Pages

Thursday, April 18, 2013

Kemas Beg Travelling

Salam semua sayang-sayangku!

Agak sibuk 2-3 hari ni, sebab ikut hubby gi conference kat UTM. Ahad dah gerak, tapi pit-stop ke Kluang dulu - nak jumpa kawan-kawan lama dan ibu angkat Adni (yang jaga Adni masa ibu sibuk buat tesis Master dulu). Isnin gerak ke rumah abang saya di Taman U, Skudai. Selasa, hubby present. Lepas tu, kami check-in Rose Cottage Hotel (RM 68 semalam). Dulu pernah duduk hotel ni, masa tu saya yang hadiri conference. Ada cerita kat S.I.N.I. Malam tu gi rumah pak sedara hubby pulak. Tapi tak tidurlah sebab tidur kat hotel kan. Rabu gerak ke Melaka.

{Penatlah nak study, buat blog dulu. Haha, boley?}
{okeyyy gurau je...ini ada scheduled entry! Tulis masa kat Rose Cottage Hotel, pakai wifi diorang}
{nak kena 'basuh'-asek tulis blog sampai lupa study???!}

Before that, saya nak minta sejuta kemaafan daripada semua sebab telah membanjiri bloglist anda dengan entri-entri lama saya tentang organizing. Al-kisahnya, semua entri pasal organizing saya mula tulis seawal tahun 2012. Tapi, masa tu takde terfikir nak buat blog khas. Lepas tu macam banyak pulak idea cerita pasal organizing ni, sampai rasa pelu asingkan dari blog peribadi.

Maka ter-beranak-lah susunatursioca ni ;)

Entri-entri lama semua saya pindah ke blog ni guna tools Import/Export. Kalau tak guna cara ni, nanti komen-komen semua tak dapat disedut ke sini. Sayanglahhh....

Saya pulak seorang yang sangat suka dan sangat menghargai komen kawan-kawan, kalau boleh nak reply satu-satu...Kalau tak reply, rasa macam tak hargai tetamu je, kecualilah sibuk kan (atau komen terlampau banyak atau komen yang memang tak perlukan jawapan atau...Ok, berapa banyak atau daaa...)

Kesimpulannya kalau tak dapat sedut komen-komen tu, sayanglahhh...

Itu sebab, masa proses publish semua entri yang dah diimport tu, flooded lah orang lain punya bloglist dengan entri-entri saya. Minta maaf, ya!

Tapi sedih jugak, sebab dekat tools LinkWithin pulak, entri-entri yang disedut ni tak dapat dipaparkan. So, kalau nak tengok entri lama tu, kenalah tengok kat tahun 2012 k.

Ok, kali ni saya nak cerita tentang susunatur dalam beg untuk short-travelling (2-4 days).

Nak tengok apa yang saya gunakan untuk travelling masa anak pertama dan kedua dulu? Klik S.I.N.I! =)

Sekarang kami pakai satu beg ni je untuk pack baju-baju kami.


Mari mulakan!

Lipat baju ayah dulu. Lebih kurang untuk kegunaan 4 hari 3 malam ya!..

Ada seluar, baju dan kain pelikat. Letak dalam beg.

Beralih ke baju ibu.

Ada seluar, baju labuh bf-friendly, baju kurung, jubah dan baju tidur. Letak dalam beg. Separuh beg dah penuh.

Beralih pula kepada baju anak3 {bak tulis ch@}

Ini baju Adni & Alya.

Saya suka packingkan (oh my english!) baju diorang sepasang sama. Senang nak susun dan cari! Dan tips saya susun baju diorang adalah, bayangkan hari kejadian perjalanan dan susun baju ikut tentatif program.

Macam dalam gambar kat atas tu, baju warna biru seluar belang-belang tu yang paling awal akan digunakan. Means, sampai je ke persinggahan pertama, kan nak tukar baju budak kan, so baju inilah yang pertama dipakaikan. Hubby nak uruskan pun senang, tapi MUST EXPLAIN first pada hubby, kalau tak memanjang tanya baju mana nak pakai...HEHE!

Letak dalam beg secara mengiring. Senang nak tengok dan ambil. Kalau ikutkan saya lebih prefer letak meninggi tapi nanti tak muat. Kalau teknik gulung-gulung baju tu pulak saya tak berapa nak minat. Jadi, mengiring paling afdhol.

Ini baju Ahmad Zuhair.

Baju baby Zuhair pulak saya bawak lebih sebab baby biasa terpee/poo secara sesuka-hati kan. Jadi saya bawak 3 pasang baju-lengan-panjang-seluar-panjang, 3 pasang baju-lengan-pendek-seluar-panjang, 3 pasang baju-lengan-pendek-seluar-pendek dan 3 helai romper.

Susun-susun dan ...

... letak dalam beg. Ok, up to here, hampir penuh dah beg ni kan. Masih banyak lagi tak isi ni. What's the trick? Hah, let's move on!
Bawah stokin panjang tu segala macam yang kecik-kecik macam towel kecik ke, stokin ke, tali pinggang ke, tie ke dan lain-lain sewaktu dengannya. Stokin tu saja letak camtu, takkan nak tunjuk semua pulak kan. ;)

Lepas tu, atas semua pakaian tu tadi, letakkan tuala, telekung, beg toiletries, beg bersiap dan Al-Quran terjemahan.

Sedikit ruang yang ada di bahagian paling atas beg (apabila beg didirikan), letakkan tudung yang dah disiap digulung. Sebab apa letak atas? Supaya tak kemek kepalanya dihempap pakaian lain.

Atas beg bersiap, letakkan satu beg kosong untuk letak pakaian kotor.
{perjalanan kali ni, kami hantar baju kotor ke dobi - kena RM 12.60 untuk 4 kilo setengah}


Baju kotor yang tak sempat didobi...


Beg toiletries dari Cosway dan beg bersiap yang mengisi segala keperluan seperti sikat, deodoren, minyak rambut, minyak wangi, cotton bud, getah rambut, brooch dan apa-apa juga yang dirasakan perlu.

Ok, di mana saya letakkan pampers Alya dan Ahmad Zuhair? Sebelum ni saya letak sekali dalam beg ni, tapi sebab terlalu padat - newborn kan banyak pakai pampers...so solutionnya...

One another bag!

Beg ni menempatkan pampers Alya 10 keping dan Ahmad Zuhair 15 keping.



Selain tu, ada baju ganti anak-anak sorang sepasang. 

Baju ganti perlu sebab beg besar letak dalam bonet. Kalau ada apa-apa emergency nak tukar baju anak-anak, terus capai beg pink ni. Dan kalau nak pergi mana-mana semasa dah tiba ke destinasi, beg ni boleh dibawa sebagai beg baju ganti anak-anak.

Apa lagi ada dalam beg ni?

Kami letakkan bekal makanan ringan, botol air dan perkakasan mengecas bateri.

Now, the last part...!

Beg susu Alya (Adni dah kurang minum susu dan Zuhair fully BF!).

Kami gunakan beg kulit keras. Senang supaya ianya terletak. Tak jatuh-jatuh.

Barang-barang yang ada dalam beg ni. Peralatan buat susu dan basuh botol.

That's ALL!


Now...we are done! 

Ready. Set. And... Go!!!

{Gigih amek gambar satu persatu ni...pheww!}

Wanna share your tips, peeps?

Lemme know!

Really want to know how you do your way for travelling? Maybe I can improve mine!


p/s Ini susunatur untuk anak tiga orang, kalau tambah lagi, bawak lemari terus! Kikiki

 photo footer.png

19 comments:

  1. wah, gigih snap gambo sesatu..bagus2, tips yg sgt best.akk ber5 pon boleh 1 beg aje, huish kalo sy sorang 1 beg.hihi..
    mmg mencari idea utk pack travelling bag ni, nk g holiday senang.

    ReplyDelete
  2. nnt boleh tiru..
    huhuu..

    p/s - alya belum diapers free ek??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alemak belom laa lea..igt nk gerak skali ngan taska..tp taska suh tunggu sbb tgh train dak lain..nti dah tu da graduate, baru lah turn alya...

      Delete
  3. teringat kalo travel mmg aku laa yg menyusun baju.kalo suruh hubby mesti ayatnye,TAK MUAT LAAA!!can you imagine cane die susun?:P..tp takpela.at least ku tahu aku masih diperlukan oleh my hubby!!;)and my care susun baju pon same as yours cuma beg kitorang besar giler. so kalo pegi 1 or hari pon mmg guna beg tu. kalo org tgk mcm ade letak mayat.heheh..senang semua letak dalam tu.but i like your style yg mengiringkan baju budak2 tuh. bole guna tips nih utk beg kecik sket!!selame nih meninggi je sebab beg aku kan besar.so ruangnya byk. part dobi, aku selalu kalo nk mendobi(kes takde air) pegi kdai dobi umah mak aku...sekilo rm1 jer!!!cuma ade surcharge rm2. mcm cth 4kg=rm4+rm2...so rm6 la.murah kan?dahlaa waaaannnnggiii~!!!!

    p/s:komen aku selalu panjang..nyampah tak?:(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha...aku plg suke komen dri ko...lengkap! Heee

      btw..murahnyaaaa dobi tempat mu...separuh dri harga area skudai ni...! Untung kan bukak bisnes dobi...(tetibe)

      Delete
  4. lebih kurang la style saya mengemas bila travel. cuma beg baju saya guna yang paling besar so ble sumbat baju anak sekali dalam tu termasuk pampers dan barang2 baby sume. but tambah lagi beg perkakasan makanan anak. 4 bags are minimum. biasanya 5 bags (yeah plus bag laptop kan). hubby bising balik travel 2,3 hari pun sampai 5 bags.huhu..

    ReplyDelete
  5. lupa..selamat berkenalan. feel free to visit my blog. tapi takde cerita kemas2 kot.huhu.. http://sayepunyebelog.blogspot.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kenal nadt..jomlah share2 citer psl kemas rumah..mana tahu blh bantu sesama kita utk baiti jannati...aiwah!

      Delete
  6. Huaaa. Makcik memang stress bila nak packing baju kami anak beranak.
    Instead off bag aku lebih suke bawak bekas / tong 4 segi yang ada penutup tu.
    Senang nak susun n nak cari barang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Macam kat entri siocakecil aku ke...aku suke jgk kekdah tu cuma jenuh nak angkut kalu hotel/tempat menginap jauh dari parking..kalu beg roda ni tarik je...my seposen! ;)

      Delete
  7. perkara paling kita tak suka packing baju, letih gila walhal hendak pergian tu satu hari satu mlm saja.
    1h1mlm bawa bagasi mcm Fizah tu, sumbat semuanya. Kecuali keperluan susu. Baju spare dlm beg susu sekali. Melebihi 3h atau seminggu, bagasi besar pun sama sumbat semuanya, susunan baju lebih kurang Fizah, janji masuk. Pampers je bwk stengah beg drypers tu, hahaaa...mls nak keluarkan. Sebab kat rumah guna ClothDiapers. Beg susu tetap sama, sekalikan dengan baju spare, hahaa. kita lbh suka simple dan mudah di bawa. pasal, kalau bercuti balik tu harus beg beranak pinak. hehee.

    ReplyDelete
  8. iyelah cha kan..blk bercuti, beranak-pinak beg shopping..iya dok? hihi...oh! cloth-diapering-mommy ke? S.A.L.U.T.E!!

    ReplyDelete
  9. Akak, wani nk tny lah..
    Toiletries bag yg color hitam tu dari cosway ke?
    Brp ye harganya?
    Tgh mencari ni..

    Tq :)

    ReplyDelete
  10. assalam.. sy mau masuk link yg lama xdpt permission denied.. tp sy mau baca.. huhuuh

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm wbt...blog personal sy tu lama dah sy tutup sbb cuma update di sini shj..hehe..

      Delete
  11. assalam kak fizah yg rajin;)
    sy nak minta idea semane nk susun beg2 travel kt rumah..rumah flat..sy ade 5-6 beg travel.aduhaiii tataw cemane nk susun kasik jimat ruang dan tak serabut serabai pandangan mata...kalo tak bebel sensorang aje kejenye -_-

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm wbt, nti akk share bila kelapangan..tp akk pun buh tepi2 rak je..cuma warna beg seragam kot tu yg nmpk kemas sket..

      Delete

Terima kasih di atas semua komen-komen yang diberikan. Kehadiran anda semua di sini sangat-sangat saya hargai. Saya akan cuba yang terbaik untuk membalas dan meraikan setiap kunjungan anda, dan mohon maaf sekiranya ada sebarang kekurangan ^^,