Mari menyambung cerita pengurusan baju.
Jadinya, beza ke cara basuh baju ada ruang dobi dengan takde ruang dobi ni?
Basuh sama jugakkk - pakai mesin basuh. Cuman caranya setelah itu beda dikit ;P
Recall ruang dobi...
Jadi, begini ya proses mendobiku;
1. Baju kotor diterbalikkan terlebih dahulu kepada keadaan asal sebelum masuk bakul baju kotor. Ada dua bakul; satu untuk anak, satu untuk ibu bapa {tujuan diterbalikkan supaya senang bila nak pakai tak perlu terbalikkan lagi}.
2. Basuh baju ikut kategori dan jangan campur. Contohnya basuh baju budak sahaja, atau dewasa sahaja, atau tuala sahaja dan lain-lain. Satu kategori sekali basuh {tujuannya supaya senang nak sidai, senang nak angkut bila kering dan lebih bersih sebab tak campur saiz besar dan kecil}.
3. Selepas basuh, sidai ikut kategori. Tadi kategori jenis baju nak basuh. Sekarang perincian kepada kategori baju tu pula. Sebagai contoh, baju budak ada baju malam, baju siang, baju sekolah, seluar kecil, serkup kepala, stokin dan sebagainya. Yang inilah yang perlu diasingkan - gunakan bakul untuk tujuan ni {kelebihan langkah ni adalah untuk memudahkan proses nak sidai dan angkut masuk bilik baju}. Dan sidainya guna hanger ya...
4. Dah kering, angkut masuk bilik baju. Jika ada yang kena lipat, lipat terus di situ - sambil diri je lipat, kemudian angkut masuk bilik baju.
5. Setel.
Bakul-bakul yang sedia berkhidmat...beli murah-murah di Cowboy Melaka RM3 kot tak ingat dah...
Ni baju lepas basuh. Masa nak keluarkan daripada mesin basuh, siap-siap asingkan baju tu ikut kategori tadi - dalam kes ni baju dewasa, jadi ada kategori baju labuh {jubah/seluar}, baju pendek {t-shirts/kemeja} dan kain-kain {yang tak gunakan hanger}. Jadi bila sidai tu takdelah panjang pendek kat ampaian tu. Nak angkut nanti pun senang.
Proses ni nampak renyah tapi berbaloi.
*tu terlepas satu baju tak terbalik {warna hijau}, masa sidai ni kena la terbalikkan.
Mula menyidai...
Jarak kena sama...jangan risau rapat gini...tak bau pun dan memang kering.
Hanger hitam seragam. Beli macam ni sebab muroh...
Ada kain-kain kita selit di ampaian kosong...
Ni hari membasuh baju anak-anak pula...hanger kecil pula digunakan kali ni.
Sidai-sidai-sidai...{dulu terapi mata tengok baju berlipat, sekarang baju bersidai ;p}
Haa tudiaaa...kalau lambat basuh camnilah jadinya. Penuh!
Tapi worry not, memang kering! Kalau on kipas lagi laju keringnya.
Guna ruang ampaian bawah untuk maximise ruang sidai...
Ni masa nak prepare baju baby, lepas beli harus ambil gambar dulu...
...baru basuh ;p
Seronok ke idok sistem ni? Hanger je semua, dah kering angkut terus masuk bilik baju, senang amat... ^____^
Kerana ruang terhad, napkin kita tak boleh sidai lebar-lebar. Jadi, ikat gini je.
Tetap kering walaupun tak 'rangup' ;p
Hari membasuh telekung dan sejadah...
Yang ni boleh susun lebar camni, nak ikat macam napkin mustahil pulak kan ;P
i loikeeee ^_______^
Tuala pulakkkk....
Lagi gamborrrr...jangan kamu muntah kerana tuan tanah suka tengokkk...haha ;P
Cadar, comforter, alas tilam semua pun boleh sidai sini...janji asingkan dengan baju lain bila basuh. Kalau tak, nanti tak cukup ruang nak sidai.
Macam ni haa, memang kering....๐
Kain lap, alas meja makan semua pun kita ada jadual basuh...
Itulah sedikit sebanyak tips membasuh dan menyidai cara saya. Cara ni orang nampak macam complicated. Tapi, saya suka sebab memudahkan kerja.
Contohnya asingkan baju lepas basuh tu, kalau ikutkan boleh je keluarkan selambak masuk satu bakul baru sidai. Tapi bagi saya susah cara tu, susah nak sidai, susah nak asing ikut kategori masa angkut nanti...dan macam-macam lagi la.
Macam orang Jepun la, siap-siap buka kasut terbalikkan sebelum masuk rumah. Supaya bila nak keluar sarung terus. Ada proses kena tambah sikit la untuk memudahkan kerja juga akhirnya.
Lagi satu, bila kita ada sistem mendobi yang efektif, anak-anak pun mudah nak tolong sidai. Bukan nak dera, tapi memang kerja-kerja rumah kami buat bersama. Diorang pun seronok, berlumba siapa siap dulu. Tapi, datang taknak buat tu, taknak juga. Kita pelan-pelan la ajar.
Boleh kongsi cara basuh dan sidai uols pula?
13 comments:
saya suka baca kisah pasal basuh baju ni. Saya punya cerita, bab mendobi takde masalah, yang jadi masalah ialah bab melipat tu - malas sungguh la... huhu
hehe memahami memahami ;p
Murahnya bakul tu kak. RM3 je. Kat Labuan mau RM10 ke atas. Hari tu saya beli RM11.90. Hohohoho.
Tak besar sangat bakulnya. Tapi cowboy mmg berpatutan juga harganya :)
Saya suka cara ni, macamm peribahasa bersusah susah dahulu,bersenang2 kemudian๐
setuju bagai dikata sis Nissa :)
Beb.. tolong lah tunuk rumah bilik baju ko. Masalah ku adalah limited space. Sofaraki ikut sistem ko. Hanger tapi xleh 100% still ada process pairing bagi menjimatkan ruang. So lepas jemur mmg 1 keje pulak untuk bukak hanger baju masukkan dalam hanger seluar.
So klau aku nak terus gantung seluar dgn baju rasa mcm tak cukup dan hanger akan lebih banyak bergelimpangan.
hehehe. baik2. mmg nk share ni. ;p
Honestly? Saya tak lipat baju budak2 (except baju jalan saya lipat). Campak je masuk laci. Inspired by a blogger from US
since belajar pasal susun atur ni saya pun buat sistem baju camni, lagi senang nak uruskan dan jimat banyak masa.sekarang baju anak2 je yg lipat dgn seluar dewasa, lain semua sangkut.
Blogger nurin khairi said...
Honestly? Saya tak lipat baju budak2 (except baju jalan saya lipat). Campak je masuk laci. Inspired by a blogger from US
--
serius gantung semua ;)
--
Anonymous Jeki said...
since belajar pasal susun atur ni saya pun buat sistem baju camni, lagi senang nak uruskan dan jimat banyak masa.sekarang baju anak2 je yg lipat dgn seluar dewasa, lain semua sangkut.
--
jimat masa, betul sgt2 tu :)
--
assalammualaikum..sy pn buat cara mcm ni..asingkn baju ank mak bapak..tuala ke cadar ke..semua asing2..pas 2 baju ank2 pn saya asing ikt tuan n suh dorg letak hanger n sidai..bila dh kering..ank2 akan satukn baju n seluar...mmg nmpak complicated..tp lg senang wt keje sbnarnye..
Nabilah pun suka basuh ikut kategori.
Hr ni basuh kain pelekat shj, setelah 2mggu kumpul ๐.
Kain pelekat pun Nabilah hanger terus, xda lipat. Bju ensuami semua hanger, malas nk byk keja pkaian dia..
Bju basahan Nabilah n ank2 je lipat simpan laci. Bju jln2 je hanger, sbb perlu iron.
Tuala, sejadah, set cadar, alas meja, berlipat, simpan laci.
Dulu2 sidai dlm blk, skg dh jadi bilik tido. Ampaian dh bwk keluar, tpaksa sidai kt luar..
Akn dtg, harapan nk buat laundry room jgk. Mudah2an Ada rezeki tercapai impian, Amin
Post a Comment