Assalamualaikum wbt,
Baru menjengah-jengah blog. Luar biasa lama saya tak update ya.
Anak teruna dah semakin membesar dan tumbesarannya itu berkadar terus dengan keaktifannya.
Kelam kabut ibu nak adapt dengan semua ini. ;)
Selari dengan itu, anak dara yang berdua tu pun tak kurang aktifnya. Nak try macam-macam. Dan saya perlu spend most of my time dengan diorang. Macam-macam aktiviti nak dibuat. Disebabkan saya mengehadkan jumlah menonton tivi dan handphone, maka kenalah bagi alternatif supaya energy mereka tu dapat disalurkan kepada aktiviti yang berfaedah.
Walau bagaimanapun, ada juga waktu yang saya tak dapat nak catch-up dengan energy diorang ni. Ibu dah letih sangat dah ni, tapi anak-anak masih pulun gagah lagi. Hadehhh...rasa macam nak cari tongkat ali je...;p
Aktiviti kegemaran girls...water colouring...sambil Zuhair main motor...
Masih dengan motor lagi...
Hah, dah bosan agaknya, mula mencari kakak...
Dan join sama colouring...;)
Berkecah-kecah jadinya...huhu...tu sebab ibu dah siap-siap alas plastik jalur-jalur putih merah tu...kalau tak mau kembang meja chipboard ibu ni...;)
Tu sudut gantung aktiviti diorang...ingat nak cari idea lain yang lebih kemas contohnya guna frame tapi rasanya cara ni lebih praktikal, mudah dan murah untuk sementara waktu ni.
Macam-macam rupa warna-warni yang ada...;p
Pelbagai hasil art...tak ingatlah saya pernah terbaca kat mana, yang mengatakan sistem display art anak-anak ni sangat bagus untuk emosi diorang dan boleh meningkatkan keyakinan diri. Tak kisahlah walau macamanapun rupa art tu, kita wajar appreciate usaha mereka menghasilkannya. Puji usaha, bukan puji hasil.
Ada hari-harinya, pasang khemah pula dalam rumah. Dan lambakkan mainan dalam tu...Bukan main seronok diorang kalau pasangkan khemah macam ni. Tu Alya yang semedang senyum bila nampak kamera...;)
Aktiviti permainan warna dan nombor pun ada...tapi yang ni susah sikit nak buat selalu sebab Zuhair selalu kacau. Letak dalam kerusi Ikea tu lama-lama pun dia takmo. Kakak dah susun elok-elok nombor kang dia amek satu dia ngap! Heheh...sabor jee...
Main lego...Adni membentuk sebuah train yang panjanggg...
Playdough...pun satu permainan kegemaran anak-anak. Dulu saya pernah buat homemade playdough tapi semenjak kesibukan asyik mengetuk pintu kehidupan, saya beli je yang murah-murah dengan kuantiti yang sedikit dan tiga warna sahaja. Masih bertahan sehingga kini, belum bercampur lagi ketiga-tiga warna tu.
Yang atas tadi saya buat, dan yang kelakarnya Adni bukan teka snowman, tapi dia teka...Olaf..! Haha...pun bolehhh...Yang bawah ni dia buat sendiri dari badan, mata, hidung sehinggalah tangan...teknik meng'copy' apa yang ibu buat.
Permainan dan aktiviti ni semua memerlukan skill ibubapa untuk tenang dalam mengajar dan mengajak anak kemas bersama selepas habis bermain...masa ni skill untuk bersabar perlu diasah dengan tajamnya...;p Kalau tidak memang bersepah rumah dengan item-item mini ni...
Biasanya saya fokus kepada dua perkara je dalam aktiviti-aktiviti ni:
1. Sel-sel otak anak berhubung. :)
2. Rasa bertanggungjawab untuk mengemas selepas bermain.
Dalam menyusunatur aktiviti bersama anak-anak, sangat banyak perkara yang seseorang ibu boleh pelajari.
The learning process is not only for the kids, but it is for the mothers too...
Kalau sekadar meletakkan satu aktiviti dan biar anak main je, tanpa mengajarkannya untuk kemas semula, memang ibu akan merasa penat dan letih sebab kena kemas sendiri semuanya setiap hari, dan kesudahannya sudah pasti ibu tadi amat sukar untuk membuat perkara yang sama keesokan harinya. Akhirnya, memberi anak tengok tivi atau bermain handphone akan menjadi jalan short-cut yang dipilih sebab taknak penat mengemas, di mana pilihan itu SANGAT SALAH walaupun amat menyenangkan kerja.
Tips untuk menangani perkara ini:
1. Sediakan ruang storan yang mencukupi untuk permainan/homeschool supply anak-anak. Ajarkan mereka selepas main perlu simpan semula di bekas storan ini. Bila ada bekas storan, insyaaAllah operasi mengemas akan menjadi lebih mudah dan menyeronokkan. Boleh main mix and match lagi sambil-sambil berkemas tu.
2. Labelkan bekas storan tu supaya mereka tahu arah mana nak tuju untuk letakkan permainan tadi. Selain itu, label juga boleh membantu ibubapa memperkenalkan rules bermain satu permainan sahaja pada satu-satu masa. Secara tak langsung, boleh bantu anak untuk belajar menjadi fokus; dalam kes ni fokus kepada satu-satu permainan.
3. Re-organize. Step ni perlu dilakukan oleh ibubapa sendiri. Kadang-kadang anak-anak tak dapat mengemas sepertimana kita kemas. Ada standard yang belum mereka fahami. Maka ibubapa perlu re-organize supaya sistem yang ada tetap praktikal untuk digunakan selepas itu. Tak perlu re-organize setiap hari, mungkin boleh buat sebulan sekali. Mana-mana permainan yang dah rosak, ataupun yang tak digemari anak-anak, boleh disisihkan.
4. Sediakan satu ruang khas untuk anak-anak beraktiviti. Contohnya saya menyediakan ruang airwell untuk tujuan ini di rumah saya. Walaupun anak-anak kadangkala akan meneroka juga ke seluruh rumah, tapi kebiasaannya mereka akan menyepahkan mainan di satu tempat yang telah ditetapkan itu sahaja. Bersepah satu bahagian rumah jauh lebih baik daripada bersepah keseluruhan rumah. ;)
5. Tidak mengapa jika sekali sekala rumah tetap bersepah. Jangan tertekan sekiranya kita 'out of control' sebaliknya cuba jadikan perkara ini sesuatu yang menyeronokkan. Seseorang ada menyebut, kadangkala kita telalu sibuk memikirkan siapakah anak kita akan jadi satu hari nanti, sedangkan kita terlupa bahawa mereka adalah 'seseorang' pada hari ini.
Ada masa, kita kemaslah bersama rumah tu ok. Meanwhile, choose the kids first. :)
Aidilfitri yang baru berlalu hari tu, kami kemas-kemas dan ubah sikit susunatur perabot di ruang tamu sebab tetamu selalu ziarah kan...{eh, tiba-tiba masuk cerita ruang tamu. Hehe, sebab nak match dengan tema Cabaran Bulanan la ni...;p}
Kami susunkan kerusi macam di atas ni untuk ruang duduk wanita.
Ni untuk bahagian lelaki. Tak banyak perubahan. Seperti biasa saya masih mengekalkan konsep minimalis supaya mudah untuk maintain.
Ruang kanak-kanak turut disediakan. Bilik yang terbuka pintunya tu pula untuk ibu-ibu menyusu.
Ooops...ada perubahan sikit kat dekorasi dinding tu...ada masa nanti saya kongsikan...;)
Dominasi warna merah-hijau. Nampak tak wall decal yang kat bawah tu, dah hilang tiga batang bunga tu...kerjaan si teruna saya laa tu...selamba je dia cabut...;p
Anak-anak comel, soleh dan solehah di pagi hari raya... ;))
Begitulah serba sedikit penjelasan mengapa saya bercuti tanpa notis selama dua bulan. ;p
Takde sibuk apapun, cuma sibuk membesarkan anak-anak je...hihohiho
Pada mulanya saya nak extend waktu penyertaan Cabaran Bulanan kita, tapi sebab dah dua bulan pun, maka taknak lama sangat, saya akan tutup cabaran pada hujung bulan ni, 31.08.14. Selepas itu, kita akan pilih pemenang ok. Entri-entri peserta akan diterjah perrrrlahan-lahan. Harap bersabar ok...:)
Akhir kalam, saya nak ucapkan Salam Aidilfitri, Mohon Maaf Zahir dan Batin. :)
wah menariknya banyak aktiviti bersama anak2...
ReplyDeletealhamdulillah ada masa layan..klu sibuk kesian jgk diorg layan diri sendiri je...
DeleteTerima kasih untuk entry ni Fizah. blh cedok sikit-sikit idea.
ReplyDeleteNurul.
sama2 kak nurul...sesama kita ye..
Deletewow bestnya
ReplyDeleteseronok layan karenah diorg...kdg2 geram jeerr...hehe
Deleteselamat hari raya Fizah ;)
ReplyDeletesesama kita :)
DeleteSelamat hari raya fizah. er walaupun dah 2 zulkaedah.
ReplyDeleteLama menyepi ingat sibuk pulun dengan study.
hik hik...study dikesampingkan sekejap...pasni pulun balik...doakan sy ye kak..
DeleteLm xbsiaran..igtkn majuk...rupanya bz dgn ank2..
ReplyDeletehaha..apa yg dimajukkan tu dear...
Deletewelcome back akak ! hehe ! lamaaa tunggu blog berupdate =)
ReplyDeletetq sudi menanti..really appreciate it...;')
DeleteSangat merindui entri kak fizah..
ReplyDeleteseronok tgok anak2 akak
baru2 ni su share link blog akak kat group fb kksa
suka betul semua org..sbb su ckp akak sifu su..
RINDU KAT AKAK!! HARI TU SU SHARE LINK BLOG AKAK KAT GROUP FB KSSA..RAMAI YG SUKA DAN KAGUM DENGAN AKAK
ReplyDeletehe he he...betul2 rindu ni smp dua kali komen....;P
Deleteakk ada tgk fb...malu sbnrnya akk...hee
apapun, akk bersyukur dpt kenal dgn sue yg baik hati...smg sudi terus berkawan dan tegur2lah kalu akk ada buat salah ye..:)
phew!!! lama menghilang! rindu kamooooo!!!!
ReplyDeletehehe....tgh pulun baca entri peserta..rindu akk jugak...bila nak update cerita pasal rumah byk2 lagi..tak sabor nak dgr...harap akk sihat sejahtera selalu bersama keluarga tercinta..:))
Deleteakak memahami mu... memahami sangat2 biler anak membesar dan aktiviti drastik perlu di buat secara maksima.. :) tapi punya lah gigih sekali shoot dalam satu entry yer...heheh..
ReplyDeletehehehe...nak2 hr tu ramadan..mmg sekejapan je rasa masa berlalu...pastu raya pulak kan...wahh kemain pulak berjalan raya...balik dah penat..layan anak, kemas rumah, study...zuhair plak da pandai mintak itu ini...asek tarik tgn ibu tak bg duk kat komputer...huhu...mcm2 kan...;p;p
Deleteni baru ada masa pulun duk depan komputer...catch-up apa2 yg tertinggal...dah tentu blog akk yg paling nak dituju sekali..nak baca perkongsian akk yg best2...wahh harap ada byk masa....doakan sy ye kak aty yg comel!! ;))
p/s eh terasa macam pjg pulak reply komen...;p
salam fizah, cantik sgt warna diniding bilik turqoise tu, tak penah terfikir nak cat kaler tu kat umah, jadi harap fizah boleh share paint code tu ya...thanks!
ReplyDeletesalam..nama dia cupid green brand scissons...kod 0223...
Deleteboleh share kat mana sis beli sofa hitam dan merah tu x?:)
ReplyDeletesofa dark brown tu dari cavenzi
Deletesofa merah dari kedai perabot Your Home/Perabot Anda
♥