Pages

Friday, June 21, 2013

Label Baju Anak Yang Digantung Dan Sedikit Makeover Raga Kecil

Assalamualaikum wbt dan salam Jumaat semua =)

Kita sambung cerita almari baju anak-anak saya ya...kita kongsi-kongsi idea, mana elok tu bolehlah guna sesama kan...

Kalau kita peratikan entri ni, dekat point nombor 6 iaitu:

"Gantungkan baju-baju sukar dilipat seperti sweater, dress, baju kurung dan blouse/t-shirt menggunakan hanger saiz kecil."

...saya ceritakan kat entri ni point tu.

Bawah ni gambar keadaan almari untuk gantung baju. Laci bawah tu letaknya baju-baju berlipat seperti entri sebelum ni.

Mula-mula kita tengok kat bakul merah tu dulu...Bakul tu untuk letak stokin dan bib anak-anak. Eh, sebenarnya yang pakai bib hanya Ahmad Zuhair je...tapi biasanya kakak-kakak nak join sekaki.

Bahan-bahan untuk makeover sikit bakul ni. Saya tak pandai menjahit, kalu tak mesti dah carik fabrik cun-cun...huhu...maka kita guna kertas pembalut hadiah macam biasa ok...

Hasil keras tangan. 

Nampak je simple tapi punyalah renyah nak buat pasal nak gunting sana gunting sini. Saja buat, sekali sekala. Tak wajib punnn...;-)

Ni pulak bahagian untuk point nombor 6 tu. Baju memang dah digantung asing-asing ikut kategori tapi kekurangan sesuatu iaitu...LABEL!

Jadi, kita cari bahan-bahan yang diperlukan untuk labelkan...

Label untuk kategori baju yang digantung....

Templat saya cari online je, sangat tergoda dengan corak polka dot dan stripes tu...edit sikit-sikit, print, gunting, tampal atas kertas kotak tak pakai, gamkan dan gunting sekali lagi untuk hasil akhir...

Ingat nak laminate tapi takde mesinnya...nak hantar kedai macam tak berbaloi pulak...Jadi cukup sekadar itu...

Tak susah pun proses penyediaannya cuma leceh sikit nak gunting bulat tengah tu...take your time peeps, perlu ada sikiiit sabar...hehe

Berbaloi tak SABAR tadi?

hehe...i LIKE!~

^___^





Sebelum dan selepas...

Ada dua mini projek je iaitu makeover kotak merah dan label. Tak nampak sangat pun beza gambar ni kan...tapi OCD jugakkk...maka letak jelahhh...layankan ;-)

(Nota: OCD is Obsessive-compulsive disorder)

Sebenarnya, kalau tak label pun bukanlah masalah besar pun...cuma kalau ada label, somehow kita akan JIMAT sedikit masa untuk mencari baju yang diinginkan...tapi sedikit masa yang dijimatkan tu really significant untuk mereka yang nak serba nak CEPAT...terutama pagi-pagi nak berkejaran ke tempat kerja atau hantar anak ke sekolah.

Ada banyak lagi cara lain nak label dan ada banyak kategori nak dilabelkan. Dalam kes saya ni cuma ada 4 kategori baju je perlu dilabelkan. 

Anak-anak saya tak ada begitu banyak baju. Jaranggg sangat beli baju kecuali ada hari-hari besar untuk diraikan seperti Aidilfitri, Ramadan, birthday sebegitu...

Ada yang labelkan mengikut hari iaitu baju hari Isnin, Selasa dan seterusnya...

Dan ada juga yang label mengikut saiz baju contohnya kategori 0-3 bulan, 3-6 bulan dan seterusnya. Ikut masing-masing. 

Macam saya, selagi baju muat, elok dan boleh pakai, tak kisah umur berapa...pakaikan je. 

Jimattt...


Ingat nak label jugak untuk almari baju kami suami isteri...sebab cara ni bila diapply kat almari anak-anak memang sangat membantu...=)

Ada sesiapa label-label junkie macam saya jugak? Jom kongsi-kongsi cerita...

 photo footer.png

44 comments:

  1. rajinnya buat label, sy kalau sidai x buat.. yg dekat box tu buat.. sebab senang nak amik baju .. kalau mintak tolong kat hubby hihihi.. jadi takdalah dia bukak semua laci..

    ReplyDelete
    Replies
    1. label somehow mmg a great helper..little things that can make a BIG differernce.. =)

      Delete
  2. Akak pon berhajat nak buat divider tu tapi belum rajin, baju anak2 akak kan share satu almari, kalo tak buat divider, adik pakai baju abang, abang pakai baju adik. Bakul merah tu pon banyak, dulu2 en suami byk dapat hamper, tu sbb banyak bakul, nak makeover juga. Kain pon banyak, akak beli kain perca murah2, rajin je yg tak banyak..haha apa punya ayat daa. Byk sgt nak buat last2 satu pon tak buat..huhu

    ReplyDelete
  3. cantik dan kemas! sukerrr tengok :-)organizing drawer yang bunga-bunga tu letak apa ya dalamnya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada napkin dan toiletries yg dpt hadiah masa baru bersalin hari tu...=)

      Delete
  4. Salam perkenalan...
    creativenya...nak follow gak r...

    Nak mintak tolong dan jasa baik like link ni ye for my baby contest https://www.facebook.com/photo.php?fbid=10151421774681619&set=a.10151421189976619.1073741840.314616751618&type=3&src=https%3A%2F%2Ffbcdn-sphotos-a-a.akamaihd.net%2Fhphotos-ak-ash3%2F184551_10151421774681619_1934747178_n.jpg&size=720%2C960

    Regards;
    http://blurplediary.blogspot.com/

    ReplyDelete
  5. Bila pulak turn saya nak mula susun almari kakak nih ....

    ReplyDelete
  6. fizah, kemas n cantek..suke, bunga2 siap :)
    mane ye nak carik template polka dot comel tu? bole bagi link tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. alemak kita pun tak igt laa dear..rasanya blog obersi tp mcm etsy shop dioranng..tah cemana plak kita nk beli kan so kita edit sndirik..rasanya main google je rituh tp takpe...amek je templat yg fzh da wat...ada bubuh kat page koleksi boleh cetak..hope helps!! =)

      Delete
  7. kalau boleh semua sudut & setiap inci rumah nak kemas jek. tenang fikiran

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg betul tu!! tp time bersepah tu bersepah jugakkk....hihihii..kgkadang mood M menjelma kan... ;)

      Delete
  8. su peminat label label ni..hihi
    tadi dah berangan kat hasben nak beli printer..hehehe

    ReplyDelete
  9. menarik..suka..suka..suka

    mula2 pun nk wat cmni - bulat, lubang kat tgh, pstu sbb terjumpa wrapping paper comel terus tukar buat DIY suka2 sdiri punya template

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi tetap diy kan...yg penting jimatttt...;)

      Delete
  10. Big WOW....
    menariknye idea kak fizah ni...sayangnye buang kotak2 ritu.. =(

    ReplyDelete
  11. kretip dan sangat kemas ok!! heheh suka tengok :)

    ReplyDelete
  12. Cantikla label utk gantung bj tu.., tiru ek.. hihi..
    Utk bj sekolah keb, bj kafa, bj sukan, bj melayu hero2 makcik..hihi

    ReplyDelete
  13. They look fantastic! So happy you were able to find some inspiration. Thank you for sharing!

    xo,
    Jen

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh my!! you are so humble to drop by here jen!! thank you SO MUCH!! even i wrote this entry using my national language but picture speaks better right? again, thank you so much and keep sharing your organizing genes to us!! =) (i cannot find any smiley icon to suits my big grinning now...hehehe)

      Delete
  14. Oh...nanges tgk label tu..cantek! :-) bakul merah tu pun lepas dah transform tu mcm sesuai je dgn laci yg bahagian ats belah kanan tu..corak lebih kurang,dah mcm 1 set ;) errr...label baju tu mcm helpful je kan kalau nak train ank2 (atau suami) susun baju sendiri..hehe..
    Buat byk2 label tu jual kat kedai sioca kompem ramai order ni kak...hihi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha sufi..label tu mmg really a big help yg nmpk kecik tp sgt signifikan! sng je buat dear,,malu jek ahkak nk wak jual....muehehee

      Delete
  15. Psssttt...psssttt...mek,
    Pe kata ko tlg buat kat almari aku. Kihkihkih! Aku ni mek dpt lipat baju sebakul tu dh bersyukur. Tgk almari dgn baju berlipat kemas aku dh lega. Tgk ko rajin sampai melabel ni, aish! Mungkin aku rajin tang benda lain kot...art, baking, novel. Muahahaa. But, ko mmg terbaik dear.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe cannot compare your soft hand (tangan lembut??) muehehe...quilling art? you farrr better then me!! =D

      p/s kad raya satu tahun ni...!! buatan tangan cha!! ;p

      Delete
  16. sgt cantik, kemas & menarik.. kagum okeh.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. simple dimple je dear..print2, gunting2, tampal2...macam kelas pendidikan seni kecik2 dolu...jom kita!! ;p

      Delete
  17. comel nya labelling tu...nak jugak!

    ReplyDelete
  18. sungguhlah rajin..lya nak buat tp blum ade mase..huhu..jeles cmni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. huhu akk memahaminya..skrg dilema masa jgk..lum sempat update pape..malas sekadar letak gmbr..rasa tak sewonok tak dpt bebel..hihi

      Delete
  19. cantik sangat & kemas... suka. boleh buat mcm nie jugak nanti =)

    ReplyDelete
  20. kreatifnya. jom follow saya di http://ddiamondvitshop.blogspot.com

    ReplyDelete

Terima kasih di atas semua komen-komen yang diberikan. Kehadiran anda semua di sini sangat-sangat saya hargai. Saya akan cuba yang terbaik untuk membalas dan meraikan setiap kunjungan anda, dan mohon maaf sekiranya ada sebarang kekurangan ^^,