Pages

Monday, November 13, 2017

Tempat Gantung Kain Lap Yang Baru

Assalamualaikum wbt,

Saya dah terjah dan follow blog/fb peserta GA. Mana-mana sempat saya tinggalkan komen. Terima kasih korang yang sudi join dan jangan lupa share entri GA ya. Tq kesayangans.

Hari ni simple je entri sebab sibuk sangat dengan urusan planner. Alhamdulillah dah lebih 200pcs terjual. Oklah tu untuk beginner-beginner baru nak up macam hakak ni. Tu pun dah semput nak balut, tulis, pos segala.

Recall sikit ya:

Cerita 1 {KC awal}
Cerita 2 {baiki table top retak}
Cerita 3 {tambah kabinet laci}
Cerita 4 {sinki yang efektif}
Cerita 5 {dishwasher}
Cerita 6 {tempat tos pinggan}
Cerita 7 {tempat gantung kain lap} --- hari ni!

Kompleks sangat haih mana gantung kain lap pun nak jadi isu. Alaa, janganlah kecam kakak. Memang benda tu nak masuk fikiran juga. Bukan sengaja.

#remehtemeh
#tapipenting

Cuba cerita sikit kat hakak ni.

Kalau kain lap korang yang dah guna tu, korang letak mana?

Gantung ke, letak atas table top gitu je ke, basuh tiap kali guna ke {amboi cukup rajin} atau macamana?

Macam saya ni, guna kaedah sama je macam dulu.

Gantung je kat Bygel rail Ikea tepi kabinet ni.
Ni gambar masa belum renovasi kabinet {link}.


Lepas tambah kabinet, letak sini pula Bygel rail tu. Tersembunyi sikit.


Cannot see kan? ;)


Nampak tak ada lubang hitam kat belah kiri tu kan. 

Tu lubang tempat buang air basuh baju dulu {kan letak mesin basuh kat situ dulu kan}. Sekarang dah pindah mesin basuh tu. So lubang yang ada tu tutup je pakai soletep hitam supaya tak ada serangga atau haiwan perosak masuk. 

Mesin basuh dah alih ke ruang dobi. Dah ada ruang dobi tau sekarang yuhuuu...sila follow untuk dengar cerita pasal ruang dobi pula...ecece 👀 👀  

So, basically dekat Bygel rail nilah tempat gantung kain lap yang digunakan. Perah kering-kering dan gantung. Efektif sangat-sangat cara ni sebab;

1. Table top kekal kemas dan kering.
2. Gril tingkap clear daripada sebarang gantungan.

Korang pula buat macamana dengan kain-kain lap yang basah ni? Sharelah sikit...

 photo footer.png

5 comments:

  1. yeahhh.. aku mmg tengah cari rak bygel ni..

    ReplyDelete
  2. sekrang tuala lembab masih lg gantung kat cermin antara kc dengan yard..nampak buruk tp tu la..selagi x siap KC..mmg xde mood nak mendeko sangat... hhehehe

    *alasan sangat*

    ReplyDelete
  3. tak pernah mengecewakan idea awak ni tau... [wassap akak pls..tak jumpa nombor awak lepas tukar hp ritu]

    ReplyDelete
  4. Terima kasih atas perkongsian. Banyak pahala sis. Moga Allah mudahkan urusan sis sekeluarga

    ReplyDelete

Terima kasih di atas semua komen-komen yang diberikan. Kehadiran anda semua di sini sangat-sangat saya hargai. Saya akan cuba yang terbaik untuk membalas dan meraikan setiap kunjungan anda, dan mohon maaf sekiranya ada sebarang kekurangan ^^,