Hari ni cikgu nak ajar aktiviti keras tangan ala sioca, ya murid-murid semua...
Memandangkan sekarang musim berjimat-cermat, maka ada baiknya kita cost down apa yang patut termasuklah dalam hal menyusunatur rumah.
Merujuk gambar di bawah:
Peta dunia dalam kotak garis-garis tu dah lama dah cikgu beli. Sekitar tahun 2012.
Eh, tak lama mana rupanya, setahun lepas je. huhu
Beli guna baucar buku, memandangkan cikgu ni pelajar jugak...
Sebelum ni, di rumah sewa lama, cikgu hanya tampalkan ke dinding guna double tape saja. Asek-asek jatuh sebab kad tu licin agaknya.
Tiap-tiap pagi rutin cikgu mengutip peta dunia ni yang dah tersadai kat lantai.
Bosan jugak buat benda yang sama setiap hari.
Maka, di rumah kami ni, cikgu terkeluar mentol dari kepala untuk gunakan medium kertas kotak sebelum digantungkan ke dinding.
Tapi, sebenarnya perlu ke gantung peta dunia ni kat rumah ek?
Ah-ha! Soalan yang bagus!
Sebenarnya, cikgu suka tengok negara orang, lepas tu cikgu suka refer pada map ni supaya tahulah oh negara ni kat sini, negara ni kat sini. Begitulah rasa hati cikgu - sama serupa dengan sayangnya cikgu pada subjek Geografi masa kecik-kecik dulu.
Keduanya, cikgu pun nak anak-anak cikgu ada rasa keinginan untuk merantau merentasi sempadan negara, mencari hikmah ayat Al-Quran di Surah Ar-Rum ayat 41-42.
“Telah tampak kerusakan di darat dan di laut disebabkan perbuatan manusia, supaya Allah merasakan kepada mereka sebagian dari (akibat) perbuatan mereka, agar mereka kembali (ke jalan yang benar). Katakanlah : Adakanlah perjalanan di muka bumi dan perlihatkanlah bagaimana kesudahan orang-orang yang dulu. Kebanyakan dari mereka itu adalah orang-orang yang mempersekutukan (Allah).”
Jauh perjalanan, luas pemandangan...tak gitu?
Baik, sekarang kita pergi kepada bahan yang diperlukan untuk membingkaikan peta ni ok.
Tiada dalam gambar, kertas kotak yang merupakan bahan terpenting aktiviti ini.
Amek je kotak mana-mana yang dah tak pakai, guntingkan supaya jadi rata ya.
Lepas tu, tampalkan peta tu pada kotak menggunakan double tape.
Ambil pita pengukur dan tandakan dengan teliti bahagian untuk dilubangkan bagi menggantung peta ini di dinding.
Punchkan dan...
Sedia untuk digantung!
Punchkan dan...
Sedia untuk digantung!
Ta-daa!
Hasil yang bagus dengan bajet yang sedikit bukan? Bolehlah digantungkan ke dinding ruang keluarga cikgu yang K.E.C.I.L itu.
Apa pendapat murid-murid kesayangan sekalian?
Dengan kos yang murah, kita dapat hasilkan efek bingkai gambar pada peta ni, kan seronok?
p/s boleh apply kpli dak cikgu nih? kikiki ;p
29 comments:
cantik.. mmg jimat...
idea yang bernas...
siap ada world map lagi tue....bercita2 nk merantau jauh yea....
kalau rajin semua benda boleh buat. Bagus2....sy suka cikgu...
menarik.. boleh apply tuk board ABC,123 anak nanti =)
good idea...boleh tiru ni. sy pn tgh tercari2 cara nk buat frame.tq
wah! cikgu2, ianya sgt menarik, simple dan mmg ekonomi. sy suka2.
aku pun suka peta dunia Fizah, tah la...x tau ngapenya...seronok nak tgk. dulu, ada juga minta kat big bos peta dunia sebesar dinding dlm bilik dia, sebagai kenangan...cpt je jari telunjuk dia naik, no-no-no katanya. hehe.
Alolo...kretipnye...jimat da duit beli frame..Tau2 jela, lagi besar size frame, lagi mahal..harus tiru ni...hehe
yes terbaikla chekgu..:)
bole apply..
kretip! nampak cantik kan bl dh gantung..
tq yana!
jomm try!
ah-ha..niat ada..belum tertunai je..hihi
bagus anak murid ni ;p
yup blh..byk kadbod cam gini..share nnti huda! cikgu nk cek! ekeke
yeahhh mari tiru!!
muehehehe..cuba ko guna teknik bisikan ala mamalynd..harus menjadi!! ;D
rajin dan kreatip la cikgu!
ahaha haruslah adik syg...meh tiru meh..! ini tiru yg cikgu benarkan!! =p
kikiki jadik kan? kan?
jimat kekdahnya ciknaa =D
hihi bila ada sesuatu yg mendesak, maka kita pun akan cuba berfikir di luar kotak! <--- versi cikgu BM plakk ;p
kreatif.. nampak lebih cantik & menarik bila dibingkaikan peta tuh.. :)
maceh dear..=)
wah, kreatif.... saya pun suka tgk peta dunia masa kecil2 dulu walaupun tak berapa minat geografi... hihii
betul, jauh berjalan luas pandangan :D
eheh..malu i..;p
nur da jauh menjelajah..sy mesia pun belum habis kunjung...hihi
salam cekgu...nak tanya mana nak beli peta donia tu, dan harga sekali...tq :)
kat kedai2 buku byk dear..kat tesco pun ada rasanya..sekita rm7-8 gitu tak? tak brp igt pasal kita guna baucar buku...;-)
hehe tq for the info....nampak no tak jelajah habis kedai buku kan...takpe....pasni kena terjah...
Post a Comment