Hai semua! Apa khabar?
Hari ni saya nak cerita sikit kisah kabinet dapur saya {kitchen cabinet}.
Wah tiba-tiba lama menyepi, keluar cerita KC teruih, cerita 6 tahun lepas pulak tu...hehe
Yang pakat duk emel tanya macamana nak design kabinet dapur, berapa harga, buat dengan siapa dan sewaktu dengannya tu, entri ni didedikasikan untuk anda ;p
Jadi, jumlah semua termasuk kabinet, hob hood dan ubahsuai adalah tak sampai RM 15k. Kalau anda takde masalah macam saya, seperti retak dan penggunaan ruang yang bagus, tak perlu pun kos-kos ubahsuai tu.
Masa awal-awal nak buat kabinet dapur ni, bukan sikit-sikit kedai yang kami survey. Hampir semua kedai area Melaka dan Bangi kami terjah satu-satu dan hampir semua bagi sebut harga sekitar RM 10k - 15k. Cuma Sam Home Cabinet sahaja yang paling ok harga dan materiallnya iaitu RM 7k sahaja. Jadi, pesan saya surveylah betul-betul sebelum buat ok.
Nak buat kabinet dapur ni ikut korang sebenarnya. Boleh design sendiri, boleh juga design yang kontraktor bagi. Sama je harganya. Selain tu, material kerangka, body dan pintu semua berbeza-beza harganya. Yang ni korang boleh search sendiri. Saya guna body dan pintu daripada melamine board. Table top mula-mula pakai marble, bila retak pakai solid surface. Lepas tu, jangan lupa juga hob, hood, sinki, built-in rack segala tu. Hob hood saya jenama Effegi berharga RM 1k.
Saya lukis design kabinet dapur yang saya nak ni bukan satu dua kali je terus jadi. Antara proses yang terlibat adalah seperti gambar kat bawah. Dalam design tu, saya senaraikan setiap bahagian KC nak letak apa supaya saya dapat kabinet dapur yang betul-betul efektif {yang bertulis pensel}. Kalau ada KC tapi barang bersepah jugak atas table top, tak efektiflah KC tu kan?
Antara pre-design process yang memeningkan...
Designlah sampai puas hati dan google semua maklumat. Dah setel design, barulah bincang dengan kontraktor anda untuk ke langkah seterusnya. Bincang betul-betul supaya depa faham apa yang kita nak. Pastikan tiada miscommunication masa ni. Terutama bab bayaran, material yang nak diguna dan sebagainya. CATAT dan AMBIL GAMBAR semua benda sebagai bahan bukti dan rujukan masa akan datang.
Ni masa nak mula pasang dah...
Ini tall unit namanya...unit ni ramai kontraktor quote mahal...tapi dengan Sam murah...RM 300 je untuk 1 unit...taktahulah sekarang ni berapa...ni 6 tahun lepas punya cerita. Saya ada 3 tall unit macam ni kat KC saya.
Wet kitchen...
Dry kitchen...
Dua bahagian ni RM 7k termasuk cas travel Nilai-Melaka...murah ke idok?? ;)
Saluran aluminium untuk hood atas tu nanti dia cover dengan melamine board yang sama...
Ini bahagian dry kitchen tadi...nampak pintu panjang tall unit tu kan...tu kalau buka nampaklah seperti di bawah...
Jadi ruang untuk letak penyapu, payung atau any tools yang panjang...sebab tu bagus design sendiri ni, boleh pilih nak macamana fungsi ruang kita.
Proses pasang built-in rack...{Sam bagi percuma 6 unit built-in rack jenis stainless steel dan boleh slide, kualiti mantap!}
Dah siap semua, tinggal table top, hob dan sinki je...kerja ni Sam sub pada orang lain. Dia tak buat table top. Tak tahulah sekarang kalau dia buat dah...
Setel pasang table top, hob dan sinki
{masa ni pilih sinki 3 bowl - sinki pun Sam bagi}
Peratus keseronokan 99%
1% lagi biasalah cacat cela sikit-sikit tu biasa
Sebagai contoh bahagian ni...perasan tak bawah kabinet dinding ni {wall cabinet} dia putih gitu je...macam tak siap je rupanya...kalau kat dry kitchen ok je macam kat bawah ni...
Kan elok rupa dia...Sam kata tak nampak maa {yang area wet kitchen tadi tulah}
Ya, awak tinggi memanglah tak nampak, saya comel, nampak...hehe...tapi, tu benda kecil je...solutionnya adalah saya cat je papan putih tu dengan cat coklat....setel! ^^,
Inilah lukisan final kabinet dapur saya {area wet kitchen}...saya lukis pakai tangan je ni, asal faham...
Real wet kitchen...
Load in barang-barang...
Ni pula lukisan kabinet dapur area dry kitchen...
Real dry kitchen...berubah sikit kedudukan dengan yang design...sebab nak jimat kos wiring dan piping air.
Overall saya puas hati sangat. Sam pun kerja ok, takde bertangguh atau ngelat. Ni buat 6 tahun lepas, sekarang mungkinlah dah naik harga sikit kan. Tapi, sepanjang pakai ni, semua material body dan pintu masih ok, takde yang kembang atau runtuh. Berbaloilah buat KC, dapur pun nampak lebih tersusun dan dah hasilkan macam-macam jenis masakan - air tangan ibu, cewah ;)
Kecuali top retak tu jelah sebab tersalah pilih marble {tapi dah dibaiki dan dikongsi ceritanya DI SINI}. Kalau takde masalah retak atau nak tambah kabinet ke memang tak perlu ubahsuai apa-apa pun. Bab tambah kabinet, tukar sinki semua tu nanti saya kongsi lagilah kalau berkelapangan, insyaAllah...{nak dengar ke hehe}
-google-
Sam Home Cabinet
016-687 9687/016-667 9687/016-9961678 (wife Sam)
No. 41 Jalan Seksyen 1/27, Taman Industri Kajang Utama
Showroom : No.37-1-1A Tingkat 1 Jalan Medan PB2 43650 Bandar Baru Bangi
Showroom : PT 12944 Jalan BBN 1/7D, Putra Indah, Putra Nilai, 71800 Nilai, Negeri Sembilan
Sekian sahaja perkongsian kabinet dapur hari ini. Rasa-rasa kongsi habis dah ni, kalau ada soalan lagi, bolehlah tanya. Cerita ni bersiri tau. :)
Cerita 2 {baiki table top retak}
Cerita 3 {tambah kabinet laci}
Cerita 4 {sinki yang efektif}
Cerita 5 {dishwasher}
Cerita 6 {tempat tos pinggan}
Cerita 7 {tempat gantung kain lap}
Sedikit tips untuk yang nak design kitchen cabinet sendiri:
1. Lukis je dulu bentuk asas nak macamana.
2. Tentukan fungsi ruang setiap bahagian.
3. Pastikan sesuai dengan sumber elektrik dan air.
4. Baiki semula setiap bahagian supaya praktikal.
Ni contoh FUNGSI RUANG kabinet dapur saya...perincian DI SINI ya...
Sekian dulu, semoga bermanfaat dan jumpa lagi!
Kabinet dah cantik, mesti lagi bersemangat nak bertukang di dapur. Hehehee
ReplyDeleteSalam. Saya buat kitchen kabinet pun 5 thn lps. Masa tu harga masih ok. Lebih kurang awak juga. L shape, total pjg 18+6 kaki. 2 tall unit. Top unit pjg 8 kaki. Skrg ni, rasanya dah tak dapat harga tu.
ReplyDeletesalam ziarah..seronoknya KC dah siap..saya dah malas nak fikir pasal KC buat masa ni..sakit hati thn lepas masih berbaki..huhu tp sakit mata jugak kalo tgk brg2 bersepah xde tempat nak letak..
ReplyDeleteHai kakak ☺️ Thank you atas perkongsian. Sy mmmg ngah berangan nak buatkan kabinet utk umah parent sy. InsyaAllah ade rezki nnt
ReplyDeletedetail sungguh.. bagussss..!!
ReplyDeleteHari ni saya baru pasang kitchen cabinet.saya pilih sam home cabinet jgk. Harga agak berbaloi dari kedai2 lain .
ReplyDeleteBlogger adda carlisha said...
ReplyDeleteHari ni saya baru pasang kitchen cabinet.saya pilih sam home cabinet jgk. Harga agak berbaloi dari kedai2 lain .
--
nk tgkkkkkkkk ;p
--
Terima kasih atas perkongsian pengalaman
ReplyDeleteTerima kasih atas perkongsian
ReplyDeleteBest nya ada kc,teringin sangat, admin memang seorang yg detail dan mantooopppp
ReplyDeleteKalau tambah 20x10 sambung dapur keluar rumah,bawah slep bumbung slep mana tau 1 masa nanti nak tambah atas jadi bilik ke kan... Siap 1 tingkapolaster ciling, lampu 8 biji down light,kipas dan lampu gantung 4 biji..taill dinding semua sekali lantai,table talk pakai solid saface atau squat ston panjang table talkanggaran 8x9... Dan siap kebinet dapur atas dan bawah fomekar 3d@4d tingkap toilet ubah dan tambah... Anggaran saya 45k cukup tak?? Respon olz seeius buyer
ReplyDeleteSuka sangat baca, jujur tau entry ni, alhamdulilah dapat pandangan dari penulis yang rajin. TQ tau.
ReplyDeleteCantik!
ReplyDelete