Saya memang jenis suka mencatat, kalau nak rancang apa-apa, saya akan ambil satu kertas kosong dan hamburkan segala idea saya di situ. Kalau nak sebut pasal diary, macam-macam jenis diary saya pernah miliki. Saya suka, selepas sepuluh tahun...belek-belek balik bacaan dan tulisan dulu-dulu, mengimbau kenangan...get in touch to the past memories...down to memory lane...
Semenjak ada blog SusunAturSioca, saya dah mula perbaiki sistem dokumentasi saya, menjadi lebih tersusun dan menarik untuk tujuan perkongsian dengan pembaca yang ada minat yang sama dengan saya.
Sebagai pelajar dan ibu yang menjaga anak-anak di rumah, sistem Home Binder yang sistematik sangat-sangat saya perlukan supaya dalam mencapai cita-cita mengejar ilmu yang diimpikan, keperluan anak-anak baik dari segi fizikal dan mental tidak terabaikan.
Dulu saya menggunakan Home Binder yang sangat basic, hanya print-out templat sedia ada sama ada di internet atau Microsoft Outlook, dengan warna hitam putih sahaja. Bukan tak efektif, cuma warnanya agak membosankan terutama sekali bila perlu melalui hari-hari yang 'stress'.
Maka, kali ni...untuk tahun baru 2014, saya dah perincikan Home Binder saya sendiri dan dah lengkapkan dengan semua spesifikasi yang saya mahukan - tak seperti templat sedia ada di internet yang pernah saya gunakan. Kiranya fresh homemade specially made punya.
Alhamdulillah, usaha semenjak bulan Jun hari tu membuahkan hasil yang sangat-sangat memuaskan hati! Ya, saya dah mulakan design semenjak Jun lagi. Buat sikit-sikit sebab it really takes time to edit all the wording, colours, boxes size and so on. Plus buat sekejap-sekejap kan, bizilaa kununnya ;p
Cover Page yang sangat colourful melambangkan impian menjalani hari-hari di tahun baru dengan cukup ceria dan bertenaga!
Diikuti kalendar 2014 dengan maklumat cuti tahunan am Malaysia - mengekalkan konsep warna warni yang cukup menarik dan comel!
Mukasurat seterusnya untuk catatan tarikh-tarikh penting dan istimewa seperti Hari Lahir, Ulangtahun Perkahwinan dan sebagainya...
Dua belas mukasurat kalendar untuk catatan harian dari bulan Januari hingga Disember dengan ruang tepi untuk mencatat milestone/deadline/any important notes.
Dua mukasurat nota tambahan untuk mencatat any ideas yang tiba-tiba pop-up di minda.
Diakhiri dengan satu mukasurat perancangan 12 tahun kehadapan. Contohnya tahun ni nak anak dah boleh mengaji, atau tahun ni nak gi umrah/haji, atau tahun ni nak melancong ke sini, atau tahun ni nak mengandung lagi! Woha! ;D
v
v
v
v
Jadi, kepada sesiapa yang berminat untuk memiliki Home Binder specially made for you by SusunAturSioca ni, bolehlah menghubungi saya through:
E-mail: yuzai_angah@yahoo.com
SMS/Whatsapp: 013-2068411
Saya akan emelkan link untuk download selepas pembayaran dibuat :)
Harga asal RM10.
Diskaun 50% {harganya menjadi RM5 sahaja!} untuk mereka yang tolong promotekan di blog/facebook.
p/s Semoga impian dan usaha mengurus kehidupan yang lebih teratur dan memberi makna ini diberkati Allah...insyaaAllah ameen :)
Fizah.
13 comments:
Aida nak :-)
Aida nak :-)
boleh emel sy dear aida :)
rajinnya dia ni.. geram rasa.. hihi..
Assalamualaikum Fizah, saya pun nak.
wow sonok ni.cantiknya!
Waalaikumussalam wbt, blh emel sy dear :)
Ya Allah si fizah ni sangat organized lah. jeles saya. haha.. fizah, saya pun nak jugak, nanti saya email awak. :)
okey dokey...:)
wahhhhhhhh...sangat best ni!!
wow rajinnye akak...menarik ni..boleh grab satu jugak..tp kalau print black n white macam tak cun la pulak..huhu
Me pun ada try2 buat tapi halfway je..hehe Kengkonon nak buat cam iheartorganizing punya.. Lambat sangat siap..rupanya memang makan bulan nak buatnya.. Tengok ni tetiba semangat nak buat balik..:)
salam dear..akak selalu terlewat, sedeh!! akak nak but jugak!! geram diari persatuan tak dapat lagi, dah nak masuk seminggu nih...tak palah, home binder fizah buat penyejuk hati akak..nanti akak transfer, akk wasep fizah yer..tQ!
Post a Comment