Kisah Budget Planner 2017 by SusunAturSioca.
Planner-planner ni untuk kegunaan sendiri memang lama dah buat. Semenjak sekolah menengah memang tabiat mencatat semua benda. Semenjak universiti dulu dan awal nak masuk alam perkahwinan, saya dah mula serius mencatat keluar masuk duit bermula dari persiapan untuk perkahwinan sehinggalah membawa kepada tahun-tahun seterusnya... Saya mungkin dari kalangan OCD yang jenis pemikir dan suka view sesuatu perkara dari sebesar-besar hingga ke sekecil-kecilnya. Sebab tu, dengan mencatat, barulah saya akan rasa lega. Kalau tak, macam traffic jam dalam kepala ni.
Tahun 2011, blog SusunAturSioca lahir. Tahun 2014, saya dah mula jual planner sendiri, guna blog ni. Tiap tahun ada je planner, termasuklah tahun kelam kelibut saya - 2016. Nak jual tu sebab suka share apa yang saya rasa praktikal untuk saya, nak juga bagi orang lain rasa, kot ada manfaat selain boleh jana income.
Tahun ni alhamdulillah sempat lagi siapkan satu lagi planner. Tapi kali ni, mengkhusus kepada BUDGET planner ataupun perancangan BELANJAWAN. Tak ada yang fancy-fancy dan tak ada general-default-planner macam yang biasa korang tengok di mana-mana. Ni 100% totally dari buah fikiran saya sendiri setelah berkecimpung sekian lamanya menghasilkan planner untuk kegunaan sendiri. Tak komersial pun macam planner orang lain dan sendiri nak pakai je sebenarnya, tapi insyaAllah cukup PRAKTIKAL untuk digunakan.
Tema planner kali ni adalah JIMAT CERMAT. Sebabnya tahun ni seperti dimaklumi adalah tahun ekonomi gawat dan semakin meruncing. Belum nampak cerah lagi setakat awal 2017 ni. Jadi, kita ikut la flownya...mesti catat keluar masuk duit dengan teliti supaya tak over-budget atau sesak-bila-hujung-bulan. Harap-harap planner ni boleh bantu sikit sebanyak keruncingan isu ekonomi ni.
Kecil. Nipis. Ringan.
Saiz planner kali ni sebesar tapak tangan sahaja iaitu A6 size. Muat masuk handbag. Senang dibawa ke mana-mana. Sebab buat saiz ni adalah kerana planner saiz A4 (seperti tahun 2014 dan 2015) atau A5 (tahun 2016) lebih banyak tersadai di meja sahaja dek kerana seringnya saya ke sana sini mengurus pelbagai perkara terutamanya urusan belajar. Oleh itu saiz yang paling praktikal bagi saya adalah saiz sekecil A6 ini.
*sebagai info, separuh A4 dipanggil A5, manakala separuh A5 menjadilah A6.
Bila nak masukkan planner dalam handbag, mestilah taknak yang bulky-bulky kan? Kalau tebal, dah tentu akhirnya malas nak bawa sebab berat. Sebab tu, nipis turut menjadi faktor penghasilan planner kali ni. Apa yang ada dalam planner ni memang telah dinarrow-downkan kepada yang BETUL-BETUL digunakan sahaja. Very practical!
Saya lebih menekankan kita melihat isu yang banyak dan besar hanya dalam mukasurat yang sedikit sahaja. Jangan risau tak muat sebab isu besar pada asasnya tidak sebanyak isu-isu kecil. Macam yang kita biasa dengar, cerita tentang memenuhkan sebuah gelas dengan batu-batu. Kita kena isi dulu dengan batu-batu besar diikuti batu-batu sederhana, kecil dan seterusnya...barulah muat masuk semuanya.
Apa yang ada dalam Budget Planner ni?
Planner ni dimulakan dengan muka hadapan yang akak masih tak boleh nak move on lagi sebab terlalu suka dengan design ni - diikuti kalendar 2017.
Kali ni, kita ada special features untuk planning sepuluh tahun kehadapan. Pernah dengar kan pasal ni? Plan mesti ditulis atas kertas untuk visualize. If you fail to plan, you plan to fail. Dalam ni, macam-macam sebenarnya boleh diisi tapi fokuslah pada isu yang besar dan penting sahaja. Contohnya, letakkan pada bahagian ni target nak umrah dan haji bila, nak ada next baby bila (amboihh family planning), kalau ada yang nak sambung belajar pun boleh letak sini bila nak mula, bila nak tamat, achievable atau tidak dan lain-lain yang penting. Jadi, boleh agak impian kita tu mampu atau tidak untuk dicapai bila tengok macam ni. Letak anak start masuk sekolah rendah bila, sekolah menengah bila pun boleh. Tapi ingat, hanya isu besar sahaja ok.
Diikuti 3-months-in-a-glance planner. Ini juga special features yang dimasukkan untuk memaksimakan penggunaan ruang planner tanpa meninggalkan perkara-perkara penting. Dalam bahagian ni ada beberapa perkara menarik:
- Tarikh Masehi
- Tarikh Hijri
- Cuti umum nasional
- Tarikh special occasion seperti Hari Guru (boleh juga letak birthday)
- Tarikh full moon dan new moon (berguna untuk mengamalkan puasa hari putih)
- Tarikh gaji penjawat awam
- Kotak-kotak tambahan untuk nota kaki
Kemudian, kita masuk ke bahagian utama planner iaitu Pendapatan dan Belanjawan, yang dimulai dengan bahagian untuk isi maklumat penting seperti nombor akaun dan lain-lain.
Selepas itu, ada bahagian untuk isi:
* Sumber Pendapatan
* Belanja Bulanan
* Belanja Tahunan
* Belanja Special Occasion/Travel
*Gaji ke, bisnes ke, elaun khas ke, elaun belajar ke...boleh letak sini.
*Bayaran bulanan untuk rumah, kereta, elektrik, air, telefon, internet dan sebagainya pula di sini. Semua kolum penting telah diletakkan seperti tarikh gaji, berapa income, berapa baki, duedate dan lain-lain.
*Bayaran tahunan pula seperti Indah Water, cukai pintu, cukai tanah, insurans dan roadtax kereta dan sebagainya pula di sini. Pada bahagian ni, selain boleh letak berapa amaun perlu dibayar juga boleh diisikan berapa kena save sebulan untuk bayaran pada tarikh tersebut.
*Boleh letakkan amaun untuk celebrate birthday, anniversary, travel atau hari guru...dan lain-lain di bahagian ni.
Seterusnya, kita ada Saving Tracker untuk track flow saving kita macamana.
Expenses Tracker ni sebenarnya nak track perbelanjaan bulanan seperti belanja dapur yang berubah-ubah valuenya setiap bulan. Penting supaya kita tahu ke mana wang yang diperuntukkan tu dibelanjakan. Adakah lebih kepada keperluan atau kehendak? Ada juga bahagian untuk belanja miscellaneous dalam ni...yang selalu terover-over bajet setiap bulan tu, boleh pantau dan track apa sebab over-budget. Catat dalam jadual nilah semua expenses tu.
Selain expenses bulanan yang wajib tu, ada juga bahagian untuk 'KEHENDAK YANG WAJIB'. Macam barang keperluan organizing (CONTOHNYA...^^,)...yang ni masuk dalam bahagian Simpan & Belanja. Yang ni ikutlah, kalau ada lebihan gaji, baru simpan secara berkala untuk beli apa yang kita perlukan tu. Atau kalau ada untung bisnes lebih bulan tu pun boleh peruntukkan untuk bahagian ni. Ikut masing-masing...
Nicely fits in my handbag - bersama sistem sampul yang lain...
Bila buka handbag...
Ditutup tetap kemas - tak bulky, tak berat...♥♥♥
Harga?
RM 25 sahaja include postage...!!
Kalau nak lebih untung, boleh beli sambil jana pendapatan pada harga borong. Emel saya untuk tahu lebih lanjut.
Cara beli?
Emel [susunatursioca@gmail.com] ATAU whatsapp [0132068411]
Tajuk emel: Budget Planner 2017 by SusunAturSioca (your name)
Nama:
Alamat:
No telefon:
Cara bayaran akan diberi selepas confirm order.
Sebarang cadangan/soalan boleh direct tanya saya.
Terima kasih, happy shopping!!
p/s Beli cepat-cepat ok sebab insyaAllah takde aral melintang, awal bulan 4 saya dah start berpantang. Takut banyak pos tertangguh sebab cik abang pun kebizian sekarang ni...[doakan urusan kelahiran kali ni dipermudahkan ya ^^,]
a great creation ni :)
ReplyDeletep/s: lama aida tak nyinggah sini... i'm back!
:))
DeleteAssalamualaikum. Planner tahun 2018 ada ke?
ReplyDeletewaalaikumussalam wbt,
Deletebelum lagi :)
Assalamualakum. Hi sy eda. Ada lagi planner belanjawan ni. Sy nk beli😃
ReplyDeletewslm wbt puan...mohon maaf tiada lagi buat masa ni...:)
Delete