Pages

Thursday, November 6, 2014

Susunatur Budget Friendly

Assalamualaikum wbt,

Bila tengok-tengok, perati-perati...nampak gaya ramai yang dah terjebak dengan dunia susunatur. Seperti jangkaan saya, ramai sebenarnya yang berjiwa organized di luar sana cuma sama ada ianya disedari atau tidak je. Dan kritikal tak kritikal je 'sakit' tu...;)

Dalam pada lambakan idea yang boleh didapati di media sosial sekarang, tak kurang yang menghujani ruangan e-mail saya dengan pertanyaan, cadangan dan penghargaan. Dalam sempit-sempit waktu yang ada, saya usahakan mereply setiap satu e-mail yang tiba. Tapi, menaip dalam waktu yang terbatas ni kadangkala ayat pun tunggang terbalik. Apa yang terlintas je ditaipkan. Mohon maaf kalau mungkin ada kata-kata yang menyinggung rasa.

Tapi, kadangkala datang satu perasaan juga. Semacam takut pula bila ramai yang membaca blog ini dan membuat persepsi awal bahawa ''organizednya dia...''

Terbatuk kecil saya.

Pada hakikat sebenarnya, saya ini masihlah dalam proses yang lebih kurang sama je dengan semua. Tak semestinya ada blog susunatur, orangnya pun pasti memang tersusun dan teratur.

Cuma mungkin saya sambil-sambil berkongsi entri, sambil menyuntik motivasi kepada diri sendiri untuk mengemas dan mengurus rumah. Terutamanya bila ada cabaran bulanan. Secara jujurnya, saya memang berkemas mengikut cabaran tu dan fokus pada setiap prospek perbincangan tu selama dua bulan masa berlangsung. Memang ianya sangat membantu untuk fokus. Apatah lagi semangat tu dikongsi pulak bersama para peserta. Lain macam aura dan semangatnya.

Saya faham dan turut mengalami bahawa adakalanya datang juga sedikit sebanyak perasaan tertekan bila tengok kemasnyaaa rumah dia ni...bila nak jadi camni...jelesnyaaa...dan sebagainya. Tu semua perasaan yang biasa dan NORMAL. Saya sendiri kalau bukak blog jen {contohnya}, nak menangis ada, nak ketawa ada, nak kagum ada, nak jeles ada, nak buat sebijik macam tu pun ada, nak tiru pun ada...macam-macam perasaan bercampur-baur. Kadang rasa macam awat hang kreatip sangat niiii jennn?? --"

Tapi on the top of that saya akan biarkan perasaan bermotivasi yang menguasai segala perasaan lain yang ada. Sebab apa? Sebab dengan motivasi sebegitulah dapat membantu saya sedikit sebanyak untuk carry on dengan projek susunatur di rumah saya. Walaupun hasilnya tak secantik mana, tapi yang penting misi untuk KEMAS, TERSUSUN DAN EFEKTIF tercapai! Itu pasal bubuh perkara tu dalam tagline...biar ingat selalu...;)

Dan, paling penting adalah menanamkan rasa qanaah ataupun merasa cukup dengan apa yang ada dalam diri. Tak bolehlah kita tengok blog orang ni, terus dan-dan nak gi kedai beli barang sebijik macam dalam blog tu jugak. Nak pulak kalau barang tu mahal. Takmo takmo takmo...sifat macam tu kita tak nak ada dalam diri kita.

Sepatutnya kita memang boleh tersusun dan teratur dengan apa yang dah kita ada kat rumah. Cuma kita BELUM tahu macamana nak menggunakannya semaksimum mungkin. Ada baiknya kita exploit function barang yang ada kat rumah kita dan menjadi pioneer kepada idea-idea susunatur yang budget-friendly dan low-profile.

Malah memang adalah suatu kesalahan dalam menyusunatur apabila kita merasakan kita perlu BELI produk susunatur yang baru sedangkan yang cuma perlu kita lakukan adalah hanya re-organized sahaja menggunakan apa yang sudah sedia ada. Yang nampak tak tersusunnya bukanlah kerana peralatannya tetapi SISTEMnya...!

Dan paling best bila ada blog ni, perasaan nak mengemas tu boleh datang secara membuak-buak dan tiba-tiba sebab terfikir nak share hasilnya dengan para pembaca. Dengan harapan ada yang bermotivasi jugak bila membacanya. Kadang taktahu pun nak mula kemas dari mana tapi bila terfikir tajuk entri terus datang idea nak mengemas. Begituuu...

Apalagi? Jom buat blog susunatur jugak! heheh

Bertepatan dengan tema budget-friendly organizing kita, mai nak citer satu website ni yang ada menjual pelbagai keperluan susunatur yang berpatutan harganya.

Website yang dimaksudkan tak lain tak bukan adalah L.a.z.a.d.a...!!

Malah sekarang ada promotion Buy 1 Free 1 lagi. Barang-barang kat Lazada ni saya tengok antara yang affordablelah harganya. Dan dia ada banyak barang berkaitan susunatur dan dekorasi rumah seperti Furniture, Home Decor dan barangan furniture below RM99. Mata naik berpinau tengok lambakan barang yang disediakan oleh Lazada. Silalah terjah untuk pinau bersama! hehe








Saya bercadang nak gunakan rak Lazada ni untuk susunatur almari baju saya.

Masih belum terbuat lagi dek kerana sibuknya sekarang ni...kalau ada update tentang rak ni insyaaAllah saya kongsikan nanti ya. Nak pasang ni je pun dah sekian waktu. --"

Apapun mesti ingattt...nak membeli tu bila rasa PERLU je ok. Bukan untuk memenuhi keinginan semata-mata. :)

 photo footer.png

19 comments:

  1. AHHHHHHH...PINKKK..AKAK BUAT SAYA TERBUNTANG MATA NAMPAK RAK PINK2 NI

    ReplyDelete
  2. saya amat fail dalam bab ini huhuhuhuhuhu sila tunjuk ajarrr

    ReplyDelete
  3. tagline, kemas, tersusun dan efektif, best gak tu.
    aku punya tagline, sedap mata aku pandang, sudah. hahaha.
    rak tu, wow warnanya... tapi rumah aku sudah byk benar rak.
    cpt susun baju, susun mcm ala2 kedai tu. hehe.

    ReplyDelete
  4. Betul tu jiranku, banyak jugak boleh dapat bila join group KSSA. Sedikit sebanyak dapat idea nak deco. Thanks jugak la share.

    ReplyDelete
  5. Just sharing, dulu aku ada open rack mcm tu utk letak baju tapi byk habuk benang pakaian terkumpul kat celah2. Lepas tu aku buat plastic cover tapi nampak tak comel pulak...akhirnya jadi rak majalah/buku. Itulah cabarannya...

    ReplyDelete
  6. Akak memang kreatif...Bestnye kalau dapat rak tu untuk buat dapur mainan anak-anak..oh semangat yang hilang, cepatlah datang.
    #mood organizing,diy-ing,decorating,semuaaa hilang ni. Jen pun tak mampu bagi semangat.
    Nasib baik ada susunatursioca, dapat lah boost mood hamba yg asyik kelaut ni... hehe..

    ReplyDelete
  7. Wah terus pasang ;) , En babah pun asal g ikea mesti nak terus pasang , semangat nak mendeko ;)

    ReplyDelete
  8. xsabarnyeeeee nak tgk hail...gd idea

    ReplyDelete
  9. Wah Lazada ada offer. Kalau lagi murah dari Giant nak beli juga :)

    ReplyDelete
  10. salam kenal dari Ros.. singgah sini dari segmen Diana Rashid.. done follow ;)

    ReplyDelete
  11. salam..saya join segmen Diana Rashid...

    jemput join segmen saya

    http://www.syukurnyasihat.com/2014/11/segmen-blog-review-by-syukurnya-sihat.html

    ReplyDelete
  12. salam kenal..

    cantik color cabinet tu..

    ReplyDelete
  13. Setuju sgt dgn apa yg fizah bundarkanbdlm topik kt atas tu..btw..rak mcm mmg jd faveret sy sjk zmn skolah lg..harga bpatutan dan klu jg dgn penuh kasih syg..insyaallah blh bertahan..

    ReplyDelete
  14. Rasa lega dan bermotivasi dgn segala pandangan dn cadangan pn fiza. Terima kasih. Sebagai permulaan utk saya berubah dn beristiqamah ke arah yg lbh baik. Sy akn sll ke blog ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
    2. masyaAllah..sy doakan yg terbaik utk puan :)

      Delete

Terima kasih di atas semua komen-komen yang diberikan. Kehadiran anda semua di sini sangat-sangat saya hargai. Saya akan cuba yang terbaik untuk membalas dan meraikan setiap kunjungan anda, dan mohon maaf sekiranya ada sebarang kekurangan ^^,