Pages

Thursday, July 19, 2018

Kemas Beg Travelling - Part 1

Assalamualaikum wbt,

Gigihnya nak update entri ni. Gambar cantik di telefon suami, suami kena send guna telegram supaya gambar tak pecah, telegramku pula ada jutaan gambar nak kena transfer dulu masuk laptop, sebab tak rajin nak buka satu-satu tengok nak gambar mana, gambar mana, lepas tu nak edit lagi. Eh, punya banyak kerjaan. Should I consider sharing through fb/ig je lepas ni tak? Apa pendapat korang?

Lepas tu, nak tanya ni...apa sudah jadi dengan semangat susun atur korang semua? Sudah ke laut dalamkah? Bila nak timbul semula ni? Hu hu hu... Bagi kakak semangat sikitlah baca cerita korang juga. Walaupun kita semua pembizi tak kenal masa ni. Yang penting kita sama jiwa. ;P

Kakak bukan apa, tiba-tiba semangat ni sebab baru-baru ni ada terbaca sharing di facebook. Ada seseorang ni tau. Dia ada penyakit berkemas jugak koranggg. Hani namanya kalau tak silap. Ya ampun lahhhh, nak terkeluar jantung baca perkongsian-perkongsian dia. Sejenis rajin, pengemas dan kreatif la uiii. Rilek je dia share cerita-cerita dia guna ig, guna fb. Kakak juga yang masih konvensional, setia dan loyal dengan blog ni. Bila nak pandai guna fb/ig lahai. Tapi, memang kagum la dengan Hani tu. Nampak la diri kakak dalam diri dia. Ahahah kau...nak jugekk...

Ok, kita nak share apa sebenarnya ni?

Sebenarnya nak cerita al-kisah cara kakak mengemas beg travelling. Kemas beg jalan. Bila kita nak travel, kita bawak beg kan, beg balik kampung atau nama omputeh dia luggage bag. Hah, beg tulah kakak nak tunjukkan camne cara kemasnya dan susun tiap kali nak travel.

Sebenarnya dah pernah share pun sebelum ni, dalam ENTRI NI. Tapi hidup kan penuh keajaiban. Dulu susun cara lain. La susun cara lain. Apa ada hal. Fleksibellah demi memenuhi keperluan ahli keluarga yang kian bertambah dan juga keluasan perspektif kehidupan seiring umur yang meningkat.

Jadi, sekarang ceritanya ada seorang suami, seorang isteri (ekhem) dan 4 orang anak. Entri lama masa tu anak 3 orang je. Takde beza sangat la, tambah sorang je pun. -.-"

Tapi, beg tu dah guna lain tau. Beg-beg lama semua dah let-go. Semua sekarang nak seragam je. Ala-ala konmari jugalah perangai kakak sekarang ni... Haaaa tau dak apa dia konmari? Kakak pun baru tahu uiii benda ni...nantilah kita siasat ya.

Sekarang marilah kita direct pada gambar untuk cerita hari ini ya.

Basically, hanya beg yang paling besar tu je yang akan digunakan bila travel. Saiz 24". Cukup untuk kegunaan kesemua 6 ahli keluarga untuk maksimum 3 hari 2 malam. Bilangan hari travel tak kisah sangat sebenarnya sebab boleh dobi dan pakai semula.

Tapi, bila nak pergi travel lama atau yang ada swimming pool/laut, maka kami akan gunakan beg yang sederhana tu juga. Saiz 20". Tu untuk swimming gear dan baju backup.

Beg yang paling kecil tu, palinggg jaranggg guna. Saiz 12". Untuk yang ada set mekap, disarankan beli beg comel ni. Sebenarnya ada je benda lain boleh letak dalam ni, tapi dia sama ada; terlalu kecil atau terlalu besar untuk sesetengah barang yang nak dimasukkan dalam tu, jadinya tak digunakan sangat.

Ok, ni masa travel hari tu, ada swimming pool. Jadi guna kedua-dua beg.

Ni beg pertama, yang paling besar, 24". Ada dua bahagian, belah kanan untuk anak-anak, belah kiri untuk mak pak. Cara susun untuk anak-anak macam tu untuk jimat space.

Ni bila kita zoom baju budak. Banyak ni untuk seramai 4 orang. 
Baris bawah - baju malam.
Baris atas - baju jalan.
Baris tengah - tudung dll.

Dulu-dulu je camni, sekarang dah okey...hikhik

Ni bila zoom baju mak pak...minimalis habis ni ;P

Belah mak pak ni saya prefer lipat cara biasa. Gulung-gulung atau dirikan macam kat atas tu tak gemar sebab hasil dia sama je. Malah cara macam ni, masih ada ruang lagi untuk letak tuala, telekung, beg toiletries, beg mekap, beg baju kotor. Ehh muat belakalah, yang penting susun elok-elok.

Beg toiletries dan beg mekap tak nampak sebab dok bawah tuala dan telekung tu.

Yang ni beg saiz sederhana yang optional tadi, 20". Kalau takde aktiviti swimming biasanya tak bawa pun beg ni. Ni contoh yang ada swimming, maka belah kanan tu untuk letak bathrope, swimming gear dan belah kiri untuk baju extra. Ada juga towel kecil dan beg untuk letak baju basah.

Beg baju basah dan towel kecil kalau dikeluarkan nampak ginilah. 
(eh, geram pula tengok tali beg tu terbelit-belit)

So, overall macam inilah cara susun beg 6 ahli keluarga. Beg minnie tu pula isinya buku aktiviti anak-anak, selain keperluan sepersalinan untuk bayi sekiranya termuntah, terpoo dan sebagainya. 

Ni yang orang kata kalau perempuan packing, semua yang "kalau-kalau" ni memema kepakaran dia...;P

Ni di satu hari indah yang lain. Takde aktiviti berenang tapi travel lama dan tempat tu sejuk, jadi selimut pun kita bawa. Kalau setakat balik kampung, memang beg besar seketul tu je.

Optional - beg laptop dan bakul makanan. In case lama travelnya, maka kena bawa lah ni...Bakul ni pemberian Kak Aty suatu ketika dahulu. Masih bertahan dan elok bersih terjaga walaupun dah nak 5 tahun guna. Mekasih Kak Aty 💗

Ni pula sekadar rujukan, kot ada yang nak tahu saiz beg yang ada di pasaran. 

Beg saya saiz 24", 20" dan 12".
Harga RM190 + RM20 postage.

Saya beli beg ni lama dah, November 2016, sekarang dah Julai 2018, alhamdulillah masih elok, malah dah naik flight lebih 3 kali. Tahan lasak setakat ni. Cuma kekurangan dia tak boleh extend zip. Sekarang dah ada yang boleh extend punya, tapi mahal sikit. Takpelah, janji praktikal, mahal sikit pun berbaloi.

Ini kegunaan beg kecil tadi.

Ada tali belakang dia untuk sangkut pada handle beg besar.

Ni di satu hari indah yang lain pula. Kalau nak bawa kasut pun boleh guna beg kecil tu - atau apa-apa barang emergency yang senang nak dicapai.

So, begitulah sedikit sebanyak cara susun travel bag kami. Tak rajin nak bawa beg banyak-banyak, jadi kenalah susun elok-elok dan rajin pergi dobi.

Dulu, memang ada list bila travel. List barang yang perlu dibawa. Hehe. Comel je bila ingat semula. Semua pun nak dilistkan. Lepas tu, mana pakai beg-beg ni, kita pakai box terus. Ya ampunnn...;D;D Sekarang, bukan tak perlu list, tapi semua pun dah masuk otak. Dah hafal. Pengalaman mendewasakan gituuu...List penting juga bila nak ajar anak (atau suami) pula packing nanti. 

Korang susun camne beg-beg ni? Jomlah kongsi jugaaa...

Ps - Lepas ni saya plan nak share pula cara susun dalam beg toiletries dan beg mekap. Ada yang nak dengar takkkk? ^^

 photo footer.png

4 comments:

  1. good sharing...tq. ayu selalu penin bab packing sbb selalu balik lama and mcm2 nak bawa..plus souvenir lagi. memang full bag la dibuatnya.

    ReplyDelete
  2. sama kita ayu..bila pegi 2 bag, balik 3 - 4 bag..hehehe

    ReplyDelete
  3. bagusnya, semua space boleh digunakan & cukup untuk satu family!

    ReplyDelete
  4. alhamdulillah bawak manfaat kat orang lain.. tu yang penting.. sama2.. :)

    ReplyDelete

Terima kasih di atas semua komen-komen yang diberikan. Kehadiran anda semua di sini sangat-sangat saya hargai. Saya akan cuba yang terbaik untuk membalas dan meraikan setiap kunjungan anda, dan mohon maaf sekiranya ada sebarang kekurangan ^^,