Assalamualaikum wbt,
Kerja-kerja mengecat ni bukanlah satu perkara yang mudah, walaupun benda yang nak dicat tu taklah besar mana...tapi perlukan kesabaran yang tinggi...memang cabaran nak menyiapkannya...
Sebenarnya tak siap final touch-up lagi pagar ni tapi agak 'bertahun' juga nak tunggu siapnya, maka share jelah dulu...dia perlu banyak coat untuk hasil yang kemas tapi nak buat selapis dua lapis ni pun dah sekian seksanya...-____-''
Bukan apa, budak-budak jelah pun yang ngacau, tu yang jadi lambat. Dia pun nak explore jugak apalah yang dinamakan 'cat' ni. Kalau tak perati kang, ada yang makan cat pulok...;P
Jadi, memang SALUTE kat sesape yang boleh mengecat tak kisahlah cat bahagian rumah yang mana...tabik toing-toing untuk anda! ;D
Warna asal pagar ala-ala brown...nak tukar pagar bukan murah, so kita cat je...
Oklah harga dia...perlu satu tin ni je untuk pagar tu. Jimat beratus kalau tukar pagar.
{amboi kaedah penjimatan sangat...sila praktikkan. ;p}
Siap-siapkan bahan nak mengecat.
Apa namanya ni, thinner ke turpentine? Apapun, benda ni penting jugak macam nak mencairkan cat tu sikit. Kalau tak, likat sangat nanti susah nak cat.
Mula mengecat...seperti biasa, minta tolong pada yang pakar la...encik suami ;)
Saya handle part-part yang sukar dan perlukan penelitian macam ni. Tak rajin nak sellotape, jadi agak comot. {sape suh tak rajin? -___-''}
Rasa macam nak spray je part-part macam ni...tak terfikir pulak sebelum ni jadi tak beli spray. Rasakan mengecat. ;p
Bos kecik tengah pantau...dah siap sebelah pagar.
Cat sebelah lagi satu...ni saya punya tugas. Encik suami kata cuba belajar buat....uhuks...ingat dapat ngelat...
Cat semua bahagian, walaupun rasa macam ni orang tak nampak ni...cat je ok...
Dapat tengok kan beza dua lapis cat dengan satu lapis cat...so, jangan cuak bila tengok tak cantik lepas first coat, sebab anda hanya akan lega selepas coat kedua. ;)
Ada bahagian yang nampak kemas. Ada juga bahagian yang perlukan satu coat lagi. Tapi weols dah berpeluih-peluih kat luaq ni...so sila tunggu lain kali untuk last coat tu....phewww
Siap sebelah lagi satu.
Perasan kan awning yang dah dikongsi hari tu...itulah rupa dia...
Kalau boleh, cat dulu baru pasang autogate, sebab arm dia tu agak mengganggu proses mengecat.
Tapi kalau dah pasang dulu pun takpe, catlah perlahan-lahan yaa....;)
Love the green and blue nature color at the background...subhanallah perfect view!
Hasilnya??
Saya S U K A...!!
Terasa beza sangat bila dah cat putih ni. Maklumlah iols suka amat warna putih...
Tapi jangan zoom dekat, agak comot di bahagian-bahagian sukar...haha. Dah kata memang cabaran nak siapkan. InsyaaAllah kalau ada spray and satu coat lagi, yang bahagian-bahagian sukar tu boleh di'rawat'...bila tu?
Lain tahun...!
;D
huhuhu rajin...akak punya rumah...cat dah beli sebelom raya...tapi operasi belum bermula....
ReplyDeletesuka putih jugak! :)
wahh nak cat apa tu kak jaja? ^____^
Deleteok jugak cat sendiri. we all nak pindah dulu malas nak cat sendiri byk urusan....sy pon br habis pantang....upah indon cat gate aje...bayar la RM100....berbaloi ke tidak tak tau la. Ingat bila sempat nanti kena cat baru jugak...
ReplyDeletesaja2 nk try buat sendiri...mmg berbaloi rm100 upah tu rasanya...mmg penat nak ngecat sendiri...phewwww....;)
DeleteAssalam fizah.. wah cun nye pagar berwajah baru.. suke2. pemandangan hijau sgt menenangkan dan menyejukkan pandangan :)
ReplyDeletewslm wbt...tq dear...view tu tak lama lagi mungkin takde sbb pemaju tgh buat apa tah kat tanah depan ni...ada projek la tu agaknya..huhu
Deletecantik da
ReplyDeletetq sis :))
Deletebaru berpeluang baca blog sis..bizi sikit sekarang ni
ReplyDeletesu pun berhajat nak cat pagar warna putih
tapi aduhh masing2 bizi..hihi
memang cantikkk warna ni kan
tula, nmpk sue bizi skrg..akk doakan bisnes sue berjaya :))
Deletepernah kena buli denga mak mertua, masa tu nak raya. kami laki bini kena cat pagar rumah. sangat comot hokay! tapi alhamdulillah tahan ampai sekarang.. hehehe...
ReplyDeletehehe..pahala berganda2 tu zura.. insyaaAllah :))
Deletecomelnya warna putih.
ReplyDeletesaya suka.. pagar saya tak cat baru lagi setakat ni
terus nampak lain pagar lps cat..nmpk lebih mahal gitew ;p
ReplyDeletesi kecik tu mcm nak tolong je tu..ehehehe
ReplyDeleteDah penah cat grill.... Seksa ya ... Baik spray jekan
ReplyDeletenice... :)
ReplyDeleteputih mmg cantik...
Assalam..Salam Ziarah & Selamat Haari Raya Qurban..
ReplyDeletesukanyer tgk rumah sissss..cantikkkk...
x jemu mata nak skodeng rumah nih...lg best bila tgk kehijauan kt depan rumah tuuu...
bestkan bila dapat buat sendiri...yang penting jimat banyak sangat...
ReplyDeletebetul la..beza bila dah cat warna putih tu..nampak lapang. cat pagar pun dah penat kan..
ReplyDeletehihi kagum betul dengan blog ni...inspirasi utk susun atur yang best! boleh la rujuk sini selalu
ReplyDelete