Pages

Monday, June 10, 2013

Menutup Kesan Ira Kayu Pada Para Dinding

Assalamualaikum wbt semua =)

Salam Isnin semua...Saya suka betul jumpa hari Isnin, pasal dapat jumpa korang semua...Hujung minggu buat gapo? Kitorang gi pantai, beriadah - get in touch to the nature, kata omputeh...;p Siap amek gambar susunatur beg-beg nak berkelah, insyaAllah will share!

Hari ni, masih mood menyusunatur ruang keluarga...

Cerita Part 1 - klik SINI
Cerita Part 2 - klik SINI

Saya pernah cerita dulu, saya ada tambah para dinding untuk lebihan tempat letak fail/buku. Seperti gambar di bawah.

Sumber cerita
Para tu dah ok dah...cuma saya agak terganggu dengan corak kayu yang nampak tu. Macam tak siap rupa dia. Ni sebenarnya lebihan kayu masa buat kabinet dapur dulu. Sayang nak buang, maka gunakan to the maxlah. Jimat sangat, kayu camni kat Tesco, berbelas ringgit jugakkk...

Dan, terima kasih tidak terhingga kepada jaja {rumahcomelkami} sebab bagi idea yang CUKUP-CUKUP bernas untuk saya menyelesaikan masalah ini!

Sumber inspirasi
Saya pun menerjah MrDiy sebab nak cari tape corak kayu tu.

Perghhh... banyak jugak benda lain saya beli sebab murah dan cantik! Saya tak pernah tahu pun pasal kedai ni sebelum ni...kalau tahu awal, habislah saya...ahaha

Ape lak habis, bagus apa... sebab barang kat sini murah dan praktikal. Saya suka! =)

Bahan yang diperlukan untuk menghilangkan kesan kayu pada para ni adalah seperti berikut.

Tape bentuk kayu, saya pilih warna coklat gelap sesuai dengan warna para. Sebelahnya gunting.

Belakang tape tu ada garis-garis untuk memudahkan kita potong mengikut kesesuaian lebar para kita. Tapi, untuk kes saya, garis tu tak menepati ketebalan rak, maka saya perlukan pen dan pembaris untuk buat garisan baru.

Dah siap garis, kita guntingkan...

Test power dulu...Sesuai ke idak tebal dia. Lebih takpe, kurang jangan ya. Kalau lebih, boleh trim.

Dah ok, kita teruskan...bukak sikit-sikit pelekat dia dan tampal.

Ah-haa!

Siap satu bahagian.

Separuh lagi perlu diteruskan...buat dengan penuh hati-hati.


(sibuk pulak tu nak amek fon tangkap gambar segala - ngehngeh)

Dan sampailah ke penghujungnyaaa...

Trim yang lebih.

Guna pisau ya.

Memuaskan!! Saya suka!! =)



Letakkan di sebelah peta dunia hasil keras tangan cikgu ;p




Yay! So happy to get this problem solved! 

Apa pendapat kawan-kawan? Ada sesapa punya masalah yang sama? Ada projek kecil-kecilan hujung minggu yang nak dikongsi bersama? Lepas ni, bolehlah semua pakat serbu Mr Diy...macam-macam ada...;D

 photo footer.png

26 comments:

  1. wahhhh!!!! gud job dear! gigih kamu yer..
    meh kita share2 lagi ape yg boleh!!! hikhikhik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ahaha..gigih taww..mmg sungguh best perasaan bila da selesai! tq for the idea! jom share lagiks =)

      Delete
  2. Terus jadi cantik. Akak pun baru jumpa kedai mr DIY ni, kat jusco ayer keroh rupanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sy gi kat situ la kak! ada rezeki leh terserempak! hehe

      Delete
  3. Simple thing yet gives big impact! Impressive.

    ReplyDelete
  4. Kat tmpat aty tak tau kat mane ade diy nih..adeyyyhh....

    ReplyDelete
  5. nampak cam real solid wood! gud idea, Fizah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. tenkiu dear!! i also happy with the end result!! =D

      Delete
  6. tgh mencari peluang...kalau dapat nak kemas segenap sudut rumah..cita2 tinggi...setinggi syiling rumah...rasanya belum bersawang...ha..ha..ha..

    ReplyDelete
  7. ciknaa dh beli besi tu, tp kayu nye xbeli2 sampai skrg..plus xde grill tu, pakai paku boleh eh? huhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. pakai paku blh juga ciknaa cuma kemudian hari kalu nk cabut buruk sket rupa dinding tu sbb takde yg pegang paku tu seperti adanya wall plug..ehe..ke guane..ambe tak mahir jugak ni...;)

      Delete
  8. bestnyeee!! nanti nak cari jugak benda sticker tu.. ..yey!

    ReplyDelete
  9. terus nampak mcm baru...cantek kak.. =)

    ReplyDelete
  10. Kemas. Borong apa lagi kat diy?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ahaha byk gak nas, ada pembalut hadiah, penggantung baju, langsir keta, meja utk baca buku in car, baju swimming kids, lampu study..eheh..byk takkk...;p

      Delete
  11. saya suka..saya suka (ala2 mei mei upin ipin..hehe)

    ReplyDelete
  12. nak beli kat mane ek benda ni, first time jumpa time skolah menengah dulu, tu pun sebab subject ERT...itu pn masa spt kakak pn tanya, "dik mana ko dpt bnda ni, jom p beli"....tp x taw r nk beli kat ne...lupa lak time tu nak tanya kt cikgu

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi..kat Mr Diy...kedai tu mmg namanya MrDiy..Jusco Ayer Keroh..

      Delete
  13. Aah la baru cantik dan kemas je nampak bila dah cover ira kayu tu kan. Ish rajin sguh la Fizah ni ;)

    ReplyDelete
  14. Bagus ni. Boleh mengelak kena selumbar. Taktau pun ada tape ni kalo x bc entry kakJaja tu. Harus terjah.

    ReplyDelete

Terima kasih di atas semua komen-komen yang diberikan. Kehadiran anda semua di sini sangat-sangat saya hargai. Saya akan cuba yang terbaik untuk membalas dan meraikan setiap kunjungan anda, dan mohon maaf sekiranya ada sebarang kekurangan ^^,