Pages

Monday, May 13, 2013

Gantung Bingkai Gambar Di Dinding Guna Penggantung Khas

Assalamualaikum wbt semua...selamat berhari Isnin, semoga tidak biru ;p...dan selamat memasuki bulan Rejab.

Semoga kita diberkati di bulan Rejab dan Syaaban dan disampaikan ke bulan Ramadan...=)

Hari ni nak berkongsi cerita tentang hiasan gambar di dinding.

Saya sebenarnya saaayaannngg... sangat nak tebuk dinding untuk gantung apa-apa.

Saya akan fikir dua tiga kali perlu ke tidak gantung ni. Lepas tu, kalau untuk jangka masa panjang nak cabut balik, akan sopakkah dinding tu atau adakah apa-apa penyelesaian lain nanti...

Tapi selepas fikir punya fikir, ditimbang-timbang semua perkara, maka saya memilih untuk hiaskan jugak dinding satu bahagian di ruang tamu saya dengan frame gambar.

Saya beli di sebuah pasaraya dengan harga satu RM11. Jadi kalau tiga lebih kurang RM30++.

Bagi saya, bolehlah harga macam ni sebab kalau nak frame gambar yang lain yang kosong dan perlu letak gambar memang agak lebih mahal sikit dan saya pun takde sumber gambar macam dalam frame yang dah dibeli ni untuk diletakkan nanti.

Iaitu gambar ala-ala kota metropilitan yang penuh dengan cahaya lampu waktu malam. Macam best je rasanya layan gambar macam ni...





Saya gunakan penggantung khas untuk gantung frame ni. Sebab tak berapa rajin nak drill dinding. Sibuk kekdahnya, jadi guna idea penggantung ni lebih mudah. Dia ada paku juga, kena ketuklah...senang je.

Cuma kalau boleh jangan cabut balik sebab nanti berterabur plaster dinding tu sebab kita tak pakai wall plug kan.

Jadi... biar jelah dia duduk bertenang kat situ sampai kita rasa boring nanti baru tukar. Hehe.


Sebelum ni, dinding atas sofa merah tu kosong kan, dan selepas digantung frame tu jadiklah macam ni...



*


*


*


*


*



Perasan tak alas meja makan tu pun ada perubahan? Itulah barang projek Ikea (link cerita) yang saya beli - nombor 7 tu...=)

Jadi, apa aktiviti hujung minggu anda yang menyeronokkan? Hias dinding jugak? Biasanya, anda drill dinding atau hanya ketuk paku sahaja? Dan, apa cadangan untuk repair dinding yang dah ditebuk sekiranya kita taknak letak frame tu lagi?

Jom cerita-cerita, JOM..!! =)

 photo footer.png

41 comments:

  1. same la kita punye tabung rimau tu..tp saiz lain sy punye kcik

    ReplyDelete
    Replies
    1. rimau ekk..i tot teddy bear...ihiks...=)

      Delete
  2. bgs jgk idea mcm ni kt org suami isteri pun x suka tebuk dinding ... rosakkan.. tu yang nak gantung gambar pikir banyak kali... huhuhuhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulaa..last sekali mmg weols tebuk jgk kat area ni sbb terasa macam kosong...kosong..kosonggg...;p

      Delete
  3. oh ciknaa nak tampal gak mende camni kt dinding, tapi tula dinding umah sewa tu kemain keras.. sampai bengkok paku..

    ReplyDelete
    Replies
    1. umah lama ek? klu umah lama2 mmg dinding keras..entah simen apa diorang guna..umah sewa kitorang dulu pun cmtu..

      Delete
  4. god idea gak.. tapi stil kena ketuk dinding gakkan ... emm akak pun jenis sayang nak pantak paku kat dinding..heheheh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah kena ketuk gak kak...hihu..mgkn blh guna idea kak asma kat bawah ni...utk repair..

      Delete
  5. ha'ah kan?? gambar2 cam tu pon cantik bila lekat kat dinding...kalo tgk kat kedai sebelom ni tak rasa nak beli...haishhh...lepas ni nak carik la..TIRU! hehhehe yg penting harga adalah sangat mampu mulik! :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah jaja mulik sgt dah tu..jom beli dan share!! hiihi..

      jaja jom buat blog organizing jugakk...awak ada idea yg banyakkk dan bagus serta mudah utk difollowww...;)

      Delete
    2. insha allah...coming soon...masih dalam proses ni..free nati sy publish..jgn lupa follow kita..hehehhe

      Delete
    3. coming soon..nati free sy share..jgn lupa follow !!! eheh.. ;)

      Delete
    4. yeahhhh...!!

      harusss follow =)) *wink*wink*

      Delete
  6. Cantiknya rak sebelah tu :) kalo kesan2 paku tu boleh simen balik, beli kat kedai hardware simen putih dalam 2, ke 3 ringgit, campur air tutup balik bekas lubang paku tu. pastu kenala cat balik :) akak pon guna paku putih gini je senang nak sangkut cermin, ketuk je, malas nak drill2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. rak from cabenzi tu kak...murah yg amat..hihi ;)

      Delete
  7. sangat rajinnya. blm ada mood lagi nak menghias dinding (mls sbnrnya) sbb sendiri kena buat. tak sempat nak mikir deko nya. sgt smart, i like.

    ReplyDelete
  8. Aku tak sayang nak tebuk tapi laki aku. Bagi aku lgi banyak tebuk lagi besar kemungkinan untuk cat baru.

    ReplyDelete
  9. Tahan tak kalo nak sangkut frame yang berat sikit...? Kat rumah ni semua kami drail... Buat elok2..tak nak kasi rosak rumah orang kan... Dan plan, kalo nak kene move out..(harap2 laa owner nak jual kat kami..huhu) nak tutup ngan simen putih..warna cat pun ada simpan balance2 lepas cat aritu tujuan untuk tutup mana yang kami simenkan nanti kan....

    Cantik gambar tu....klasik je kan warna hitam putih cenggitu..

    ReplyDelete
  10. Tahan tak kalo nak sangkut frame yang berat sikit...? Kat rumah ni semua kami drail... Buat elok2..tak nak kasi rosak rumah orang kan... Dan plan, kalo nak kene move out..(harap2 laa owner nak jual kat kami..huhu) nak tutup ngan simen putih..warna cat pun ada simpan balance2 lepas cat aritu tujuan untuk tutup mana yang kami simenkan nanti kan....

    Cantik gambar tu....klasik je kan warna hitam putih cenggitu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. blh tahan sampai 1kg katanya...any frames shud be ok agaknya..lgpun dia guna paku bukan doubletape..jom cuba =)

      Delete
    2. Ooowhh..ok kalai sampai 1kg, boleh tahan gak lah boleh menampung setakat bingkai gambar ikea tu kan....

      ok..ok..ok

      Boleh cube...misi mencari bingkai gambar bermula!!!! hhiihih

      Delete
    3. Kalau berat elok guna 2 atau lebih paku putih ni, lebih stabil :)

      Delete
  11. Pandainya bajet spacing dia sama level tiga3..sy pnah gantung 3 berderet mcm ni tapi cermin lah..guna wall hook tu juga..beriya2 bajet..last2 bila gantung tak sama spacing dia..hihi..ada yg terjarak2 skit..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ah-ha jgn taktahu..frame yg tgh tu sy buka semula pasal tak sama spacing...patut kena tanda dgn pensel dulu kan? ;)

      Delete
  12. Aty pon pikir berpuluh kali biler nk ketuk paku kat dinding...tp kalau biar kosong jer pon tak cun gak,kan...:-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hah pasal tanak kosong tu yg gantung gak gmbr ni...hehe ;)

      Delete
  13. tempat kosong harus letak bingkai gambar.. tambah pulak rumah luas.. hihi.. terima kasih kongsi tips penggantung khas ni.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahah idak luas mana zura oii...hehe..

      jom gantung2!! =)

      Delete
  14. Very good idea! and cantik frame2 tu..;)

    Saya mmg suka gantung2 frame..tp biasanya nk elakkan dpd dinding nmpk lubang2 sbb kene tebuk jadi sebelum tebuk kena plan dulu kt mana nak tebuk dan nk gantung frame mcm mana..jadi tadela nk kene buka balik paku2 tu kn..cuma frame je la ganti2 yg lain spy tak jemu..hihi..klu nk buka paku pon tak pe, encik hubby akn plaster blk lubang2 tu semula..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ahhhh mcm kak asma ckp tu ek..plaster blk..tp kena ada cat lebih ek...yeahh gud idea!!

      Delete
  15. cantik la dear.akak suka. teringin nak deco2 mcm gini. tapi tak best lagi sebab bkn umh sendiri.hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. ala kak, belasah je umah sewa pun..hikhik jom kita! =)

      Delete
  16. Kat mana nak beli or cari gambar hitam putih tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya beli di Mydin melaka :)

      Delete
    2. kami boleh tolong print kan apa saja gambar
      nak masuk frame pun boleh.
      material printing banyak jenis dari murah hingga yang mahal mengikut kesesuaian bajet pelanggan.
      (^_^)V

      Delete
  17. Salam tuan blog, nak tumpang iklan sikit ye...

    Pemasangan Shower Water Heater / Drill @ Tebuk lubang Skru dinding konkrit, dinding jubin, pemasangan bracket TV, PEmasangan kipas siling, kipas dinding, pelbagai jenis lampu, pasang frame, cermin, rak dinding dan sebagainya.... Untuk Kawasan Putrajaya dan area bersebelahan dengannya...

    Sila lihat blogspot saya untuk info lanjut: http://shower-heater.blogspot.com
    atau boleh hubungi saya terus di 0176431977 (Call / sms / WhatsApp)

    ReplyDelete

Terima kasih di atas semua komen-komen yang diberikan. Kehadiran anda semua di sini sangat-sangat saya hargai. Saya akan cuba yang terbaik untuk membalas dan meraikan setiap kunjungan anda, dan mohon maaf sekiranya ada sebarang kekurangan ^^,