Rentetan daripada entri Kemas Beg Travelling - Part 1, hari ini saya kongsikan pula, apa yang saya isi dalam beg toiletries dan beg mekap untuk travelling.
Sebelum tu nak kabor ni, kita nak run balik CABARAN BULANAN tau... ❤❤❤
Misi kita adalah untuk boost semangat dan motivasi susun atur semua orang. Mungkin untuk first run ni kita akan lancarkan tema berkaitan cara urus baju. Boleh guna medium fb dan ig kalau tak ada blog.
Harap dapat jumpa balik la kawan-kawan yang aktif sharing dulu-dulu. Dan jumpa kawan-kawan baru yang se'kepala'. :)
Ok beg toiletries tadi kan. Saya masih guna beg yang sama. Dari dulu beli belum pernah tukar lagi. Dari tahun 2012 lagi beli. Ni semua saya sharing asas travelling dalam negara je. Sama macam Part 1. Kalau pergi overseas, lain pulalah susun aturnya. Contoh kalau pergi negara beriklim sejuk, kena bawa baju sejuk pula dan sebagainya.
Beg ni macam biasalah, kita letak perkakas mandian. Condition beg masih tiptop. Tak jumpa dah beg macam ni. Tebal kain dia. Ni beli kat Cosway harga dalam RM13 je, kalau tak silap.
Ada ruang untuk letak perkakas mandian tadi. Partition macam ni sangat penting supaya barang-barang tu tak bergolek-golek dalam tu. Lepas tu, dia ada penyangkut untuk kita sangkut dalam toilet. Sempurna seadanya!
Ni perkakas mandiannya, macam biasa;
-sabun&syampu
-baby wash
-ubat gigi
Saya memang letak bekas mandian as it is setakat ni. Untuk travel dekat-dekat, tak kisah berat kan. So bawak je seketul-seketul macam tu. Kecuali kalau travel by flight, tu memang kena ambilkira berat. Masa tu, baru kita tukar kepada bekas-bekas mini - yang banyak jual kat Mr DIY atau Daiso.
Produk mandian setakat ni kita usaha sikit-sikitlah beralih ke yang healthy, contohnya free paraben, free SLE, free SLS dll. Mana-mana maklumat yang kita dapat, kita proses dan kita bersedia untuk ubah.
Learn, unlearn, relearn tu adalah satu proses kehidupan yang membantu manusia untuk tidak jumud kepada sesuatu perkara atau ilmu yang dia telah tahu atau pelajari. Boleh jadi sesuatu perkara itu, adalah sah sehinggalah datang suatu kajian baharu yang lain - untuk memperbaiki kesahihan maklumat tersebut.
Maka, kita dengan rendah dirinya pun bertabayyun dan mempraktikkan seadanya mengikut pengetahuan tersebut.
Ni pula beg mekap. Banyak kali tukar juga ni. Setakat hari ni, yang nilah paling lama saya pakai. Nama je beg mekap, takde mekap pun.
Yang ada ni je haa;
-deodoren
-minyak wangi
-gincu alami
-serum muka
Semuanya natural dan tiada bahan kimia yang berat atau berbahaya.
Diikuti barisan first aid kit;
-baybie cream (ruam lampin/gatal)
-magnesium oil (sumber mg)
-tumeric cream (selsema/batuk)
-alami saputerapi (nyamuk repellent/gatal/etc)
-extra virgin olive oil (luka)
-essential oil (boost happy mood)
Tapi, ni semua masih kategori optional.
Yang palinggg WAJIB dan tak boleh tinggal adalah;
v
v
v
PATI HABBATUSSAUDA!!
Dia works like magically untuk demam repellent. Kalau nak demam telan ni - tak jadi demam. Hah macam tu lah... So kalau tinggal, mak menggelabah kejap la kalau anak mula dedar.
Semua masuk dalam ni, kecuali PHS tadi kena asingkan sebab tu untuk telan.
So, there you go...
beg toiletries-
beg mekap-
(apa nama lain tah? beg mekap macam tak kena)
Beg dua ketul ni, masuk dalam beg besar, muat terletak.
Macam ginilah rupa dia...
So, tu jelah nak sharing hari ni. Mana yang baik jadikan tauladan, yang buruk jadikan sempadan.
Korang bawa camne pula beg-beg ni?
Ps - Dalam mood mengarang entri untuk Cabaran Bulanan. Susun atur baju, susun atur mainan, susun atur fail keluarga, semua menerpa sekaligus. Tengok pula slide viva tadi sebab kawan nak pinjam, terus rasa nak run simulation pulak. Ya Allah berkecamukkk sungguhhh... --,
2 comments:
Mana nak beli pati habbatusauda tu
Blogger Suhenny Sal said...
Mana nak beli pati habbatusauda tu
--
boleh dibeli di sini https://shopee.com.my/PHS-Pati-Habbatussauda-TIAF-i.14049571.1371088552
--
Post a Comment