Plup-plap-plup-plap tuan rumah muncul.
Hehe.
Mohon maaf kawan-kawan tak dan nak reply comment...publish pun belum...hehe. Spesis ada masa reply baru nak publish. Blogwalking? Apa ituuu...? ;P
Tapi-tapi-tapi cabaran bulanan masih ON ok. Dan ada juga contest kat group KSSA. Saya pun asal boleh je join. Nasib baik senang je, buh gambar. Saya tak berapa aktif di fb. Asal ada akaun je orang kata, tu pun share dengan suami - untuk tahu isu semasa {lah sangat!} kononnya ;p. Jadi, mohon tegurlah kalau ada silap kut mana-mana.
Hari ni, nak kongsi perihal memindahkan pintu toilet dapur.
Dulu, saya pernah cerita kat SINI tentang saya ada idea untuk menjadikan dapur saya yang sempit itu kelihatan luas.
Caranya tak lain tak bukan adalah dengan...MEMINDAHKAN PINTU!
Tahukah anda, dengan adanya pintu di sesuatu kawasan akan mengehadkan ruang tersebut baik dari segi penstoran, dekorasi, lalu lalang dan banyak lagi?
Sama macam kes dapur saya.
Kalau ikut pelan lantai ada TIGA pintu. Satu pintu untuk keluar ke laman belakang, satu pintu untuk laluan masuk ke dapur {bukan pintu la tapi dah kira laluan jugak macam pintu} dan satu lagi pintu tandas.
Jadi, memang agak sempit ruang yang ada untuk susunatur perkakas dan kabinet. Dan yang lebih tak bestnya adalah bukak je pintu toilet terus nampak dapur dan ruang makan keluarga.
Senang cerita sambil makan atau masak, boleh nampak orang keluar masuk toilet. Kalau ahli keluarga ok lagi tapi kalau tetamu, kesian depa. Mesti diorang segan.
Dan lagi kalau ada buat kenduri kendara ke, tak ke haru dapur saya tu nanti dengan orang nak potong bawanglah, yang nak pergi toiletlah, nak memasaklah,...wahhh fikir pun dah serabuk.
Jadi, tanpa banyak cerita, setelah proposal diluluskan...kerja-kerja pengalihan pintu pun dilakukan.
Mula-mula, kontraktor pecahkan dulu dinding yang nak diletakkan pintu baru.
Berserta kesepahan-kesepahannyaaa......x____x
Siap fasa pertama...kemas-kemas dulu sebelum masuk fasa kedua.
Sebelum tu, kena naikkan batu sikit kat dinding ni sebab terlebih pecah...
Alang-alang betulkan, masuk fasa dua terus, naikkan batu kat ruang pintu lama. Pakai batu simen je, jimat. Tak ganggu pun kadar kesejukan toilet...
Dan plasterkan.
Bahagian dalam toilet pun plaster sekali.
Dan bersepah lagi....x____x
Selesai fasa kedua. Kemas-kemas lagi.
Fasa ketiga pula memasang tiles di dinding luar...
Di dinding dalam...
Dan di lantai-lantai yang tersopak semasa mencabut dan memasang pintu. Silap kat sini sebab tak dapat cari tiles yang sama warna, tu yang jadi corak baru. Huhu.
Fasa keempat memasang pintu baru.
Corak tak menahan siap 'The Sweet Breeze'...;)
Hampir siap...
Fasa kelima iaitu yang terakhir adalah men'touch-up' dinding.
Fasa betul-betul akhir, mengemas menyapu membersih dan menyusunatur.
Total kos pindah pintu ni dekat dua ribu jugak. Campur semua kos upah, harga pintu, tiles, batu, simen, pasir semua-semua tulah.
Tapi untuk kos upah sahaja {sebab barang semua kitorang cari sendiri} RM900 macam tu. Tapi hasilnya pun seperti RM900 lah jugak. Perincian agak mendukacitakan. Kerja tangannya bagi saya kurang kemas. Kalau pandang dari jauh bolehlah tapi kalau pandang dekat, sakit jugak mata ni.
Tiles bahagian luar memang cantik dia buat, tapi yang bahagian dalam agak kurang kemas. Pintu tu pun entah macamana dia pasang, agak ketat bila nak dibuka.
Tapi alah bisa tegal biasa. Lama-lama ok je. Kut banyak duit nanti tukar terus toilet ni. HAHA, mimpi!
Kalau memang nak hasil akhir yang memuaskan hati seratus peratus, pada pendapat saya carilah kontraktor berbangsa Cina ataupun Indonesia yang mahir. Macam saya punya ni dalam skala sepuluh, saya bagi lapan bintang. Haha...layan! =)
Kelakar tau. Kontraktor ni dah pecahkan sinki kitorang. Dan kitorang beli balik sendiri sinki ni, tapi pun pecah jugak masa dia nak tebuk lubang untuk sambung pili tu. Dah retak dia main plaster je. Tak bagitau pun. Sendiri perasan masa nak guna toilet. Buruk sudah sinkiku, buruk je takpe...jangan kau roboh sudah...
Huhu. Sabar je.
Tapi keseluruhan oklah. Saya terima dengan baik dan hati terbuka. Cewah!
Rupa terkini.
Dah gantung tivi dan wall frame kat tempat asal yang dulunya ada pintu. Kalau pintu tu masih di sini memang tak dapatlah nak buat cam gini.
Wall frame macam kenal kan? Tapi yang ni saya buat sendiri, tiru idea Faeza. Saya tak buat jual, kalau minat order pada Faeza ok. Yang saya punya ni DIY je sebab nak jimat. =)
Sekian perkongsian kali ni. Harap dapat membantu.
p/s Ramai yang tanya contact orang yang buat kitchen cabinet saya, tapi saya betul-betul dah kehilangan nombor beliau. Dan memang belum sempat saya nak ke opis dia untuk dapatkan contact baru. Jadi, mohon maaf sangat-sangat-sangat. Ada rezeki saya carikan ok. InsyaaAllah.
p/s Buat masa ni saya memang tak dapat nak blogwalking. Fasa kritikal study dah menjelma. Mohon maaf kalau terlepas banyak cerita menarik susunatur rumah korang. Teruskan perkongsian ok. Ada rezeki lambat laun saya jengah. InsyaaAllah :')
32 comments:
wow siap sepenuhnya
wah cantik pintu...
plg x suka kalau renovate dgn org melayu mcm ni lah.. pelik kdg kt nak tlg dia org.. tp dia org buat kerja mcm hampeh... cantiklah idea frame tu nak tiru....
so niceeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee.....
cinek pintu bilik air korang. pintu tu berapa ratus ye?
sinki pecah tu memang dissapointed kan..
betullah jadi cantik bila pindahkan pintu tu! nice nice nice. boleh letak tv siap. memang terbaiklah. lagipun kalau tetamu nak pergi toilet tak payah lalu dapur ye dak?!
patutlaaa lama menyelam.. jadik mandor rupanya hehehe. Cantik. Adeh! mesti letih membersih lepas tu kan... tapi bila tengok end result...wah! puas hati.
cantik pintu tu...guna jek dulu pintu yg ada ni...lambat laun ada hati nak ganti....sedapkan hati boleh gitu...
wahh pandainye buat sendiri.. guna app apa ek?
haah..3-4 hari jugak kesepahan di rumah waktu ni..bertabah je sampai siap ;p
tq..i pun berkenan ;))
murah tu mmg yg paling murah bila survey, tp kerja pun murah jugak gamaknya..huhuhu sabar jee..
tirulaa blh aje =)
tq dear! =)
apa itu cinek? haha ;D
pintu tu harga dia dalam rm300++ gitu cik hani.
bab sinki pecah tu mmg yg paling menyedihkan sbb nampak obvious keretakannya...bertahan dulu...uhukss...
itula yg bestnya..idokler tetamu segan silu lagi nak gi toilet..gituuhhh...hehehehe
haha cerita tahun lepas ni sbnrnya kak..ni nama menyelam sbb bizi ngan analisis study....fuhuhuhu...;)
*lama
hehe, begitu gamaknya niat di hati...;)
sebenarnya......guna MS Word je yuyuy...hehe...cuba try!
bagusnya, dapat new idea utk ubah pintu toilet, tapi umah ni bila ntahla nak renovate. tak sabar nak bersusunatur
hehe pelan2 kak...nanti da siap update jgn lupa...hihiks
Saya pun ada masalah pintu tandas ni.. tp masih mencari idea dan uwang.. hihihi
kreatif lh fizah ni pafan la umah dia cantik sy suka hehe...menjadi inspirasi utk saya
insyaallah ;)
mahal juga ye...
pelan2 kayuh mama =)
terfikirkan keselesaan tetamu sbnrnya..idok kreatip mana..hihi.
blh tahan mahalnya..klu dgn chinese n indon lg mahal sket tp kualiti mantop..
salam fizah..kite pernah dptkan quotation dr kontraktor china...alamak aiiii...mahal berganda2 xmampu den...last skali amek kt melayu dgn pekerja bangladesh..ok jugak not bad harga pun murahh....dgn bangla ni senang sbb diorang rajin....heee
wahhhh,,,,cantik frem tuh...DIY ke beli fizah??
haah bangla n indon ni mmg agak rajin diorang ni..chinese pulak rajin n kerja biasanya marbeles. tp harga pun marbeles..hihi
frame tu dari ikea dear...design dalam tu kita buat sendiri pakai ms word sajok then print atas A3 paper...tu design by faeza tu..kita tiru je..hehe
Post a Comment