Pages

Thursday, March 6, 2014

Jom Teka Fungsi Ruang!

Assalamualaikum wbt,

Saya suka menggunakan ruang yang ada semaksimum yang mungkin. Tapi bukan semua ruang saya akan 'semak'kan dengan fungsi maksimum ni.

Saya lebih suka konsep yang simple but nice.

Cuma ada sesetengah ruang memang akan nampak pelik dan rugi jika saya biarkan kosong.

Contohnya ruang keluarga kat bawah ni...


Rugi kan ruang tu biar kosong gitu? 

Jenuh juga saya fikir nak letak apa kat sini. Akhirnya dapat juga saya idea untuk memaksimumkan fungsi ruang ni. Tapi, saja nak korek idea daripada korang semua...apa yang akan korang buat dengan ruang begini? 

Idea yang sama dengan apa yang saya buat pada ruang ni akan dapat hadiah. 

Hehe. Hadiah biasa-biasa je. 

Hardcopy Home Binder 2014 By SusunAturSioca

Saya akan print dan poskan kepada pemenang.


Jadi, apa tunggu lagi...moh curahkan idea korang yang bernas tu di ruangan komen. Komen pertama yang meneka dengan betul akan dipilih sebagai pemenang.

Cerita full ruang ni insyaaAllah menyusul Isnin depan ^^,

 photo footer.png

9 comments:

  1. Saya cadangkan wall cabinet for books. or cost down sket basket empat segi yg cute (mungkin 2/3 basket) untuk masukkan magazine and books target to ready by this month. dah ada sofa bed situ, jdkan reading nook.
    sure anak2 suka melepak baca story book, or mummy pun boleh lepak baca novel magazine santai dgn anak2. :)

    ReplyDelete
  2. Letak rak buku yg lekat kat dinding tu?

    ReplyDelete
  3. Salaam Fizah, saya dah lama baca blog Fizah ni. Menarik, tertarik the bomb! Great organizing skill with minimum budget! I loike!

    Dan dari blog Fizah juga, saya jumpa blog blog organizing lain menyebabkan saya dah dapat penyakit yang sama dimana penyakit ini memberi lebih manfaat kepada saya dan orang sekeliling! :) - (sudah sudah la yer intro ... buat mcm blog sendiri pulak.. -saya tak de blog )

    Ok Fizah, pada dinding yang kosong itu, saya usulkan, buat book ledge. Sebab dinding yang kososng ini didalam ruang/bilik keluarga.. Dan untuk menarik minat anak-anak kita untuk membaca, kita boleh la sediakan book ledge bersesuaian dengan ketinggian mereka untuk menyusun buku-buku kegemaran anak anak kita.

    Fizah mesti tahu apa tu book ledge kan.. ok.. contoh boleh tengok kat sini: http://somedaycrafts.blogspot.com/2011/05/diy-book-ledges.html.

    Buku-buku yang kita boleh susun disitu haruslah buku-buku kegemaran anak kita. Sambil lepak atas sofa bed, boleh la membelek, membaca buku kegemaran mereka. :)

    Semoga usul saya sama dengan idea Fizah.. Saya nak nak nak nak "Hardcopy Home Binder 2014 By SusunAturSioca. " :)

    Selamat bersusun atur!!

    Salaam ukhwah

    ReplyDelete
  4. nak cuba nasib teka...hehe..letak tempat conteng anak2 kot..:) :)

    ReplyDelete
  5. letak sticker blackboard tu, nnti ble ajak anak2 bermain lukis2 ke ajar anak menulis...so, xsia2 ruang & dpt spend more time tuk anak2 :)

    suggestion.hehehe..

    ReplyDelete
  6. Kalau saya lah..saya ada 2 option..

    Maybe:

    1. Saya akan letak shelf 2 layer..lepas tu letak apa2 yang patut contoh buku2 bacaan ringan ke..jam comel ke..

    atau

    2. Akan letak white board kt situ..buat ajar anak2..hehe...contoh weekly lesson..biar la kt situ tak terpadam for one week so anak2 akan tengok and absorb..

    hehe,,sekiannn..

    ReplyDelete
  7. ermmm, letak alQuran atau buku2 ringan untuk bacaan santai????
    ngeee

    ReplyDelete
  8. ermmmm ape nye........
    tampal karya anak2 atau nota atau jadual.....x bernas betul idea saya ni.....huahuahuahua

    ReplyDelete
  9. sy rasa, sis akan letak cermin yg hampir memenuhi ruang kosong tu..hehe..
    ataupun sis akan cantikkan ruang kosong tu dengan frame khat kufi..;)
    satu.lagi idea saya, ruang kosong tu jgk sis boleh letak meja yg boleh dilipat ke dinding...

    sekian shj dr saye..hihi

    ReplyDelete

Terima kasih di atas semua komen-komen yang diberikan. Kehadiran anda semua di sini sangat-sangat saya hargai. Saya akan cuba yang terbaik untuk membalas dan meraikan setiap kunjungan anda, dan mohon maaf sekiranya ada sebarang kekurangan ^^,