Hari ni kita cerita pasal bahagian ke-2 susunatur dalam almari solek ok.
Bahagian ni terdiri daripada 3 tingkat para yang sangattt kecil dan mencabar untuk disusun. Malah ada ruang yang sangat besar antara tingkat tu menyebabkan kerugian ruang jika tak difikirkan cara yang tepat untuk menyusunatur!
Maka, seperti biasa, selepas perah otak, dapatlah hasil akhir yang memuaskan hati...mungkin ada orang bukan kisah sangat pun tapi ahkak spesis suka amek kira benda-benda kecik camni. Nasiblaa korang yang tukang baca ekk...jangan pening sudaa...;)
Kita mula daripada bawah yek iaitu para ketiga - para paling bawah.
Tema para ni kebetulan pulak kaler BIRU.
Beralih ke para kedua pulak - iaitu para yang tengah.
Para kedua menempatkan barang yang agak selalu digunakan. Masih seperti para ketiga tadi, saya menggunakan idea penggantung untuk maksimumkan penggunaan ruang.
Tema para ni kebetulan kaler HIJAU kecuali bekas pink tu. Spray kang baru tahu! Eheh...
Close-up para kedua - koleksi minyak urut, gamat dan sewaktu dengannya. Letak dalam bekas macam ni lebih selamat dan kemas berbanding sekadar letak atas para.
Close-up para kedua - koleksi minyak urut, gamat dan sewaktu dengannya. Letak dalam bekas macam ni lebih selamat dan kemas berbanding sekadar letak atas para.
Beralih pulak ke para terakhir iaitu para pertama, para paling atas.
Para ni saya letakkan barang keperluan mekap harian (daily use item). Sebut mekap je la senang ek... alaa benda yang macam deodoren, minyak rambut, minyak wangi tu semua.
Selain tu, ada juga pelekat untuk gantungkan brooch bagi penggunaan ruang yang maksimum.
Close-up ruang brooch...
Saya sangat-sangat sukakan idea gantung brooch ni sebab boleh terus tengok brooch mana nak pakai, berbanding letak brooch dalam bekas seperti idea sebelum ni {link}.
Koleksi brooch pun tak banyak, sesuailah buat gini. Kalau bangsa brooch berlambak, mungkin idea guna bekas adalah jauh lebih baik. Kalau nak guna idea ni jugak, bolehlah gantung brooch-brooch favorites.
Para ni jugak ada dua bekas kecik warna hijau untuk menempatkan small items his and hers. Seperti butang baju Melayu, cincin-cincin kahwin dan lain-lain yang seangkatan.
Berkat dari orang kahwin sebenarnya ni. Belum sempat label pun.
Sekian cerita bahagian ke-2 saya yang serba ringkas.
Ada sesiapa mempunyai para begini pada almari solek korang? Mencabar tak nak susun barang dalam tu?
Ruang yang sempit dan kecik, jarak antara para yang besar, ada sliding mirror pulak depannya...betul-betul tricky kan nak menyusunatur? Ada tips lain yang nak dikongsikan? Jom kita, jom cerita! =)
bagusnya idea gantung brooch tu.. sbb dok dalam bekas asyik tercucuk je jari masa mencari.. cuma kalau saya nak gantung kena gantung tinggi sikit.. demi keselamatan kanak2 di rumah.. hihihi...
ReplyDeleteitula, sy pun buh para plg atas..klu tak habis digodek bebudak ni...hee
Deletesuka sangat idea menggantung ni kak :)
ReplyDeleteblh cuba =)
Deletelike like like
ReplyDeletetq..sila cuba! =)
DeleteWah best nya idea ni.
ReplyDeleteTak pernah terfikir pun sebelum ni.
Masuk keluar barang je...
Yang sadisnya...siap berhabuk lagi.
InsyaAllah akan cuba di praktik kan
ah-ha! jom kita! =)
Deletealaaa camana nak join cabaran september ni, semua2 ni dah pernah citer sebelum ni..ermmmm...
ReplyDeleteah-ha..lupa nk mention..sesapa dah pnh citer tu laagi bagus..tinggal nk up kat sini jek..gituuu ;)
Deletepastu klu ada rombakan up lagi citer baru..
hihi...jom join jom! =)
pelekat pooh tu comel..nampak ekslusif gantung brooch mcm tu..:)
ReplyDeletepelekat pooh tu all-time-favorites...gam dia sgt kuat dan yep...comel!
Deleterajin beno akak sorg ni....bila lah saya mau rajin mcm kak fizah ni
ReplyDeleteit's juz my passion dear...jom rajin jom! buat sikit2 lama2 jadi bukit!
Deletemenarik.. saya pun mengalami masalah yang sama.. akan dipraktikkan nanti...
ReplyDeleteah-ha..pastu share tau..
Deletebagus jugak buat camni kn.asal tak terpikir,,,hihi..tenkiu kak..
ReplyDeletedpt jimat byk ruang sue..kena kreatip skali skala...hihi
DeleteSaya suke idea gantung brooch tu...tak penah nampak org lain buat sblum ni... Cantik dan kemas...
ReplyDeleteErrr...idok ler letak dlm bekas telor kannnnn....hahaha... Muka cepat masuk dlm kasut sekarang! Hahha malu iolsss...
ehh mustilah idea bekas telur pun cun! itu idea ala-ala jen taw..hihi..apalagi up je cerita tu kat sini..takya nk malu sgt lah...=)
Deletesalam sis,
ReplyDeletei nak cilokla idea u ni.
i pon ade almari yg lebih kurang sama patern tp tak fully utilize.
thank you
jom kita! =)
DeleteKreatifnya....saua mcm tak mampu je nak jadi sekemas ini..hehe....tp nak jugak..hehe
ReplyDeleteboleh tu...mesti bolehh...;D
DeleteAlaaa malu nak tayang almari solek. Takde barang sgt pun sbb askar aku suka sgt dgn almari tu. Buka tutup buka tutup buka tutup...jadi kosong. Hehee.
ReplyDelete