Pages

Tuesday, September 17, 2013

Susunatur Dalam Almari Baju - Hers

Assalamualaikum wbt,

Woopsss...cuti panjang seronok kannn...tak sempat nak muatnaik cerita susunatur cuti-cuti macam ni. Ahaks, 'muatnaik' tak tahan tu. Dok melayan anak yang bertiga tu...waduhhh...memang "Happy Kids and Tired Parents Live Here" betullah!

Hehe ;D

Ok, hari ni kita masih lagi di bulan September kan...ada beberapa lagi cerita susunatur untuk cabaran bulan ni akan dikongsikan. Macam hari ni, saya ingat nak cerita pasal susunatur dalam almari.

Ada tengok perkongsian dari Kak Yana Ujang. Saya nak cerita macam tulah. Nak lukis pun macam tu jugak.

Ada beberapa perkara yang perlu digariskan sebelum nak menyusunatur dalam almari pakaian ni.

Perkara paling utama dan perlu diambilkira ialah macamana kita nak susun pakaian dan baju bajan kita supaya nampak kemas, tersusun dan efektif. Tak kisahlah apa rupa bentuk almari yang kita ada, yang paling penting adalah sistem kita tu efisien.

Efisien maksudnya setiap kali kita nak bersiap, kita tahu mana nak cari seluar, baju, tudung dan sebagainya. Dan, bagi yang dah berkahwin...pasangan pun perlu tahu sistem yang kita gunakan. Bagi saya, andaikata suami mula tanya "yang...ni kat mana?" selepas berkali-kali, maka saya tahu sistem yang saya gunakan tu kurang efektif.

Efisien juga maknanya proses keluar masuk pakaian dalam almari tu berjalan lancar. Biasalah kan, baju-baju ni menjelang hari nak basuh dah selambak kat bakul baju kotor. Proses nak basuh, lipat, iron semua tu dah satu hal. Nanti dah selesai semua tu nak masukkan balik dalam almari lagi satu hal...kalau tak ada sistem yang betul, tiap kali berubah-ubah susunatur baju-baju tu semua, jadilah cacamerba setiap kali selesai proses membasuh. Tu yang jadi malaaasss nak lipat baju. Iya dok?

Ok, bebel nak panjang. Maapkannn...

Meh tengok apalah sistem yang saya gunakan untuk almari saya ni...uhuks...sistemlaa sangat kannn...


Almari bahagian saya ni {hers} ada tiga bahagian. Paling atas saya letakkan pakaian jarang dipakai, tengah untuk pakaian harian dan sedikit ruang untuk miscellenous items, paling bawah untuk tuala dan cadar.

Ada beberapa ubahsuai yang saya lakukan untuk mendapatkan sistem yang efektif tadi tu iaitu:

1. Para paling bawah tu saya ubahsuai bagi muat masuk tong merah tu. Pada asalnya dia lebih tinggi daripada tong merah tu dan menyebabkan bahagian tengah menjadi sempit. Kalau saya gantung jubah akan nampak semak kat hujung jubah tu. Jadi minta tolong encik suami drill semula dan rendahkan para tu.
2. Saya ubah fungsi meja sisi katil menjadi ruang storan untuk pakaian berlipat iaitu baju tidur dan seluar. Saya suka guna meja ni sebab dia berbentuk laci yang memudahkan saya mengambil pakaian di dalamnya. Atas dia saya buh paper bag pink untuk telekung travel saya.
3. Saya juga tukar ruang storan untuk pakaian mini seperti stokin semua tu kepada laci berbunga-bunga tu sebab dia ada partition yang memang sesuai sangat untuk pembahagian pakaian-pakaian kecil ni.

Contoh laci untuk stokin, stongan dan tutup kepala yang kecik tu {lebih kurang macam inner tudung}.


Koleksi pakaian mengandung dan berpantang.

Koleksi tudung lama. 
Saya gunakan kotak untuk kaedah penstoran lebih efektif dan masukkan ke dalam paper bag - guna paper bag supaya tak makan ruang yang banyak untuk diletakkan kat para paling atas tadi tu.


Koleksi tudung harian. 
Saya ni simple je orangnya, tudung macam ni paling sesuai. Jenis shawl nak berjarum peniti segala tak berapa nak 'in' sebab takut tercucuk kepala bila si kecik duk tarik tudung emaknya ni...jenis Syria plak rasa macam tembam je muka ni bila pakai...hehe

Saya gunakan sepit ungu tu sebab senang nak susunatur. Nak beli penggantung berklip yang stainless steel tu belum terbeli-beli lagi, jadi guna kaedah ni jelah dulu...

Koleksi tuala.



Koleksi cadar.
Queen size bedsheet, single bedsheet dan extra sarung bantal semua buh kat tong ni.

Semua sistem baju berlipat saya gunakan kaedah lipatan macam ni. Sangat-sangat suka lipat macam ni sebab memudahkan nak cari dan ambil kemudiannya. 

Sistem yang efektif yang diinginkan...remember? ;}

Untuk bahagian tengah memang banyak ruang kosong sebab pada asalnya saya gantungkan SEMUA baju kurung saya...tapi sekarang tak sesuailah gantung semua sebab bukan hari-hari pakai baju kurung. 

Sekarang lebih mudah pakai nursing wear sebab menyusukan si comel saya Ahmad Zuhair. Jadi, semua baju kurung tu saya lipat dan letak dalam satu bekas sehingga jadi kosong ruang ni. 

Harap ada rezeki lebih boleh beli nursing wear lebih banyak lagi dan penuhkan ruang ni. 

Hehe...kosongkan ada makna tu. ;p

Itulah serba sedikit susunatur almari saya yang saya nak kongsikan hari ni. Ni baru satu bahagian - hers. Nanti, ada masa kita cerita bahagian his pulak ok.

Kini tiba segmen soalan pulak.

Camne korang kemaskan baju mengandung dan berpantang - tudung lama - cadar dan tuala korang semua tu? Ada ruang khas jugak? Sistem apa yang korang gunakan?

 photo footer.png

51 comments:

  1. akak semuanya berterabur! sangat suka idea fizah yg letak lam box tu..pastu letak lam lemari..errmmm..nati akak tiru pastu nak share gak! ihiks!!!

    ReplyDelete
  2. bestnye tengok bila tersusun kemas camni...

    ReplyDelete
  3. nak ikutkan mmg ada simpan...tapi tak semua barang disimpan dalam almari baju besar tu...baju pragnant simpan dlm beg khas semata. Ada yg dah kasi org. Towel kalau simpan dlm kotak tu lagi bagus tak kena habuk kan...bagus idea tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kita selagi boleh..sumbat..jgn roboh sudah lemari ni..hihi

      Delete
  4. kemasnya.. xsbr nk ada umh sndiri.. hoho.. ni dok dgn mak, bilik ni je r kena kemas btul2.. :)

    ReplyDelete
  5. Kagumnya tengok tahap kerajinan fizah yang super hebat ni..huhu. Fizah nak request floor plan main room ni bleh? Camner fizah susun untuk muatkan semua perabot dalam bilik cinonet ni..hehe.Super like this entry!

    ReplyDelete
    Replies
    1. itula kan baie..comey je master bedroom kita ni kannn..pening nk susun perabot..

      p/s baie ada emel?

      Delete
    2. ok fizah ni emailnya baiebaya@gmail.com. tq a lot!

      Delete
  6. Sikitnya baju..... kalau saya, tak muat almari tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu yg kata nk beli tambah koleksi tu..hihiks..

      Delete
  7. wahhh kemasnya. nadt pun tengah tunggu masa je nak rombak susun atur dalam bilik ni. nak join cabaran akak pun tak sempat2. aihhh..asyik tak sempat je.

    ReplyDelete
  8. perghhh, respek betul kat dia ni sorang, rajin sangat ...nanti kita share kita punya dulu eh, tapi taklahhh serajin fizah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ahaiii...share je kak..kita menunggu sgt2 ni :)

      Delete
  9. kemasnye cra lipatan akak....ya Allah..sukanyeee sue tengok..inspirasi untuk sue jgk ni..supaya lipat dengan lebih baik mcm akak

    ReplyDelete
  10. Salam. Baru jumpa blog awak. Suka idea susunatur yg digunakan.

    Dan, nama kita sama. Salam perkenalan

    ReplyDelete
  11. Speechless, aku tumpang tgk je. Cantik dan somepart boleh tiru, ihiks. Aku punya baju preggy, berpantang sama baju aku pakai hari2. Saiz tak berapa nak berubah. Hanya ada tiga helai je kot baju preggy yg bebetul. Pakai dr anak satu sampai tiga, hehe. So tmpt dia sama dgn je dgn baju2 lain ;) simple je kan aku ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi ok le tu..badan maintain gittewww...:)

      p/s komen dgn hebat, bersiaran dari meja barukah? ;D

      Delete
  12. Sikitnya baju bajan..hurmm lagi senang nak urus kalo tak banyak kan..

    ReplyDelete
  13. =) ..... speachless..

    Rajinnya kamu fizah...

    ReplyDelete
  14. almari baju akak besar..tapi tak praktikal..cume yang menarik sebab ade 2 laci tuk simpan yang dalam2 tuh..huhu...kain baju dah ar banyak giler... ngan baju laki lagi...hari2 bukak lemari mesti cakap..biler lah nak tambah para dalam tuh...nyampah tau...eeaahh..tetibe meluah perasaan... huhu..tengok awak sepit tudung mcm tu nampak kemas dah 'terjaga' cap kepala tu..tapi lemari akak sebab kan penuh sangat..kalau letak maam tu takut penyek2..nanges nanti...huhu - esok nak kemas lemari-

    ReplyDelete
    Replies
    1. tambah para baru blh manfaatkan ruang yg ada kan kak..nk tgk jgk acane akk susunatur baju dlm lemari...:)

      Delete
  15. Wah.. rajinnyer .. nanti nak organize jugak la macam fizah.. tengok fizah buat baru ada semangat ckit. Hehhe

    ReplyDelete
  16. akhirnya jumpa jugak ilham nak susun dalam almari

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam lin...do u remember me? mesti tak perasan kan? kolej mara seremban :)

      Delete
  17. mmg respect la cra susun. huhu.. nk bt gak. sure amik masa lama..

    ReplyDelete
  18. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  19. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  20. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  21. Rajinnya fizah....bilala almari nora nak sekemas ni

    ReplyDelete
  22. Taklah. Komen drpd hp. Tu tanda aku btl2 baca entry ko mek. Nak buat entry sendiri, males...

    ReplyDelete
  23. salam..blh tny..kat mana nk carik kotak laci bunga2 tu ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. sy beli di pasaraya borong cowboy, melaka. kalu tempat lain rasanya jusco/giant/tesco mungkin ada..:)

      Delete
  24. saya dah mula praktikkan cara lipatan ini. alhamdulillah berjaya mengurangkan keserakkan baju dalam almari terutama sekali baju anak dan suami yang tak reti nak ambil elok2. TQ TQ

    ReplyDelete
  25. ya Allah kemas nya...hm..sy hanya ada hujung minggu je utk ngadap lemari saya, huhu

    ReplyDelete
  26. nk jgk request floor plan tk master bedroom

    ReplyDelete
  27. Bagus idea idea tu sume. Kemas dan tersusun.

    ReplyDelete

Terima kasih di atas semua komen-komen yang diberikan. Kehadiran anda semua di sini sangat-sangat saya hargai. Saya akan cuba yang terbaik untuk membalas dan meraikan setiap kunjungan anda, dan mohon maaf sekiranya ada sebarang kekurangan ^^,