pengalaman saya yang dah pakai sinki 2 dan 3 bowl ni, dua-dua masih tak cukup efektif buat saya. Satu, dia makan ruang dan mengehadkan ruang bekerja. Dua, selalu nampak semak sebab fungsi tos pinggan tu.
Waktu-waktu tenang...
Waktu-waktu crowded...{ada lagi crowded daripada ni}
Kadang tak sempat nak clearkan malam-malam walaupun dah jadikan rutin harian. Sebab tu saya pilih sinki 1 bowl je kali ni. Tujuannya:
1. Supaya ruang bekerja lebih luas dan efektif.
2. Tetap nampak kemas walaupun tak sempat clearkan tempat tos pinggan.
Harga sinki solid surface ni mahal sikitlah berbanding stainless steel, RM 800 satu unit, tapi puas hati dan berbaloi sangat bagi saya untuk long-term-usage.
So, proses dia adalah cabut table top lama dan pasang table top baru yang dah siap built-in sinki.
Dua pekerja Recon Stone memulakan kerja.
Diorang ni tak fasih BM, jenuh nak bercakap, tapi kerja bagus.
Table top lama dicabut.
Nampak tak kembang area sinki ni...masa tukar table top dengan Azmi Kedel dulu, diorang tak seal betul-betul ke macamana entah. Seal jadi mengecut dan air boleh masuk melalui sinki dan tepi-tepi table top. Kalau air tak masuk, tak kembanglah.
Macam area hob memasak ni, mana kembang kan...sebab tu ok je kalau pakai kayu Sam ni sepatutnya.
So, diorang ganti terus kayu kembang tu dengan kayu yang baguih ni...
Mula nak pasang table top - pilihan saya masih solid surface warna putih.
Soalan biasa orang tanya. Senang ke jaga warna putih? Ok ke pakai solid surface? Kenapa tak pakai granit atau marble?
Jawapannya, senang je jaga walaupun warna putih. Saya tak pernah terfikir nak tukar warna lain pun sebab memang senang jaganya. Kalau ada tompok kunyit contohnya saya cuma spray cecair pemutih {contohnya Clorox} dan biar sekejap atau semalaman ikut tahap stain tersebut. Lepas tu bilas bersih-bersih dan hilang semua stain tu. Nantilah saya share kalau ada ambil gambar nanti. Tapi, nak ceritanya pakai solid surface putih ni senang je jaga dia.
Solid surface ni pula kalau disambung untuk jadikan bentuk-L bagi kabinet dapur bentuk L, bahagian sambungan tu kita tak akan nampak. Maksudnya flawlesslah gitu. Macam dia datang seketul L macam tu. Kalau granit atau marble sambungan tu akan nampak. Sebab tu saya pilih solid surface. Lagipun harganya jauh lebih murah berbanding granit atau marble.
Lagi satu, saya memang sengaja pilih warna putih yang PLAIN dan taknak ada corak-corak atas tu sebab nak ruang nampak luas dan taknak nampak macam sepah dengan corak-corak tu semua. Sejenis minimalis kaedahnya dan ke arah simpler life.
Diorang setelkan table top bahagian sinki ni dulu...hujung kiri tu nanti baru sambung ke table top untuk hob memasak pula.
Ni table top untuk hob memasak...
Sambung dua ni kang jadilah bentuk-L, dekat tempat sambung tu nantilah yang saya kata tak akan nampak apa-apa line...berbeza kalau pakai granit atau marble atau Mica...semua tu akan nampak line sambungan.
Tu tengah sambung...
Lama pasang macam ni supaya sambungan tu sekata.
Sementara tu, diorang buat lubang untuk paip air.
Siap pasang paip. Saya beli paip jenis fleksibel macam ni, senang nak gerak-gerak.
Sapu-sapu dulu sebab habuk dah terlalu tebal...rumah jangan cakap masa ni...berhabuk...
Sekarang nak buat lubang untuk pasang hob memasak pula...
Siap lubangkan.
Sambung proses meratakan sambungan tadi...
...dan melicinkan permukaan table top.
Ni pula bahagian dalam kabinet...diorang siapkan piping air sekali.
Dan cabut semua rak lama dalam tu untuk pasang divider dan rak baru.
Bahagian rak ni Ah Keong yang kena buat {Ah Keong yang buat laci hari tu}...tu dia tengah nak pasang divider dan rak baru.
Slow and steady dia buat kerja...sampailah siap.
Hasil akhir memang puas hatilah. Memang seperti apa yang saya nakkan. Ruang bekerja memang jadi lebih luas dan sangat-sangat efektif. Nak masak berdua pun boleh, takde laga-laga bahu dah. ;)))
Tapii tapiii tapiiiii.....untuk tujuan kedua tu iaitu sentiasa nampak kemas masih belum tercapai lagi masa ni...sobsss...adalah sebabnya...ceritanya panjang so saya kongsi lagi nanti ya.
Sementara tu, salam Jumaat, selamat berhujung minggu dan...
singgah pagi jumaat :)
ReplyDeletewow cantiknya dapur awk
Tq anum ❤️❤️❤️;D
Deletebila tengok singki ni..teringat kes singki saya jugak,,..kisah menyakitkan hati yang masih lagi x update dalam blog walaupun dah setahun ++ berlalu..
ReplyDeleteKisah macamana tu sis? Mesti pahit sungguh tu. ;(
DeleteCantik la sinki tu... saya pun dah try sinki 2 & 3 bowl.. Ni pun dalam proses nak renovate dapur... boleh la consider pakai 1 bowl camni.
ReplyDeleteYeahhhhhh 😍😍😍;D
DeleteAda a few bloggers up cerita pasal sink..mmg rasa sgt2 nak jual sinki sekarang yg ada 3 bowl..hubby yg beli. Rasa amik ruang sgt.. welcome back sis utk blog.. singgah2 la blk blog saya hee
ReplyDeleteSis nuriiiiinnnnnn😍😍😍😍
Deletekemas sangat..macam akak selalu nak..
ReplyDeletedari 3 bowl sinki.. jadi 2.. sekarang jadi 1 dah.. :)
KAK ATY: sehati sejiwa kitak...;p;p
ReplyDeleteAssalamualaikum.
ReplyDeleteCompany Recon Stone yang buat integrated sink tu bertempat dimana ya? Ada contact number tak? Puas cari online tapi nama syarikat tak Ada. Suka sinki tu :).
Recon stone melaka 😁
Deleteassalam kak. awal2 dulu ada penapis air. sekarang dh tak pakai atau pindah ke mana pulak kak. kot sy terlepas info..hehe
ReplyDeleteWslm wbt. Tgk kat entri tempat gantung kain lap. Situ rumah dia skrg. Hehe.
Delete