Pages

Wednesday, May 14, 2014

Sioca Delivery 2nd Batch Yang Penuh Cabaran

Assalamualaikum wbt,

Mula-mula tu asyik terbaca orang tu tak dapat pergi Ikea, orang ni tak dapat pergi Ikea sebab jauh dan sebagainya, walaupun diorang duduk luar Melaka, tapi saya assume ada juga orang Melaka yang bermasalah nak sampai ke Ikea.

Jadi, tiba-tiba je idea Sioca Delivery ni tercetus. Saya tak ambil untung banyak pun. Nak kata cecah ratus tu jauh sekali. Puluh pun dah syukur sangat. Kadang belas je. Hihi. Yelah kenalah ambil kira minyak, tol semua tu kan. Nak pulak kalau jammed. Dah menambah kos minyak kat situ. Tak campur kos stress dan kos sesat nak cari rumah orang. ;P

Tapi, seronok tau. Walaupun penat tapi faham jelah bila pergi Ikea. Semua penat hilang.

Sesuatu sangat Ikea ni. ;)

Batch kedua Sioca Delivery penuh cabaran dan liku. Bayangkan, kitorang dah gerak awal pagi. Nak pergi beli jam, frame dengan cermin yang orang order. Bila dah sampai, macam biasa, solat lepas tu bagi budak-budak main sekejap kat ruang yang disediakan.




Selesai, kami pun turun nak pergi ambil barang-barang tu semua. Sekali lif rosak daa. Dah satu hal nak keluarkan budak berdua tu dari troli dan guna escalator. Zuhair dalam carrier.

Sampai bawah cari troli lain. Kena ambil dua sebab satu letak barang, satu letak anak-anak.

Mula-mula ambil sedozen Rusch Wall Clock tu. Sekali ada sorang apek datang bagitau,

"You nak ambil banyak ini ke? Tak boleh tau, ini limit ENAM saja."

"Betul ke uncle?" Muka terkejut.

"Ya betul, saya memang sudah biasa datang sini."

Ahhh...sudahhh...macamana ni...?? Jangan kata enam, saya nak ambil tujuh puluh tiga ketul ni...Takkan ada limit jugak kot barang kat Ikea ni??

Bincang-bincang dengan hubby, nak proceed amek ke, nak pergi tanya orang lain ke, nak cari pekerja Ikea dulu ke...phewww...dah mula berpeluh. -____-"

Bincang punya bincang, last-last kitorang proceed untuk ambil dulu dan fikirkan camne caranya nak bayar. Kalau cashier kata boleh bayar terus, barang dah ada. Tak perlu patah balik sini. Lagipun mesti teruskan, kalau tak, kesian kat kawan yang dah order untuk Hari Guru tu. Mesti susah dia nak cari souvenir lain last-last minute.

Ok. Penuhkan troli dengan semua order tu, 73 jam, 35 frame dan 2 set cermin.

Jalan punya jalan, jumpa sorang pekerja Ikea. Tanya dia.

"Jam ni ada limit ke boleh beli?" Dia kata, takpe takpe jalan je.

Ok kitorang pun jalan. Jumpa lagi sorang pekerja, tak puas hati, tanya lagi.

"Jam ni ada limit ke boleh beli?" Dia kata YA, boleh beli ENAM saja.

"Ah sudah...jadi camne ni bang kalau nak beli banyak?" Dia kata kena bayar lain-lain kaunter.

Ok ada harapan kat situ. Masih bolehlah kiranya tapi bayar kat kaunter berbeza untuk setiap ENAM barang.

Jalan lagi.

Berdebar nak tiba ke kaunter. Dalam hati dok terfikir kalau kena bayar 6 barang je, jam ada 73 semuanya jadi kena pergi kaunter berbeza sebanyak 12 kali.

DUA BELAS??? Aduhhh...masak macam ni!

Tiba di kaunter, letak 6 jam dulu. Habis bayar, tanya kat orang kaunter dengan muka penuh harapan.

"Boleh tak saya nak terus bayar yang balance ni? Bayar 6. Pastu 6 lagi. Pastu 6 lagi."

Tak boleh kata dia...kena pergi kaunter berbeza...huk huk ;( ;(

Saya pun soronglah troli yang penuh padat dengan barang tu ke kaunter lain. Beratur lagi.


Dah sampai kaunter bayar lagi 6. Habis bayar saya cuba lagi tanya.

"Boleh ke terus bayar yang balance ni? Saya bawak baby." Siap tunjuk Zuhair yang ada kat luar kaunter dalam carrier dengan ayahnya.

Selamba orang kaunter tu jawab.

"Tak boleh, kalau awak nak beli banyak macam ni kena ikut prosedur!" Hadoi. Tak mesra alam betul ini orang. Cakaplah elok-elok. -____-

Sorong lagi troli ke kaunter lain.

Tup-tup datang sorang entah siapa tapi macam level tinggi sikit dari orang kaunter. Macam supervisor dia gitu kot. Dia cakap, "Barang ni boleh ambil ENAM saja ya".

Saya dah mula cuak. Muka dia sangat serius ok. Tapi saya tetap taknak mengalah. Saya pun cakap, "Tapi saya memang kena beli banyak ni. Saya dari Melaka memang nak beli barang ni je. Ni untuk hadiah Hari Guru...bla bla bla".

Dia pulak buat donno je saya explain semua tu. Dia asyik ulang. "Boleh ambil enam je. Boleh ambil enam je."

Hadoi.

Last-last setelah beberapa minit berlalu, agaknya dia pun malas layan saya yang taknak ubah fikiran, dia kata kalau awak nak juga kena bayar kaunter lain. Saya pun kata, "Ok, ni memang kaunter ketiga yang saya dah pergi ni".

Lega.

Sambung beratur.

Tengah-tengah beratur tiba-tiba suami saya datang. Dari tadi suami dan anak-anak memang kat luar kaunter sebab nak ambil 6 barang yang dah lepas tu. Kalau diorang beratur sekali takut lagi lambat kang. Jadi, saya beratur sorang. Tapi, agaknya suami dapat idea, dia kata mintak tolong orang depan saya bayarkan 6. Dapat jimat masa sikit kat situ.


Alhamdulillah. Lega sebab kakak depan ni sudi nak tolong. Lepas tu bermulalah episod saya mencari orang yang sudi tolong bayarkan. Haha. Hadoi betul! ;D

Dalam pada kekalutan di tahap maksimum tu, saya sedar yang orang Malaysia ni baik-baik hati belaka. Tersenyum-senyum masing-masing bila saya mintak tolong bayarkan. Siap ada sorang lelaki ni offer lagi.

"Takpe kak biar saya tolong bayarkan yang 6 ni". Gitu.

Adeh, touching ahkak. :')

Sampailah ke 6 yang terakhir, berebut pulak orang nak tolong. Haha. Saya memang dah mintak tolong kat sorang makcik ni untuk bayarkan 6 yang terakhir. Tapi cashier pun nak tolong lepaskan yang 6 tu, kiranya saya takyah gi kaunter lainlah gitu. Dramatik sangat ok. ;D

Lambat pulak jumpa cashier yang baik hati ni. Perempuan India. Dari tadi asyik jumpa cashier yang nak menggarang je. ;p

Saya kira-kira ada sejam lebih jugaklah kitorang 'berperang' kat kaunter tu semua. Kesian kat budak-budak. Zuhair dah tido dah bangun balik pun ibu masih kat kaunter lagi. Huhu. Sebabkan ada limit 6 tu yang jadi berjela-jela masalahnya. Kalau tak, sekejap je saya rasa. Sekali bayar kat satu kaunter dah setel.

Penuh bonet.

Jammed yang menambah sakit kepala. -____-

Lapan resit. Lagi empat dalam resit orang lain. ;)


Tapi, saat paling meLEGAkan adalah bila dah sampai rumah customer dan hantar barang. Sesuatu sangat perasaan dia tau. Macam ada satu batu atas bahu yang telah dilepaskan.

Begituuu...;D

P/s So, kepada sesiapa yang nak order Rusch Wall Clock tu, kena ingat ya, limit 6 sahaja. Kalau nak beli lebih kena pergi tanya kat pihak management {ni ada sorang abang kat kaunter bagitau masa kitorang dah nak selesai bayar} :')

*UPDATE from customer*




Mode: Terharu :')

 photo footer.png

32 comments:

  1. mmg dramik btl yer.. gigihnya... sadis baca entry ni mujur berjaya jugak membayar semuanya akhir sekali ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. itula pasal yana..agak sadis jgk ... hu hu..;)

      Delete
  2. Drama minggu ini :D Tabah sungguh. Kalau saya maybe dah giveup..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tabahkan diri jgk sbnrnya sbb brg org. klu brg sendiri mgkn juga dah give-up...;p

      Delete
  3. assalam fizah. wah pengalaman sungguh ni kan fizah. gudluck fizah. pasni nk try jugak delivery ni. leh jumpe fizah sekali. huhu ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm wbt mira..tula tgu order mira plak...hihihi

      Delete
  4. aduss...gigihnya fizah...harap kesudian membantu org lain akan lebih manis ganjarannya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Allahu...ameen utk doa awak..terharu sy :')

      Delete
  5. akak baca pon senak napas...dapat bayangkan keadaan awak... cekal lagi gigih..semangat orang niaga memang kene kental yer dik..:) gud luck...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..malu juga kak sbb baru je lg. nk kata bisnes mcm jauh sgt lg...hukhuk. do'akan ye kak :)

      Delete
  6. ooo boleh pulak dia limit2 ye...alhamdulillah semua selesai... : )

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah selesai. :) jam tu je yg limit. frame tu beli 35 tak limit pon. senang bayor. agaknya sbb jam tu murah sgt jadi faktor penarik utk org dtg kut tu yg dia limitkn..huhu

      Delete
  7. ooo mcm tu, barula tau. jam tu murah sangat, brand Ikea mmg siapa yg tidak mahu milikinya.
    tapi kejam jugaklah kena pergi kaunter lain2. sabar je la Ikea ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. agak kejam tau...iols dahlah pemalu orgnya..dah mcm tumpuan pulak hr tu ke hulu ke hilir kat kaunter dgn troli penuh....;D

      Delete
  8. Hehehe drama kak fizah dan jam ikea sesuatu sgt. Saye bace dgn kusyuk membayangkan betapa gigihnya ahkak...gud job kak fizah! ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. drama queen sgt tau...balik tu terus sakit kepala...hades..;D

      Delete
  9. Alhamdulillah berjaya juga bayar semua, memang gigih. ;)

    ReplyDelete
  10. mencabar betul. tp mmg kalu gi ikea takleh rushing2...

    ReplyDelete
  11. hah nasib baik x beli jam ni utk hadiah hari guru, bukan banyak pon nak beli tapi sure hanggin sb mesti nak kena beratur 2 kali kan.... saya pon beli frame tu je utk hadiah guru.. hehehe frame tu tadek limit la pulak kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. frame tu plg best sbb takdak limit. hehe.

      Delete
  12. Oh ade jgk eh prosedur mcm tu. Mcm gula & minyak time kat supermarket time kena catu je... Alangkah senang nye kalau diorg blh scan satu darab dgn 70 terus...phewww mcm2 hal meniaga ni kan...

    ReplyDelete
  13. phew....rajinnya....kalau saya dah give up tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. takde keje carik keje namanya saya ni...;p

      Delete
  14. gigihnyer fizah.... bagus betol awak... memang tahap kesabaran tertinggila.... huhu...

    ReplyDelete
  15. ish ada limit ke certain2 barang, thanks for the sharing. harini pun nak pergi ikea beli frame gambar :)

    ReplyDelete
  16. betul ke sis...su pun xtau..dulu pernah nuat nak borong tapi jadi..penat nye kalau mcm tuuu

    ReplyDelete

Terima kasih di atas semua komen-komen yang diberikan. Kehadiran anda semua di sini sangat-sangat saya hargai. Saya akan cuba yang terbaik untuk membalas dan meraikan setiap kunjungan anda, dan mohon maaf sekiranya ada sebarang kekurangan ^^,