Thursday, December 19, 2013

37 Susunatur Laci Peralatan Memasak

Assalamualaikum wbt,

Yelllooo semuaaa....bertemu lagi kita di siaran cabaran bulanan dengan prospek perbincangan part 2 iaitu dapur.

Kali ni, saya nak kongsi keserabutan saya mencari idea camne nak susunatur cooking utensils saya yang berlambak tu.

Nak tengok ke? Hee...ready semua...

v


v


v


v


v


v


Haa...tuuu diaaa...penim kepala ambe nengok +___+

Kononnya beli bekas warna hijau tu untuk organize peralatan memasak ni semua...tapi it ends up with this failure. 

Saya rasa sistem guna bekas sedia ada di pasaran tak sesuai sebab bekas tu semua tak suit dengan alatan memasak yang saya gunakan. Maksudnya, ada peralatan memasak yang panjang ada yang lebar ada yang pendek ada yang kecik dan sebagainya. Dan untuk mencari bekas sedia ada dijual yang suit dengan semua jenis dan saiz peralatan memasak adalah sesuatu yang agak mustahil dicapai.

Maka, saya pun memulakan operasi memerah otak!

Fikir punya fikir...berjaman bertahan dengan keserabutan laci di atas...sampai ke sudah tak jumpa solution!

Grrrrrr....

Sampailah suami saya ter'pling' idea yang bernas...iaitu gunakan kertas keras untuk buat divider sendiri! Mula-mula nak pakai kayu pallete tapi kayu tu tebal dan akan makan ruang...lebih baik guna kertas keras, nipis je...

Pada mulanya, agak susah saya nak percaya adakah ianya berkesan tapi since saya pun takde idea yang lebih baik maka saya proceed je dengan idea suami. Lagipun kertas tu bukan mahal pun..tak sampai seploh ringgit pun.

Nama kertas tu corrugated paper ke camtulah...cari je kat kedai buku...biasanya mesti ada punya.

So, langkah penting sebelum melaksanakan idea suami ialah sisih segala peralatan memasak yang dikategorikan sebagai asal-ada-je-gunanya-tidak-pun...

Langkah penting tu...;)

Dan tinggalkan apa yang betul-betul digunakan sahaja...Ni kalau tak ada sistem divider ni memang konfem berterabur balik semua ni...

Jadi, dividelah semua perlatan tu tadi dengan corrugated paper yang dah disebut awal-awal tadi...

Gunting-gunting, potong-potong, tampal-tampal...untuk dimasukkan ke dalam laci.


v


v


v


v


v


v


Turn out with this BEAUTY-FULL view!

Kemas...

...tersusun

...dan efektif TERCAPAI!!!

agagagagaaa....tak sangka hubs punya idea berkesan sangat!

*wink*wink*

:)

Sebelum dan selepas...^___^

Corrugated paper ni nama je paper tapi material dia macam plastik gitu...tak kembang kalau kena air dan kekerasannya sesuai untuk tugasnya sebagai divider...tak lembik dan tak jatuh-jatuh. 

So, kawan-kawan...jom kongsi camne pulak cara korang susunatur peralatan memasak korang. Ada laci khas? Atau prefer open-space concept, mudah dicapai? Digantung di dinding atau dimasukkan ke dalam bekas dan letak atas table top?

Jom kongsi, JOM!

 photo footer.png

37 comments:

ieza ashaari said...

Kemasnya lahai..xsbrnya nk dok umh sndri,blh susun ikut rasa hati..hoho..blog ni mmg best..

lipstikmerahyana said...

kemas yank.. suka.. best yer tengok..

Rizziela said...

Kemas..saya gantung ajer kat dapaur belakang..tp ingat nak letak dlm laci pla k:D

SUHAIDA said...

YAHOOOOOOOOOOO...memang terbaik la kak

Nadt said...

wahhh..sgt efektif! nak buat jugak nnt. sama la organizer yg ada kat laci sekarg memang tak fit dengan perkakasan dapur tu.

~*irjune*~ said...

wah kemasnya....thumb up. idea yang bernas

Izafiza said...

wow..kemas sangat =)

Unknown said...

saya suka saya suka...sbb skg susun atur laci daku yang macam sebelum tu....hampeh je beli bekas tu...tak muat...ngeeee

Dilah said...

wah.. kemas sgt.. bagus betul idea ni..

Sha Nazri said...

Idea best ni..nk g cari benda ni nt..

MamaDaniel said...

marbeles..idea yang sangat best! pernah juga beli board tu.. nak potong pun senang.. :D

NrlAidaHml said...

huhuhu..kemas sangat!Kertas tu dekat Daiso ade jual..dua keping RM5..boleh beli la nanti ..hihi..tapi saya gantung je kat dinding..pon serabut tgk..huhuh

Kaseh Kamila said...

Bagus la idea ni..:)

Fizah said...

Haaa daiso pon adooo...apelagi kwn2...terjahhh...;D

Tq mommyaqilmedina <3

Unknown said...

ehhhh.. cantek lahhh..
kemas sangat.. kagum pulak saya tengok.

Mama Rocky! said...

wah...tersoson cantik dik..bagus-bagus..guna apa yg ada untuk jadikan divider..nyehhhh

genuine1224 said...

wah wah.. kemas kan? saya guna raga, so ada divider la jugak..
http://genuine-1224.blogspot.com/2013/11/cemana-korang-simpan-sudusenduksudip.html

Inimeeya said...

fizah!brilliant idea!thumbs up!=)

rinoma said...

idea yg sgt brilliant...

Unknown said...

terbaiklah kak! baru kemas.. nampak brg2 nak guna tu kan

ch@ said...

good job as always. hasilnya yg memberangsangkan.
aku? gantung ada, atas sink ada, dlm laci pun ada, muahahahaaa.
dlm laci, yg jarang sgt guna dan set sudu. Yg atas sink baru lps cuci punya, pastu mls nk masuk laci. yg hanging, yg besar2.

Nita Hanita said...

sukanya,tapi sy tak boleh buat mcm ni sebab si budak kecil suka mengemas..laci & kabinet bhgn bawah semua dah kosong sekarang...nak buat juga untuk laci kat tempat kerja

momnsofea said...

kreatif...nmpk mahal you..

Anonymous said...

first time dtg sini.. salam kenal.. inspired by this blog,, saya baru pindah rumah, masih kelam kabut dah masuk sebulan pindah.. browse tru entries dlm blog ni, rasa bersemangat sket.. i include u in my bloglist.. heee

shima said...

wah fizah, tq sharing,,, kak shima memang tengah cari idea nak kemas tempat senduk nih, tqvm

Sumayyah Ahmad Hafiz Al-Arshadiy said...

Cantik2. Sy sokong sgt part diy divider ni. Tgh work on jgk ni. Tp sy beli kertas kadbod je..projek tertangguh sbb xtau gam apa yg sesuai utk kadbod...dan saya tak tau ponnn akan kewujudan corrugated paper ni...kikiki.. Ada hikmah rupanya projek tertangguh. Urm...lekatkan pakai gam ape ek? Ke selotape biasa je?

Fizah said...

Su, cuma guna sellotape je utk lekatkan mereka :)

fazianbatrisyia said...

kemas & teratur....kalau I, I suka dah tu...drawer I...ya ampun...1 jek kot yg cun, yg lain....lom terkemas lagi....nak tiru la ni...

nurin khairi said...

betul2 kat kedai buku atau carrefour , giant etc benda kertas keras ni dalam RM 2 lebih je tapi dia bukan kertas sangat, more to plastic. kalau lekatkan antara divider tu pakai sellotape, tapi lekatkan divider tu dengan base of the drawer pakai apa? ke tak pakai apa2, letak je? ada gerak2 tak?

Fizah said...

divider ngan drawer base tak perlu letak apa2 dear nurin sbb kita dah buat dinding empat segi untuk divider tu..means saiz empat segi tu ikut besar drawer kita, tinggal nak masukkn je dalam drawer, tak gerak-gerak dah...

kalau tak buat dinding ikut saiz drawer tu barulah dia akan gerak2..

hope it helps! :))

nurin khairi said...

Oo memang betul2 ketat la ni. Okay thanks! Salam.

zarith said...

saya gantung je dekat grill tingkap. Suka lagi letak dalam laci. Tapi design kabinet dapur takde laci dekat dry kitchen. Jadi terpaksa gantung. Walaupun efektif, tapi serabut mata memandang. MAsih memikirkan idea bernas..

shahdiana said...

sangat kemas & teratur...

MAY said...

good idea sgt sbb current ni sy campur je segala bende senduk dlm laci..haha

Shasratul Ameerah said...

Waaa suke tgk.. Tq kak bg idea

Unknown said...

Aduhaii kreatifnya cik kak ni...sangat kemas dan tersusun orgnye!

Stayshah said...

Wallaaa...tersgtlah kreatip! Moga rezeki anda sekeluarga melimpah ruah..tqvm utk idea yg bernas ini. Mohon share ya..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...