Last time saya share susun atur rak kasut ni tahun 2013. Hari ni masih pakai rak kasut yang sama. Masih elok lagi walaupun pintunya dah berapa kali repair sebab asyik tercabut je. hehe ganas sangat.
Being minimalist, saya hanya ada sepasang je kasut jalan. Mana-mana pergi, itulah dianya. Tapi, semenjak anak makin besar ni, diorang pulak lagi banyak kasut dari emak. So rak kasut ni selalu sangat jadi bersepah.
Ni view ok lagi, sebab baru purging kasut-kasut lama...tapi still sepahlah...
So, macam biasa, nak berkemas, keluarkan semua dari rak...
Kayu yang lendut ni, nanti terbalikkan masa nak masuk balik supaya dia tekan belah tak lendut tu pulak.
Lap-lap habuk semua...
Sampai bersih...
Fikir-punya-fikir, kali ni saya nak susun ikut kekerapan penggunaan. Sebelum ni setiap ahli keluarga satu para, tapi tak efektif cara tu, so try cara ni pulak.
So susunannya akan jadi paling atas untuk yang selalu guna, tengah untuk yang kadang-kadang guna dan bawah sekali untuk yang jarang-jarang guna.
Perasan tak, kayu melendut tadi dah diterbalikkan ;)
Perasan tak, kayu melendut tadi dah diterbalikkan ;)
Lepas tu, LABEL jangan lupa! Disebabkan cara label sebelum ni berkesan namun renyah {nak kena print gambar segala} i is balik kepada label cara ni je.
Label maker jenis ni akan keluar emboss gini bila kita tekan...
...masalahnya dia kurang melekat pulok
So kita buh soletep je...haha
Siap label semua...yayy!!.
Label ni penting ya, SANGAT PENTING sekiranya kita guna kotak-kotak gini sebab takdela tiap kali nak kena buka kotak. Selain tu, anak-anak juga tahu nak susun kasut mereka di tempat masing-masing.
Dan guna kotak juga boleh jimatkan penggunaan ruang. Contoh macam atas ni, saya tindihkan kasut sekolah dengan kasut sport.
Kalau jenis dan design yang sama pula boleh diletakkan sekali dalam satu kotak sebab kasut budak kan kecil jadi muat 2 pasang dalam tu. Jimat ruang dan lebih tersusun.
Lepas tu, kita kemas pula atas rak.
...dan purging dalam tabung...macam-macam jelah nak ada dalam tu
pun adoo...
Kemaslah sampai siap...
Belah kiri tu bukan abu mayat tau, hahaha...tu koleksi spark joy encik suami, hadiah masa kerja tnb. Belah kanan tu pun sama - jam-jam kegemaran beliau.
;D
Before after...^^,
So, siaplah spring cleaning ruang tamu untuk bahagian organizing. Ingat semula, spring cleaning ada 4 bahagian; FAST CLEANING, ORGANIZING, DEEP CLEANING dan MAINTENANCE. So, fast cleaning is DONE, organizing is DONE!
Cepat siap sebab ini jelah yang perlu diorganize kat ruang tamu ni. Yang lain sofa dan meja makan, tak ada apa nak diorganizekan. Mudah dan jimat masa kan ^^,
Cepat siap sebab ini jelah yang perlu diorganize kat ruang tamu ni. Yang lain sofa dan meja makan, tak ada apa nak diorganizekan. Mudah dan jimat masa kan ^^,
Hujung minggu lepas alhamdulillah dah berjaya kemas bilik study/SOHO fasa 1. Nanti i karang entri ok.
Uols baca ke idok ni? Penat i mengarang ^^"
cantik. nampak kemas je
ReplyDeletetq share ... kak pip pun tengah fikir mcm mana nak kemas kasut kat rumah ni ...
ReplyDeleteterbaek..
ReplyDeleteBiasanya kotak kasut terus buang..kali ni kena simpanlah..good idea..
ReplyDelete