Pages

Monday, October 7, 2013

DIY Bekas Storan Bulky Items Almari Anak

Assalamualaikum wbt,

Cabaran bulan ni saya nak mulakan dengan perkongsian DIY ruang storan untuk almari anak-anak saya. Sebab apa nak DIY? Sebab sebelum ni saya pakai bekas yang berbunga-bunga pink macam gambar kat bawah ni.


Tapi, bekas tu kecik sangat untuk susunatur pakaian yang agak bulky saiz dia - tak muat nak disusun dengan elok dalam tu...jadi, saya tukarkan bekas pink berbunga ni masuk ke dalam almari saya - lebih sesuai untuk storan pakaian mini seperti stokin semua tu.


Dan buat bekas baru untuk storan ganti dalam almari anak. Saya gunakan apa yang ada je sebab bekas-bekas storan ni pun kadang-kadang boleh tahan mahal harga dia. Lagipun seronok jugak sekali sekala dapat gunakan hasil air tangan sendiri. Bukan selalu...hihi

Bahan-bahan yang diperlukan. 

Saya gunakan kotak sofa bed yang kitorang beli untuk ruang keluarga sebagai bahan utama. Sofa bed tu nanti kita cerita.

Proses gunting-gunting dan tampal-tampal pun bermula...

Guna sellotape biasa ni je, tak perlu heavy duty sangat sebab tak ada apa-apa beban berat pun nak diisi nanti.

Half way to go.

Proses trimming.

80% siap...masih perlu buatkan divider untuk bahagikan tiga kawasan dan masih perlu beautify.

Gunakan lebihan kotak yang ada untuk jadikan divider

Divider penting untuk tujuan storan like with like items dan sistem susunan macam ni memang sangat berkesan untuk mengekalkan kekemasan dalam jangka waktu yang panjang.

Proses mencantikkan pulak bekas ni...masih menggunakan idea kertas pembalut.

Gunakan double tape untuk mengelakkan gelembung udara antara kertas pembalut dan kotak.

;) ;) ;)

Kaedah sama yang digunakan seperti di SINI cuma saiz je yang berbeza.

Bersedia untuk memuatkan tuala dan rakan-rakan.

Ruang yang cukup selesa...

Mari tersenyum!

Ehehe...;) ;) ;)

Entri pemula yang sempoi. Nanti saya sambung cerita susunatur dalam bekas ni pulak ok. Sementara tu, apa kata anda kongsikan susunatur tuala-tuala dan bulky items dalam almari anak-anak korang? Nak kongsi?


 photo footer.png

24 comments:

  1. idea Fizah sangat kreatif dan marbeles...:D

    ReplyDelete
  2. aduhh..bangga sama akak tau...rajin sgt!!!!

    ReplyDelete
  3. Wow tomeyyy..blh try buat gak nie.tapi alahai tangan nie tak brape kreatif larr hikhik. Nt dh cuba buat ana tunjukkan hasilnya kat belog hihii.amin

    ReplyDelete
  4. Kreatif idea kak Fizah...alamak, kotak da xde kat uma, sume da buang..rugi betul. =(

    ReplyDelete
  5. lalalalaala...nak tiru!!!! lallallalalala!!!! tak kira..... ;-)

    ReplyDelete
  6. kreatiflah akak ni... menarik! dan paling penting save bajet...hehe

    ReplyDelete
  7. tangan berseni, balut kotak camtu pun tetiba jadi sangat lawa...kalau i la Fizah, ntah apa laaa rupa kotak tu yer..., bagus u share ni, i ada terfikir nak buat camni utk wardrobe anak bujang tu , tapi, duk pikir nak potong kotak tu pun dah lemah, apatah lagi nak balut2 kasi deko lawa2 tu..terus hancussss laaa gamaknya

    ReplyDelete
  8. Cantek kak...pandai akak pilih pembalut. I love diy storage box as well....tapi always fail nak mix match kaler&corak wrapping paper...~sigh~
    *errr...xnak kongsi tips mix&match pembalut? Wink wink*

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha..tips ikut mata ja..rasa mcm comey terus beli..ada sedozen wrapping paper kat umah...bila nk pakai letak sebelah2..tgk kena ke tak..ni kena stop beli dulu..hehe

      Delete
  9. Waduhhhh cantiknya...tak terpikir pn nk buat camtu...sblm ni byk je kotak kt rumah tp dah buang...huhuhu good job fizah!!

    ReplyDelete
  10. wah..u give me an idea tok guna kotak2 yg tak terbuang dlm stor tu..nk buang syg..takut nk guna pos2 brg cust..smpn jd semak..tq daling! ;)

    ReplyDelete
  11. fizah ni sgt rajin orgnya...bagus..bagus..bagus...

    ReplyDelete
  12. idea bijak.. n cute sangat!!! nanti mak nak tiru ek.. hihihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. tiru jgn tak tiru..ni tiru yg dibenarkan..;)

      Delete
  13. Salam ziarah..seronok baca dalam entri-entri blog nih..jika sudi, followlah blog saya ye ")

    ReplyDelete
  14. Jemput ke blog sy...sy ada jual banyak barang2 menarik sesuai utk organizing dan utk keperluan harian...

    ReplyDelete
  15. Kreatif ni..seronok jgk diy ni..singgah dan folo blog fizah :)

    ReplyDelete
  16. wah boleh buat sendiri partition mcm ni...
    tak terpikir plak...

    kalau camtu, boleh la buat nant.. kbtulan ada byk kotak2 besar brg2 dapur yg belum dibuang.
    nasib baik ada kotak tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sis, saya dah cuba DIY kotak storan ni...
      susahnye nak balut iye, huu.
      tapi bila dah siap puas hati.
      TQ share DIY ni...

      Delete
    2. puas hati kan dpt buat sendiri,,,:)

      Delete
  17. owh sumber inspirasiku.
    buatkan aku mek. hahaa. aku mau tiru bah.

    ReplyDelete
  18. fizah, sy mati2 ingat fizah beli kat mana2 kotak partition tu..tak sangka buat sendiri.

    ReplyDelete
  19. Memang cantik & kemas...Bersemangat rasanya nak cuba buat...

    ReplyDelete

Terima kasih di atas semua komen-komen yang diberikan. Kehadiran anda semua di sini sangat-sangat saya hargai. Saya akan cuba yang terbaik untuk membalas dan meraikan setiap kunjungan anda, dan mohon maaf sekiranya ada sebarang kekurangan ^^,