Pages

Monday, January 6, 2014

Makeover Fail Lama :)

Assalamualaikum wbt,

Saya nak mulakan cerita study room dengan makeover fail lama yang akan saya letakkan Home Binder 2014 saya.

Tapi, sebelum tu...saya nak ambil kesempatan mengucapkan jutaan TERIMA KASIH kepada semua yang telah membeli Home Binder by SusunAturSioca ni.

Kepada yang ada blog tu, bolehlah kongsi-kongsikan camne korang gunakan Home Binder tersebut, adakah membantu urusan kehidupan sehari-hari...adakah warna-warna cerianya dapat membantu mengharungi hari-hari 'mendung' yang perlu dilalui...atau adakah apa-apa cadangan penambahbaikan supaya dapat lebih tersusun dan lebih umph! ;)

Ada sorang kawan saya Mawar beli Home Binder ni, dia bagi cadangan catatan bulanan yang dari Januari hingga Disember tu dibuat bentuk potrait berbanding landscape. Jadi, bila nak guna boleh terus tulis tanpa perlu senget-sengetkan fail.

Betul jugak tu.

Tapi, kelihatannya masa tak begitu mengizinkan untuk saya mengedit semula Home Binder yang dah sedia ada ni, jadi insyaaAllah lain kali {tahun depan lerr tu} kita buat potrait pulak ok. {aci ya Mawar? sekali dengan kalendar one page view tu..;p}

So, jom tengok mana saya buh Home Binder saya ni.

Ada satu fail lama...encik suami punya sebenarnya ni tapi dah tak digunakan lagi jadi bininya amek buat letak Home Binder...untuk uruskan rumahtangga jugak kekdahnya kannn...kikiki ;p

Macam biasa, haruslah dibalut-balut bagi comeyyy...

Bahagian dalam, belah kanan untuk letakkan Home Binder yang dah diprint dan ditebuk lubang, belah kiri untuk letak pen atau apa-apa notes/resit sementara sebelum dimasukkan ke 'rumah' mereka yang sebenar...


Bahagian bucu...tekan-tekan bagi kemas.





Masukkan Home Binder tersebut...

Ops, warna muka depan Home Binder saya ni lain, bukan seperti di SINI sebab ni set percubaan sebenarnya. 

Sebelum saya open for sale, saya test print dulu, nak tengok ok ke tak hasil lepas print...pastu tengok-tengok page lain semua ok, kombinasi warna memang dah cun tapi yang muka depannya macam tak berapa ceria pulak tengok sekadar warna merah-hitam je, tu yang tukar jadi warna-warna ceria macam kat bawah ni...

Nanti dah repair printer, baru print balik page ni...sekarang tenung je dulu...hee

Muka-muka berikutnya...




Kat page Nota Tambahan ni, saya tuliskan idea-idea yang membanjiri fikiran berkaitan study, entri blog atau home improvement. Kemudiannya nanti saya akan masukkan idea tersebut ke dalam page bulanan untuk dilaksanakan. 

Contohnya, kalau yang berkaitan study; tiba-tiba terfikir oh sem ni dah patut mula tulis tesis tapi bila exact tarikh nak mula tu taktahu lagi, tu yang belum boleh tulis dalam page bulanan maka tulis je dulu impian tu kat sini...nanti bila reread balik, baru fikir exact tarikh untuk masukkan ke dalam page bulanan. 


Sediakan juga highlighter untuk 'padam' idea yang telah dilaksanakan. 

Dan sticky notes untuk tulis 'things to buy'

Tips guna sticky notes supaya senang nak bawak ke pasaraya beli barang, takyahlah bawak fail yang besar ni pulak. Terkejut jurujual nanti. 

Hehe...


Page tahunan...untuk impian-impian yang besar. 

Contoh yang saya pernah sebut ialah impian nak pergi haji. 

Impian semua orang kan. 

Tapi bila nak pergi tu? Haa...itu yang kita nak tuliskan tu. 

Bila dah nampak impian tu dengan jelas, baru rasa macam datang satu semangat nak mula usahakan mencapai impian tu. Begituuuu.....



Page Tarikh Istimewa.

Page bulanan.

Untuk page bulanan, tak semua benda kita boleh tulis sebab kotaknya kecik je...{mana-mana planner pun begitu kecuali planner yang ada buat page harian dan bukan bulanan}.

Macam saya, saya letakkan tarikh event-event penting {event laa sangat ;p} ataupun tarikh 'plan-to-do' seperti rancangan untuk bercuti, walimah kawan-kawan, deadline submit paper, tarikh conference, tarikh next progress presentation, tarikh masuk lab, tarikh hantar fabrikasi dan yang sewaktu dengannya...

Tarikh-tarikh yang fixed yang bukan kategori 'plan-to-do' tapi dah memang 'do' seperti annivesary, birthday, tarikh masuk rumah baru dan yang sewaktu dengannya tak perlulah letak kat sini. Tu semua boleh diletakkan kat page tarikh istimewa. 

Barulaa planner kita ni functional dan tak serabut...kut kang jadi niat asal nak ada planner sebab nak organize semua urusan, balik jadi tambah tak organised pulak...{ada pengalaman tu...ada} hehe

Ok, itu sahaja perkongsian kali ni. Camne pulak cerita Home Binder korang? 


 photo footer.png

28 comments:

  1. zam tahun baru ni ... perancangan itu pentingkan ...

    eh² warna pembalut fail ni cam corak tudung aidijuma hihihihihi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha...ada gak yg perasan..sy pun nak tergelak bila tgk tudung tu...eh ni corak pembalut hadiah saya ni..hahaha ;D

      Delete
  2. Home binder ni sangat membantu..
    Tapi saya tak buat lagi home binder ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. blh buat tu cik hani..awak lg kreatip..nti share ok :)

      Delete
  3. wah kreatifnya. cantik sangat planner tu.

    ReplyDelete
  4. thanks fizah...rasa mcm byk aspirasi dpt dr blog ni hehehe semangat 2014

    ReplyDelete
    Replies
    1. mekaseh...jom kongsi2 semangat 2014 sama2 :)

      Delete
  5. wahhhh...memang terbaik la kak..sue suka tgokkkkk...
    sangat organizing!

    su ada buat jugak tapi carca marba lagi..hehhe

    ReplyDelete
    Replies
    1. aaa sue lg kreatip...pasti dpt hasilkan yg jauh lebih baik :))

      Delete
  6. assalamualaikum, beb... buatkan aku satu. hehehe, aku tingin tapi tak reti nak susun. skrg ni lagiiiiila apa pun tak sempat. tempah utk 2015 punya, aci dak? lawa laaa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam wbt cha, ang takya ngade..nanti aku emel ok...free of charge...hee

      Delete
    2. thanks tau, nanti aku minta suami aku printkan. mmg itam putih je la gamaknya. hahaa, takpe yg penting ialah, devider2 dan ruang2 yg sudah sedia siap2 tinggal isi saja. thank u tau.

      Delete
  7. tettttt encik abang student utem dulu ke? hehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ahaks..bukan belajaq..kerja utem..:))

      awak student utem ke dulu? ;))

      Delete
  8. waa..kreatif gilerrrr. heee. edit guna apa tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. guna microsoft word sajok...blhla cuba jgk...:))

      Delete
  9. ketika bosan menghadap buku, tetiba lak terjahat duk meneka bzday 'abang n sayang' tu...huahuahua (jahat nye aku)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha ha...dpt ke teka? ngade jek nak blur2kan kan...;p;p

      Delete
  10. Replies
    1. ahaks..apa yg nak ditempah tu kak? malu sy nak tempah segala..ha ha..nti sy emel yer..

      Delete
  11. Ayu punya belum print. Tak sabar nak guna. Hohoohooo

    ReplyDelete

Terima kasih di atas semua komen-komen yang diberikan. Kehadiran anda semua di sini sangat-sangat saya hargai. Saya akan cuba yang terbaik untuk membalas dan meraikan setiap kunjungan anda, dan mohon maaf sekiranya ada sebarang kekurangan ^^,