Pages

Monday, September 2, 2013

Little Makeover Kotak Ubat Sapu & Nyahkan Warna Pink!

Assalamualaikum wbt,

Hari ni kita cerita pasal little makeover bekas ubat sapu ok?

{semua-benda-nak-cerita} heheh

Saya nak DIY sendiri bekas ni ada sebabnya.

Sebab bekas yang asal tu tak efektif. Asyik nak terjatuh je ubat-ubat tu sebab bekasnya pendek. Lepas tu, kotak-kotak yang sedia ada pulak tak menepati saiz sebagai ganti. Besar sangat untuk para comel saya ni. Jadi, DIY jelah pilihan yang ada...

Kotak asal ubat sapu (belah kanan tu ye)...

Saya pun amek kotak kosong - kotak hadiah baju baby sebenarnya, gunting sini, gunting sana dan tampal apa yang patut.

Mudah sangat tapi sangat berbaloi untuk dijadikan entri santai 'little makeover'.


Wrapping paper yang dok ulang pakai...

Sangat in love dengan corak damask ni...

Warna pun sesuai dengan kaler gelap almari saya.

Nampak lebih KEMAS...

TERSUSUN...

dan EFEKTIF...!

{insert HAPPY face here}

;}

Dah tu, mana plak kaitannya dengan tajuk nyahkan warna pink?

Hihi...

Al-kisahnya...ummi saya ada beli satu bekas yang sama sebijik macam bekas pink {rujuk gambar kat atas} tapi ummi beli warna hijau...

Being a color-coded junkie...anaknya bagaikan orang mengantuk disorongkan bantal tanpa segan silu mintak tukar...;p

Sebelum dan selepas.

Saya duk depan almari dan perati pemandangan ni for about few minutes!

{insert my BIG grinning HAPPY face here!}

Mini project, mini makeover, very simple, FANTASTIC outcomes! I totally LOVE it!

Saya ada banyakkkk lagi cerita nak kongsi...terutamanya bahagian dapur dan ruang belajar...Semuanya membanjiri fikiran untuk dihamburkan ke sini. Tapi, semua tu kena beratur dalam list dulu...Ikut turn bulanan...;)

Jom cerita projek hujung minggu anda!

 photo footer.png

15 comments:

  1. Semalam tergerak hati untuk maksimakan penggunaan kotak kasut yang ada di rumah. Anyway, good job. Tak perlu nak beli bekas lain. jimat di situ.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahhh zarith..buat apa dgn kotak kasut? sy pun suka guna kotak kasut utk storage..mcm sesuai je kan ;)

      Delete
  2. Cik Fizah.. small with impact! :D
    Susah tau nak cari wrapping paper design damask tu.. merata ai mencari.. hihihi.. :P
    Saya baru je make over laci baju anak bujang saya sempena besday dia.. :D mekover kecil2an.. ngee.. terpengaruh dengan anda.. :D

    http://mamadaniel2008.blogspot.com/2013/09/amir-daniel-is-now-8.html

    ReplyDelete
  3. sy sedang berangan ke arah tu...sama la kita suka hijau....

    ReplyDelete
  4. Hehe, nasib baik mak ada, terus tukar terus matching..mesti sengih lebar bila dapat tuuu

    ReplyDelete
  5. amboi, nak kaler sama jugak ehhh, nasib baik la kebetulan ada boleh tukar2 ehhh....

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah..mmg mcm eksaited sgt bila jumpa benda ni kat umah mak..;)

      Delete
  6. tapi, i sekarang tengah kumpul warna pink! everything semua nak warna pink.. hehe.. nicely done fizah! good job!

    ReplyDelete
  7. Saya guna kotak kasut utk letak spender anak...kan spender kanak2comel...pastu letak stokin...balut cantik2...mmg sayang nak buang kotak2 kasut ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. harus kongsikan tu cara letak stokin semua tu...;}

      Delete
  8. Muahaha...sgt kagum dgn kerajinanmu Fizah. Kreatif dan inovatif. Dulu masa bujang, rajin jg aku buat benda2 canni. Now, aku dh mls. Janji kemas tersusun dan askar aku x sampai utk buat main, aku dh lega.

    ReplyDelete

Terima kasih di atas semua komen-komen yang diberikan. Kehadiran anda semua di sini sangat-sangat saya hargai. Saya akan cuba yang terbaik untuk membalas dan meraikan setiap kunjungan anda, dan mohon maaf sekiranya ada sebarang kekurangan ^^,