Pehabaq semua? Puasa dak hari ni? Dah nak hujung-hujung Ramadan ni...mudah-mudahan kita berjaya lulus cemerlang dalam 'sekolah' tahun ni yek...
Ada yang tengah sibuk buat persiapan raya tahun ni? Ada yang tengah pening tak cemana nak uruskan duit untuk sedekah Ramadan nanti? Oklah, kita panggil sedekah Ramadan instead of duit raya ekk...Sejak tahun lepas, kami cuba amalkan bagi duit raya di bulan Ramadan sebab nak kejar pahala sedekah berlipat kali ganda bulan Ramadan.
Contohnya, tahun ni raya kampung suami, jadi bagi duit raya untuk keluarga belah isteri awallah iaitu sebelum raya...begitu.
Saja nak buat camtu...tak ada sesuatu apapun sangat...cuma nak rebut pahala lebih je...;)
Setiap tahun pening jugak nak urus duit-duit raya ni tau...Bukan pening apa, pening nak kira berapa keping nak ditukar kat bank, berapa nak masuk dalam sampul, berapa sampul diperlukan dan macam-macam kepeningan lagi. Sebab semua main conteng atas kertas je. Dah kata ada organizing OCD kan, maka hal macam ni pun sibuk nak organize jugak...
Saya guna templat kat bawah ni untuk urus duit raya tahun ni. Lepas menconteng-conteng atas kertas hari tu, terus mari idea untuk buat templat ni untuk memudahkan kerja-kerja tahun hadapan (in syaa Allah).
Bukanlah nak pergi tunjuk pulak kat semua orang value-value kat sini. Cuma memudahkan urusan documentation dan memudahkan urusan nak gi tukar duit kat bank. Nanti dah dapat slip dari bank tu, staplekan kat kertas ni dan masukkan dalam Family Binder. Tahun depan nak rujuk balik pun dah senang...
Bilangan sampul yang diperlukan bolehlah dicatit kat ruang 'Notes/Remarks' tu ya. Kut tak cukup sampul, bolehlah gi kedai beli untuk cukupkan. Kadang-kadang kan bank bagi sikiiit je sampul kan.
Selain tu, saya akan perincikan lagi templat ni kepada tiga bahagian iaitu (untuk saya sendirilah):
1. Paling utama
2. Utama
3. Lain-lain
Untuk 'Paling Utama' tu nak diberi kepada ibu bapa, adik beradik, atuk nenek, anak-anak buah dan sewaktu dengannya.
Bahagian 'Utama' pulak untuk saudara yang juga penting tetapi agak jauhlah sikit hubungannya berbanding ibu bapa semua tu kan. Bahagikan macam ni sebab senang nak tambah kemudian hari kalau bertambah bilangan ahli keluarga. Kadang-kadang ada waktu kita tak jumpa pun saudara-mara ni, tapi siap-siap prepare je. Kalau jumpa takyah kalut, terus bagi sampul ni. Gituuu...
Yang 'Lain-lain' pulak untuk sampul extra. Bahagian ni biasanya saya lebihkan note RM 10, RM 5 dan RM 1. Contohnya orang datang rumah ke kan, mesti nak hulur sikit-sikit kan...Jadi, duit ni lah yang akan digunakan.
Kalau nak tengok contoh penggunaan, boleh tengok yang saya punya, macam kat bawah ni...
Lepas dah isi semua ni, bawak slip yang bawah sekali tu ke bank. Balik rumah nanti rujuk kertas ni balik untuk masukkan duit dalam sampul pulak. Sampul-sampul tu nanti masukkan dalam handbag dan buat partition ikut tiga bahagian tadi - paling utama, utama dan lain-lain.
Cara susunatur sampul dalam handbag belum disiapkan lagi. Biasanya kalau ikut tahun-tahun lepas, saya akan ikatkan satu gulung kertas yang ada nama dan value dalam sampul untuk sampul-sampul tu. Jadi, senang nanti nak bagi kan, idok terbukak-bukak nak tengok sampul ni untuk berapa ringgit, sampul tu berapa ringgit.
Tapi, itu cara tahun lepas. Macam leceh jugak nak buat gulung-gulung kertas tu...tahun ni belum terfikir lagi idea yang lebih praktikal...harus difikirkan ni...Ada sesapa yang nak kongsi idea? Cemana korang siapkan duit raya ni semua...selalu penim macam akak tak? Jom kongsi-kongsi cerita...=)
p/s Kalau ada yang nak guna templat ni, seperti biasa download saja di 'Koleksi Boleh Cetak' yek...
kenapala aku tak kenal kau dulu mek. masa makcik pegang duit sendiri. skrg ni aku bg je ikut rasa hati. tgk apa yg ada dlm beg...hahaa. tahun ni suami aku je la yg sedekah.
ReplyDeletehahah ok jugak tu..pahala share ngan bininya sekali tu..jgn wiso...;)
Deleteawesome. nanie terfikir nak buat entry pasal duit raya. hehe
ReplyDeletetapi idea akak ni bernas gak ni.. anyway salam perkenalan.. 1st time komen :)
salam kenal nanie..ceciter jugak..blh update idea2 baru..
DeleteIni mmg betul2 planner of the year. Senang time nak tukar duit.
ReplyDeletecdgnya begitu kak..tiap tahun asek srabut je..kli ni buat molek skek...;)
DeleteBguslah fizah :) Sebelum ni pkai congak jer..hehhehehehee
ReplyDeletehehe..gempaknya main congak je...! =)
Deletewah...ini sudah cukup bagus! tq for sharing!
ReplyDeleteyeahh..lama tak borak ngn jaja..;)
DeleteCAMNE NAK bagi-bagikan sampul ikut nilai ye?
ReplyDeletecara saya praktikkan...
bezakan ikut kaler...
RM50 = sampul biru
RM20 = sampul oren
RM10 = sampul merah
RM5 = sampul purple
RM1 = sampul hikau
sy susun ikut org yg nk diberi..cth utk ahli keluarga terdekat dalam satu grup, then bhgn kedua satu grup, bhgn ketiga (extra) satu grup..kiranya bukan susun ikut value..tapi kat bhgn extra mmg kena susun ikut value sbb belum tahu akan bagi pada siapa..
Deletep/s td pergi bank..lupa pulak ada note rm20..lepas tu pergi bank ni, duit dah habis, pergi bank ni, cakap esok baru duit baru sampai, pergi bank ni, ada limit pulak..wahh mcm2 hal..lom setel2 lagi kesudahannya...haihh
Wahhh.. Dah tukar duit yek fizah... Untuk tagun ni saya belum prepare apa2 pun..cuma baru pikir2 berapa orang dah anak2 buah taon ni...
ReplyDeleteHihihi..
Mungkin minggu ni jugak kene settle kan duit raya ni... Kalo lambat abes lak kan duit2 baru...
entah bagus ke idak gi awal ni diana...sebab td gi bank katanya ada limit blh tukar..rm300 jek..jadi esok kena mai lagi..pastu, ada pulak bank yg duit dah habis, ada yg belum sampai duit baru..ada yg suh datang 30hb..ades...sama je prepare awal pun, mari-mari ke bank..tergendala jugakkk...baru igt nak masuk sampul dah hari ni..tak menjadik nampaknya..hehe
Deletedulu masa kecik sikit punya happy nk beraya....coz money always coming in...
ReplyDeletetp skrg bila da jd parents ni, kita lak pening kalau nk beraya...huhu...
tips dari fizah ni very usefull! blh di praktikkan nie.... :)
haah kan..masa kita plak utk memberi..hee
ReplyDeletesila2 gunakan..kita nk gi terjah bank lagi ni..
betul tu sistematik sikit...ni tiap2 nak tulis ada penambahan anak sedara sume tu...mesti bajet meningkat tapi tak perasan kan...
ReplyDeleteNak raya umah fizah la...nak wit ghayer...
ehehe..kena buat satu bahagian khas ni..'duit raya utk rakan blogger'...kikiki ;p
Deletemaila umah yek..kat melaka je..tak jauhh...;)
melaka..jauhnye fizah..hihi..takpe kalau kitorang gi melaka nanti nak singgah boleh la ye..hehe..kat mane tu melaka?
ReplyDeletep/s: lom tukar duit raya lagi..hukhuk..
durian tunggal, dekat ngn tol ayer keroh..dlm 5 min gitu..hah,, dtg mlk kabor ye..hehe..cpt2 gi bank...;)
Deleteselalu pun pening fizah oii, tapi hentam sajalah.
ReplyDeleteSelalu sampul raya ikut note duit dalam tu.
dah tau sampul my company kerja nilainya berapa2 n utk sapa.
Sampul lain macam sampul raya bank ABC , nilainya rm x utk sapa2 laaa.
So tak pening sangat kot bab tu.
CUma masa nak kira.. "berapa jumlah eh anak sedara aku.."ha tu ada pening sket hahahaha...
haha..itula, nk pikir mana yg bertambah ahli kuarge pulak kan..heee itu semua kepeningan tu..;p
DeleteAlamak entry patut keluar awal lagi. Duit raya pun dah siap bersampul. Tunggu tahun depan kita cuba...
ReplyDeleteamboii cepatnyaa...hee..kita baru terhegeh tu yg baru kuaq entri tu...ceciter cara nas pulak..;)
DeleteCepat kak up pasal cara buat partition dlm beg tu...deadline dekat sgt dah ni...haha..gelabah tiba2 mikirkan henbeg yg bercampur2 dgn envelop utk kasi org dgn envelop yg ank2 dpt...haip2..
ReplyDeletehee...awak komen terus akak taip new entri..;p
Delete