Harapnya korang sihat-sihat seadanya ya. Dah nak masuk Ramadan kan. Macam-macam perasaan ada...semoga sampai ke bulan Ramadan yang penuh mulia =)
Hari tu, saya ada cerita pasal nak wujudkan satu sudut isu semasa kat ruang keluarga saya kan? Kalau lupa, bolehlah semak balik di SINI. Wah, nak kena semak segala...hehe
Jadi, apa yang saya perlukan ialah satu papan notis dan beberapa keping bingkai gambar kos rendah. Papan notis saya dah ada, beli kat Ikea.
Rupa asal papan notis Ikea...
Pantang tengok benda-benda kosong ni, macam banyak sangat masa lebih, merajinkan diri amek kertas pembalut hadiah dan lekatkan kat papan notis ni.
Tak susah pun, tak perlu guna double tape ke apa cuma lipat-lipat pembalut hadiah tu dan lekatkan pakai paku pelekat. Senang!
Kasih zoom.
Herot berot sikit kertasnya pasal buat kerja sambil si kecik Ahmad Zuhair meraung mintak diangkat. Ibu pulak pantang kerja tak siap, sudahkan macam nak berperang sebelum mendukung Ahmad Zuhair.
Takpe, ketidaksempurnaan itu kadangkala sama ertinya dengan cantik! Weehoo!
Ok, beralih pula kepada bingkai gambar. Murah sahaja, RM5 satu...Daiso mari! Tak gemar sangat sebab cermin plastik bukan kaca, macam cerita Siti Fatimah. Tapi redah jelahhh...tu je yang jumpa. Huhu.
Kalau papan notis tadi gunanya untuk lekat info yang boleh edit-edit atau tulis-tulis, yang bingkai gambar ni pulak untuk gantungkan info yang tak perlu edit-edit contohnya yang ni '10 Warming Up Menuju Ramadan'.
Ini pulak 'Agenda Ramadan'.
Ni saya paling suka sebab dapat recall sejarah dan sirah.
'Peristiwa-peristiwa Ramadan'.
Dan akhir sekali (ada 4 ketul semuanya), 'Doa Dapat Mengawal Diri Daripada Sifat Panas Baran'.
Namapun ruang keluarga dan anak-anak kan, kut anak-anak datang angin buat perangai secara berjemaah sampai ibu rasa nak meletup je, cecepat amek frame ni - hadapkan ke muka! kikiki
Selesai semua, ketuk-ketuk ke dinding.
Bingkai gambar hitam tak perlu ketuk dinding, pasang pelekat comel je dan gantungkan.
Weehoo!
woot! woot!
Selesai satu lagi to-do-list untuk ruang keluarga. Projek kecil-kecilan je. Ada cerita lagi terutamanya tentang sofa bed idaman hati...tapi semua duk bersesak-sesak dalam kepala, belum berjaya ditukar menjadi entri. Terasa mengantuk menaip ni, tapi nak jugak ada entri baru untuk perkongsian bersama...kira entri susunatur tak ni? Susunatur hiasan dinding di ruang keluarga laa kiranya...hihu...acilaa ek...
22 comments:
Pelekat comel tu mmg nampak sungguh comel. Mmg sesuai sangkut frame yang tak berat. Akak nak followla idea ni. Cuma tak tau bila, ingat nak cat dulu bilik anak2 baru boleh tampal, gantung frame2 yg ada.
wawah rajinnye..aci je, kira susun atur la ni..
dah buat persiapan untuk ramadhan ye..mamilisa ganti puasa pn x abis lagi ni..adoyai..
suka tengok susun atur kat dinding.su teringn jgk nak buat rak cam tu.tapi tak usul lg kat asben..hihi
Idea letak ilmu pasal ramadan tu idea yg membawa menapaat..suker..:-)
Alala...akak klo buat entry ape pon menarik...
rase mcm nk je beli frame byk2 lagi..hehe... =p
raya nih haruslaa terjah rumah kamu!!!!
mydin mari tu kak..sila terjah!! =D
hah cepat mamilisa..pulunnn...!! =p
bab menebuk ni mmg haruz mtk tulun incik hubby kan..umie sue dah sihat? lama nunggu entri2 su!! =)
muehehe..mana yg menapaat amek la...;p
hehe..teruja klu dpt frame kaca tp rm4.90 je..sini lom jumpe...;)
menarik tp biler lah ader masa nak buat sendiri ehehheeeee
boleh sahaja sahabat, kecik tapak tangan nyiruku tadahkan..hehe ada kaitan ke..;p
tp kamu bukan tgh berpantang ke sahabat??
hujung minggu ni laaa...mueheheeeee
byk idea nak wat kat umah..tp xde masa..bz memanjang..bdn pon dah melepek ni..
sonok tgk masing2 hapdet pasal frame..
wehuuu..sungguh tak sabar saya nak meniru idea2 kamu!!
take ur time dear...tarik napas...hembuss...chill!! =D
kreatif la fiza ni..ade je idea..wall kat umah saya kosg lg..satu ape pun xletak lagi..huhuhu
inspired dari blog org len gak lynn =)
Terbaikla beb. Tak sempat aku nak kerjakan dinding rmh. Aku seriau laki aku bising tebuk dinding. Hahaa. So biarkan dululah. Hahaa. Ko sgt rajin la.
Salam Fizah
Baru smpt izu blogging ni punyelah busy huhu
Nway like the idea frame2 about all the good reminders! Creative sguh la Fizah ni ;) bestnya duduk rumah senirimacam2 boleh buat kan..:)
mintak ijin duluk...;)
hihi redahhh je izu...=)
Post a Comment