Pages

Thursday, October 26, 2017

Kemas Rumah Botol

Assalamualaikum wbt,

Hari ni saya nak share tentang purging 'rumah' botol pula.

Botol ni sebenarnya bekas-bekas macam kat bawah ni. Biasa beli kuih-kuih ke, kerepek-kerepek ke, kan orang jual dalam bekas ni.

Ada macam-macam design, warna dan saiz sampai cacamerba jadi dapur. Kalau musim raya lagilah, melimpah-ruah dapur dengan bekas-bekas ni semua.

Untuk memastikan populasi bekas ni tak mengganggu ekosistem dapur {tudiaa}, saya akan pastikan bilangan yang ada mestilah tidak boleh melebihi daripada apa yang boleh muat dalam kabinet sahaja. Selebihnya, saya akan let-go.

Biasanya saya akan tinggalkan yang tutup merah ni je sebab bekas ni yang paling popular dan paling banyak ada kat dapur.

Inilah 'rumah' botol-botol ni...


Saya letak di wall cabinet sebab satu, bukan pakai harian. Dua sebab dia ringan, sesuai letak dalam wall cabinet. Yang berat-berat macam pinggan mangkuk kaca biasanya saya akan letak di base cabinet.

Boleh kira kan berapa je botol yang saya simpan. Saiz yang banyak-banyak tu pun saya narrow down kepada 3 saiz je. Besar, sederhana, kecil. 

Selebihnya saya let-go. Semua yang 'rasa-macam-pakai' ni biasanya akan dilupakan je. 

Bungkus elok-elok mana yang nak bagi pada orang. 

One man's trash could be another man's treasure.

Contoh bekas-bekas ni semua, kalau saya simpan dan akhirnya tak digunakan pun, ada baiknya saya bagi pada orang lain yang nak guna contohnya orang yang bisnes kerepek kan. Ada juga manfaatnya.

Apa yang saya nak sampaikan ialah, purging/sisih ni memang sangat penting bagi membantu kekemasan rumah sentiasa terkawal. Rasa-sayang-nak-buang tu boleh diubah dengan amalkan tips ni.

Macam contoh botol-botol ni kan, bukan saya buang semua. Saya simpan juga untuk kegunaan sendiri, tapi ada tipsnya. Contohnya, semua yang tak muat masuk kabinet saya let-go. Yang muat saja saya simpan. Tu pun belum tentu habis guna.

Sama juga cerita plastik hari tu. Limitkan 10 helai je untuk simpan setiap satu saiz. Yang lain let-go. Dengan cara ni, populasi barang-barang ni semua akan terkawal, tak beranak-pinak sampai takde tempat nak simpan dah. Nak kemas pun senang.

Korang simpan ke tak botol-botol ni? Ke pakai tupperware belaka ni...😖

 photo footer.png

9 comments:

  1. Saya pun ada rumah khas untuk botol plastik ni.. Memang letak kat wall cabinet sebab jarang guna.

    ReplyDelete
  2. Nurzakiah Hanum: yeahh jom kemas!! :)

    Aisyah Hani: ringan-ringan buh kat wall cabinet senang kan :)

    ReplyDelete
  3. salam sis..mmg purging ni sangat membantu..nak2 cam kite yg kabinet atas masih x siap ni..so mmg xde tempat nak simpan..last2 buang mana yang x guna..x sakit mata tgk..hehe

    ReplyDelete
  4. Juls Julie80: wslm wbt, kann..susah nk kemas klu byk sgt lgpun...

    ReplyDelete
  5. simpan2, sudahnya tak guna. tu biasaaaa. hihi..
    nak buang sayang sebab bekas elok kan, tapi simpan lama tak guna. kalau tak kena saiz kadang sy buang juga. ada yg bg anak main. hehe

    ReplyDelete
  6. Azziah : kannn...last tak pakai je...

    ReplyDelete
  7. Betul tu..saya pun simpan balang2 mcm tu kat wall kabinet paling atas..
    dalam kepala ni dah fikir nak kemaskan tippuware, tupperware dan bekas2 yg rasa mcm nk guna tapi tak guna2..bila baca enrty ni terus rasa nak kemas esok juga...hehe..

    ReplyDelete

Terima kasih di atas semua komen-komen yang diberikan. Kehadiran anda semua di sini sangat-sangat saya hargai. Saya akan cuba yang terbaik untuk membalas dan meraikan setiap kunjungan anda, dan mohon maaf sekiranya ada sebarang kekurangan ^^,