Assalamualaikum wbt,
MasyaAllah dah 1 Januari ya...dah tahun baru dah...pantas sungguh masa berlalu. Maafkan tuan tanah yang telah lemas dalam studynya yang tak keruan rupa dah ni. Saya tahu dan faham proses belajar adalah sesuatu yang amat susah dan sukar tapi untuk menelan kenyataannya setiap hari adalah satu keperitan yang susah sekali diceritakan. Saya cuma berharap ada happy ending dalam story ini. Korang do'akan ya. ;')
Walaupun saya ada banyak benda nak dikongsikan tentang susunatur di sini, tetapi semuanya seakan-akan terbantut apabila dalam masa yang sama, saya turut menyedari ada insan yang sedang diuji dengan ujian yang lebih besar terutamanya saudara kita di Pantai Timur tentang kehilangan rumah dan sebagainya. Ianya amat memberi kesan kepada diri ini.
Walau bagaimanapun, 2014 telah pun melabuhkan tirainya. Sebagai tahun yang saya ingin panggil tahun keazaman dan kecekalan, ianya telah membentangkan satu episod kehidupan yang cukup bermakna dengan warna warni kehidupan yang pelbagai. Ada warna suka, dan ada warna duka. Turun naik kehidupan itu merupakan satu silibus pelajaran yang cukup unik dari Tuhan. Terpulanglah kepada diri ini, yang tinggal hanyalah kemahuan menggali hikmahnya dan menjadi manusia yang lebih baik pada masa hadapan.
Sebagai sebuah blog susunatur, saya juga sangat teruja kerana impian untuk melihat perkongsian sahabat-sahabat di luar sana tentang susunatur sudah semakin bercambah. Tambahan pula ada inisiatif dari otai untuk menubuhkan group susunatur. Ianya sesuatu yang sangat menggembirakan! Sudah tentu, perkongsian kita semua di medan maya ini bukanlah dengan tujuan lain selain untuk saling memberi idea, secara tak langsung saling bantu membantu dalam mencapai impian memiliki sebuah rumah yang kemas, tersusun dan efektif.
Saya sendiri mempunyai banyak perancangan untuk tahun baru ini. Malah ada banyak susunatur MAJOR yang saya nak jalankan disebabkan fungsi ruang yang ada sekarang ni hampir tidak relevan bagi kebanyakan ruang. Kalau nak dibentangkan kertas kerja memang putih mata tengoknya sebab idea memang banyak. Cuma kekangan utama yang ada iaitu MASA dan BAJET menyukarkan semua itu dijalankan serentak sekaligus. Maka, perancangan yang ada berkemungkinan besar dilaksanakan secara perrrrlahan-lahannnn . . . ;) mengikut masa dan bajet yang ada.
Buat sementara waktu, saya ingin mengumumkan dahulu para pemenang bertuah yang telah berjaya memenangi Home Binder 2015 yang merupakan sebuah planner atau diari yang direka khusus oleh saya untuk kegunaan kawan-kawan.
Bercakap tentang Home Binder ni, saya ingin mengambil kesempatan merakamkan jutaan terima kasih kepada sahabat semua yang telah membeli. Alhamdulillah Home Binder 2015 telah terjual melebihi 50 unit {pelbagai pakej}. Jutaan terima kasih kepada kalian yang telah mempercayai hasil kerja saya. Saya sangat-sangat mengharapkan Home Binder tersebut dapat membantu kelancaran urusan harian anda sebagaimana ia membantu urusan harian saya.
Untuk itu, pemenang bertuah yang telah berjaya memenangi sebuah Home Binder hardcopy ialah pemenang The Lucky Number One!! ;) Dan 10 pemenang bertuah selepasnya yang memenangi Home Binder softcopy. ;)
Hardcopy version, tahniah Umie Sue dearie!
TAHNIAH kepada para pemenang dan terima kasih yang amat sangat kepada SEMUA peserta yang telah join. Terima kasih juga kepada para follower baru, mohon maaf sangat sekiranya saya belum berkesempatan membuat kunjung balas. Saya pelan-pelan kayuh naa...;)
Kepada para pemenang, sudilah kiranya menghubungi saya segera untuk tujuan memproses Home Binder. Emel saya di yuzai_angah@yahoo.com dengan tajuk 'Pemenang Cabaran Bulanan Home Binder'.
Sekali lagi, untuk kesemua pembaca blog susunatursioca yang sangat-sangat saya hormati dan kasihi, saya mengucapkan kepada anda semua SELAMAT TAHUN BARU 2015...:)
Semoga tahun ini bakal kita hadapi dengan semangat yang jitu, ketabahan yang utuh, redha dan syukur yang bergabung, senyum yang terukir, air mata yang diseka, perancangan yang tersusun dan kegigihan yang berterusan.
InsyaaAllah mari kita sama-sama melangkah ke satu lagi tahun pengajian di dunia!
Love uols...;)
tahniah kepada pemenang.. tak ada rezeki tahun ni lah.. hihihi
ReplyDeleteYa Allah..syukur..Alhamdulillah ..terima kasih sis
ReplyDeleteTahniah pada semua peserta cabaran. Terima kasih buat sponsor :)
ReplyDeletedone, tq fizah.
ReplyDeletefizah, saya tak dapat lagi lah softcopy tu.. baru check email td
ReplyDeletesend dear..nti cek ya..^^,
Deletefizah..cabaran bulan ni apa pulak ya..hihihi..nk tahu jugak
ReplyDeletetahun ni belum bersedia nak buat cabaran bulanan kak sara..pasal takut tak sempat..huhu
Delete