Pages

Thursday, April 4, 2013

Boleh Ke Tukar Counter Top Kitchen Cabinet Yang Dah Retak?

Assalamualaikum semua . . .

*PEMBETULAN: Counter top saya yang retak tu marble sebenarnya, bukan granite. Mohon maaf atas kesulitan.*

Mintak maaflah, hari ni nak cerita pasal dapur lagi. Banyak-banyak tempat kat rumah ni, memang dapurlah antara kawasan yang sentiasa perlu diperbaiki dan dikemas, sebab digunakan setiap hari.

Kali ni saya nak cerita pasal counter top saya . . .

Masa pasang kabinet dapur saya ni, kami dah pilih solid surface sebagai counter/work top. Tapi, kebetulan harga solid surface dengan granite yang ditawarkan adalah sama.

Mestilah kitorang pilih yang granite kan? Semua tahu, granite jauh lebih tahan berbanding solid surface. Tapi, biasanya harganya akan lebih mahal berbanding solid surface. Tapi, saya pun tak faham macamana kontraktor saya ni boleh bagi harga sama?

Granite tahan panas, tak mudah calar dan bentuknya elegan! Solid surface murah, tapi tak boleh bagi heat yang berterusan sebab akan mudah lemah daya tahan dirinya (oh ayat!) dan sangat mudah calar! Bentuknya hampir sama dengan granite cuma tak adalah nampak batu-batu shining macam batu granite tu. 

Kalau tak silap saya, granite ni batu betul dan dipotong ikut kesesuaian kabinet yang kita nak. Meanwhile solid surface pulak batu buatan. Pun boleh dibentuk ikut kesesuaian kabinet.

Walaupun masing-masing ada pro dan cons tersendiri, disebabkan harga yang SAMA, maka kami dah tentulah pilih granit sebagai pilihan counter top

Saya memang dari awal nak counter top warna putih. Selain menampakkan ruang dapur yang lebih luas, antara faktor lain ialah saya nak pecahkan warna gelap mendatar yang ditimbulkan oleh kabinet dapur bahagian bawah. {Badan kabinet bawah saya berwarna walnut gelap}

Biasanya kalau orang pilih granite sebagai counter top, mesti pilih warna hitam. Memang nampak elegan tapi it's just not make a perfect compliment dengan warna KC saya.

Panjang lebar pulak penerangan pasal counter top ni. 

Ok, sila tengok gambar di bawah. 


Ini adalah gambar counter top saya yang memakai granite berwarna putih. 

Ada dua perkara yang saya tak puas hati tentang counter top saya ni, iaitu pertama nampak sambungan/line di antara kepingan atas dan kepingan bawah top tu dan kedua, ada line warna oren di atas permukaan counter top saya ni. 

Kata kontraktor, warna oren tu memang keadaan asal batu, memang ada batu yang bertanda seperti ini {sedikit sedih di situ sebab dapat batu yang bertanda, tapi masih boleh redha...dah baru je pasang, kok tak redha, sedia jelah beberapa ribu lagi untuk tukar, which memang TAK la...huhu}

Saat berganti saat . . .

Minit berganti minit . . .

Jam berganti jam . . .

Hari berganti hari . . .

Bulan berganti bulan . . .

Tahun berganti tahun . . .

Akhirnya kesabaran sudah sampai ke hidung! Ngeee

Sebab apa? 

Sebab keadaan counter top saya semakin dahsyat!

Warna asli oren {bak kata kontraktor} tu adalah tanda-tanda batu itu akan retak. Disebabkan saya sangat percaya granite ini berdaya tahan tinggi, maka saya pun dengan selamba, tumbuk rencah masakan saya atas tu. 

Sekali . . . prakkk . . . retak sudah . . . seretak hatiku yang melihat ;(

Hihu

Dan masa suami nak pasang roller blind kat dapur, kena pijak sikit kat top ni . . . dan prakkk lagi . . . retak . . . seretak hatiku yang melihat. ;(

Cuba tengok gambar kat bawah ni . . . Spot the retak. You can see it crystally clear

Retak kat area working/preparation top

Retak kat area sinki

Saya memakai top ini dengan penuh sabar selama kurang lebih 2 tahun. 

Sedihnya tiap kali terpandang retak-retak ni.

Akhirnya, setelah berfikir panjang, saya suarakan pada suami untuk tukar counter top kami. Mula-mula memanglah encik suami tak bagi sebab ia melibatkan kos yang besar. Tapi, saya bagi sebab yang kukuh.

Iaitu body KC kami menggunakan material melamin dan bukan kayu solid maka di celah-celak retak itu, air akan masuk dan seterusnya menyebabkan body lama kelamaan akan kembang kena air dan luruh. {adoi, tak sanggup nak bayangkan}. 

Seriously, itulah yang paling merisaukan saya. Kalau setakat nak menahan mata yang tak suka tengok retak tu, saya masih boleh tapi nak bayangkan kos kerugian yang lebih besar sekiranya tak tukar counter top tu sekarang, memang amat sukar. Orang tak berduit camnilah . . . (tapi orang berduit pun tak boleh membazir tak tentu hala jugak kan hihu)

Jadi bincang punya bincang, cari punya cari . . . akhirnya dapatlah kami kontraktor yang boleh tukarkan counter top kami tu kepada yang lebih baik. Kali ni, kami pilih solid surface

Bukan tak mahu granite, tapi sebab lebih mahal. 

Jadi, lengkaplah aturan segiempat saya, kembali ke titik asal . . . solid surface. Hihu

Ok, sebelum tu, just to mention, kami memang dah pergi ke kontraktor asal KC saya ni. Dah tunjuk gambar yang retak tu pada dia. Tapi, dia kata dia tak boleh buat apa sebab yang pasang body memang dia, tapi yang pasang counter top orang lain. Which orang lain tu macam partnership dia la. 

Orang lain tu ada datang untuk betulkan top kami tu, tapi tahu dia buat camne? Dia just tampal tempat yang retak tu dengan sealar, which tak lama lepas tu retak la balik.

Suami malas nak bising. Saya pun dah letih nak ke Nilai lagi. Lagipun, entah alasan apa nak bagi untuk dia tukar top yang baru tanpa kami bayar apa-apa. Konon-konon sebab dia bagi granite yang batunya memang pada asalnya dah nak retak? Dahla masa tu tengah sarat mengandung. Jadi, carik jelah kontraktor lain...Ada hikmahnya tu...

But, at the end of the day...STILL keseluruhan harga setelah tukar counter top ini pun masih MURAH berbanding kedai-kedai kabinet dapur yang lain-lain yang kami survey. Alhamdulillah di situ =)

{Saya tak memburukkan prestasi kontraktor asal KC saya, cuma mungkin ini bahagian saya. Kebetulan diuji sebegini. Jiran dan abang ipar saya, guna kontraktor yang sama...selepas kami recommend dan diorang takde masalah pun, sebab awal-awal jiran dan abang ipar saya dah pesan suruh buat elok-elok. Jangan jadi macam saya. Kenapa diorang masih nak kontraktor yang ni? Sebab harganya jauh lebih MURAH berbanding kedai lain yang diorang survey. Memang betul pun. Kami pilih diorang ni pun sebab murah. Kan saya kata, lepas dah repair counter top pun harga keseluruhan masih murah berbanding kedai lain? Cuma untuk selepas ni, mungkin saya akan recommend kontraktor yang baru ni, Abang Azmi Kedel. Kalau nak senang, mintak je quotation dari dua-dua ni dan pilih yang terbaik!} 

Gambar-gambar bawah ni menunjukkan proses tukar top tu - dari granite ke solid surface. Sebelum tu nak bagitau, kalau nak tukar ke tiles pun boleh cuma nanti rupa dia tak berapa nak cantik la {dalam imaginasi saya je la sebab dia takkan cabut top yang dah ada ni, sebab nak tabur simen atas tu untuk lekatkan tiles}. Saya pulak memang nak buang terus granite ni sebab memang dah buruk retak segala kan. Jadi pilihan yang ada selain tiles dan mica/fomica ialah solid surface. Pilih warna putih, seperti plan asal.

Nampak tak daki-daki kat dinding dapur saya tu? Tu lepas cabut granite tu . . . Syukurlah kami bertindak awal, kalau tak dah kembang macamana agaknya kayu area sinki ni. Dan daki-daki tu makes me . . . eeeyaarrrkkk . . . huhu

Proses berlangsung dengan baik...

Ha, yang baju putih tengah tekan-tekan top yang baru pasang tulah bosnya...namanya Azmi Kedel. Sangatlah baik dan soft spoken. Dulu sekolah kat Sultan Muhammad Melaka. Kira kawan baik sekolah saya, Sharodz. Tapi dia tahun lain la... (eh nak kena cerita ke? hihu)

Yang baju kuning tu pulak big boss...ngehngeh

Ketang ketung...ketang ketung....akhirnya siaplah table top yang diidam-idamkan.

Weeehoooo....;D

Alhamdulillah...saya sangat-sangat puas hati dengan kerja Abang Azmi and team ni. Even more, dia bagi satu handle free dan siap poskan lagi pada kami sebab masa hari tu dia tak bawak. Handle tu nak pasang pada laci KC saya yang dah tercabut handlenya {ganas sangat?}. Saya bagitau lambat, that's why Abang Azmi tak bawak awal-awal. 

Kos keseluruhan . . . ? I let you guess first... Siapa boleh teka berapa agaknya RM dikeluarkan untuk proses tukar counter top ni?

Hihi...

Hasilnya seperti gambar di bawah . . .

Alhamdulillah!

Ok, siapa boleh spot the difference between the before and the after picture?


Counter top yang sudah bertukar? Yaaa . . . anda betul!!!

Hah!, yang itu semua pun tahu ... lain-lain perbezaan?

Yaaa . . . sinki yang telah berubah!

Perasan tak, gambar sebelum, sinki saya 3 bowl...gambar selepas, sinki saya 2 bowl sahaja...

Ok, sebenarnya alang-alang nak tukar counter top ni, memang kena cabut sekali sinki.

Jadi, saya decide nak pakai sinki 2 bowl je. Mengikut pengalaman dah pakai sinki 3 bowl, rupanya susah nak jaga kalau banyak bowl ni. Macam menambah kerja nak kena basuh banyak tempat pulak. Padahal bukan letak benda kotor pun, setakat letak dishwasher je. Sabun-sabun tu je...itupun masih berdaki. Yelah, dah nama sinki kan,..Sinki orang Malaysia kan memang camtu. Wet dan tak dry macam orang putih nun... {toilet diorang pun tak wet macam kita, ok itu cerita lain}

Selain tukar sinki, saya juga mintak Abang Azmi jadikan sinki ni under-mounted. Sebelum ni top-mounted which end up dengan selekeh air terpercik-percik lagi banyak. Kalau under-mounted ni selain nampak kemas, juga senang nak urus semasa proses basuh pinggan berlangsung.

Tap air pulak sebelum ni pakai dua, sekarang pakai satu je tapi kepalanya masih dua la. Sebab nak pasang water filter kan...

Setakat ni, saya berpuas hati dengan performance solid surface. Paling penting air dah tak masuk dalam kabinet saya lagi. Alhamdulillah sangat...

Cuma, memang faktor calar tu sangatlah mudah calarnya. Tapi, saya ada baca boleh guna kertas pasir untuk hilangkan calar-calar tu. Selain tu, kalau terkena kunyit ke, akan adalah warna yang tertinggal. Tapi, lepas-lepas tu warna tu akan hilang.

So, apa pendapat anda tentang counter top ni? Membazir tak saya spend duit untuk buat semua ni? Ada tak yang berpengalaman macam saya dan macamana anda menanganinya? Counter top buat hal? Pecah atau tiles tercabut? Share with me, I really want to know!

Cerita 1 {KC awal}
Cerita 2 {baiki table top retak} --- hari ni!
Cerita 3 {tambah kabinet laci}
Cerita 4 {sinki yang efektif}
Cerita 5 {dishwasher}
Cerita 6 {tempat tos pinggan}
Cerita 7 {tempat gantung kain lap}

56 comments:

  1. xde pengalaman pasang2 KC ni, so mmg xde gambaran harga..2-3bulan lg nk masuk umah sendiri.. xtau la apa ropa..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha? mung beli ka? nti aku nak cerita details ok!

      Delete
  2. bestnye dpt kc idaman..
    org xberduit cmnilah, xdpt ape yg sy idamkan.tp tetap bersyukur.
    pd sy xdelah membazir sbb kalau xtukar skrg, lmbt laun kne tukar gk kan..
    cer akk recommend kat sy.
    kc da ade cume xpsg pintunye.hihi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi comelnya cik adik ni...awat tak pasang pintu kc? tapi tu kira macam open workspace la kan? ngee ;)

      Delete
    2. masa masuk rumah dlu, duit ade cukup2 nk buat table top je dlu(eh btulke panggil table top)hihi..
      kc saye biase2 aje kak.xmcm akk nye,ni pon upah tukang je kak.sgt xmemuaskan xdpt warna idaman.tp tetap bersyukur kalo x, lg xmerase nk ade kc.oh berbalik pd pintu tu, bile duit ade cukup2 tu je, pintu kemudian jer lah. tgh mengumpul duit nk pasang pintu,hihi..

      Delete
    3. bila leh tgk dapur awak ni? citer laa dlm blog...konfem akk dtg terjah!

      takpe, buat sikit2..lama2 jd bukit (eh?) cantik ke idak tak brp penting, yg penting kemas, tersusun dan efektif! ececeh! ;p

      Delete
  3. Retaknya top tu seretak jantungku. Wahhhhh.. Keputusan besar yang menggugurkan jantung.. Ongkos lagi tu..

    ReplyDelete
  4. Sayangnya, granite pon boleh pecah yer. Masa pergi kedai minta quotation nak buat Kitchen kabinet, harga diorg bg pon sama utk granite n solid surface..granite mmg cantik tapi solid surface pon ok, cuma kena hati2 sebab pernah guna dapur yg topnya solid surface, kalo tertumpah kunyit, mmg kuninglaa kalo topnya putih..kena cepat2 cuci..pasal double sink tu saya setuju sgt, sebab kalo amik yg 3 tu, jenuh nak cuci yg tgh2 yg bukan guna sgt pon..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahah mmg kuning klu lmbt lap..jenuh nak gosok nti...apelagi asma! jom buat kc cepat n share wimme!! ;)

      Delete
  5. kitorang pakai table top.pernah sekali tgh buat susu sekali side tiles terjatuh tercabut sib baik tak timpa kaki.kontraktor asal guna gam murah.then panggil kontraktor lain pecahkan balik side tiles and ganti tiles baru.nasib baik leh dpt tiles corak sama.cuma hasil kerja kontraktor kedua ni tak secantik yg asal :(
    tukar solid ni maybe kurang dr seribu kot..ye dak??

    ReplyDelete
  6. Salam, akak baru aje renovate rumah. Buat KC dan top pakai Solid Surface. Kononnya sebab KC warnanya putih so akak terpaksa pilih solid surface warna hitam. Rumah akak yang dulu pun pakai tiles aje.Memang kontraktor ada bagi tahu kaler hitam ni kalo kesan calar dia senang nampak (akak ingat nampak sikit2 aje la). Bila solid surface dah pasang rupa2nya keadaannya sangat teruk. Bukan setakat TERLAMPAU SENSITIF which i tot kalo kita dengan keadaan kuat membuat sesuatu dipermukaan akan tercalar tapi rupanya akak meleret packet Twisties (makanan ringan tu) pun boleh calar nampak putih2 lagi. Yang paling teruknya setiap kali terkena air ada kesan tompokan2 putih akan nampak dan kekal disitu.X de nya nampak shining-shining kat solid surface tu. Nampak kusam aje. Bila dah jadi sebegini mood nak masak hari2 dah hilang. Disebabkan masih baru akak panggil kontraktor datang tengok, dia pun terperanjat dan berkata memang x sepatutnya jadi macam tu. Dia kata dua cuba akan dapatkan ganti rugi dari si pemasang (sebab dia sub kat orang lain). Dua tiga hari selepas tu kawan suami di opis kasi tahu bahawa beliau pun pasang solid surface kat dapur tapi belum sampai lima tahun dah pecah. Lagi satu rupa2nya solid surface kesesuaiannya pada dry kitchen sahaja. X tahan haba. Tapi kesal kenapa kontraktor akak tu explain kat akak ya. Sekarang nasi dah jadi bubur akak mohon reader2 semua doakan akan dapat ganti rugi or they will replace a new one for me. Kalo ada option akak nak pakai granite pas ni Akak ada google kat tenet about tis. Ramai suggest granite walaupun mahal sikit dari solid surface. Untuk empunya blog ni akak rasa granite yang diberi kepada anda kualitinya kurang baik sebab tu mudah pecah. Acerli granite ni ada byk jenis made in indon ada, china pun ada, india pun ada dan byk grade. Macam solid surface akak ni akak rasa dia kasi grade cap ayam kot. Kak Umi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ooo0o0o cam tue erk...10q bg info

      Delete
    2. Terima kasih atas perkongsian pengalaman

      Delete
  7. bestnyeee cantik sangat dapur, saye suke sangat dapur theme putih!

    ReplyDelete
  8. imah: JAUH menyimpang tekaanmu..tapi percubaan yg bagus...hihi

    kak umi: rezeki sy dpt camtu..tp granite biasanya mmg ok..=) pjgnya komen akak...sy suke =)

    ieza: nk tgk dapur awak pulak..=)

    ReplyDelete
  9. Awakk... Rumah kat Melaka ke?? Leh introduce contractor untuk KC tu? email saya k.. zfmy11@yahoo.com..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam..bole bg contact no kontraktor bro tu? Kc umah saya pun sama, guna tiles, x smpi brp bln dh tercabut..mmg nk pecah suma ganti granite..sakit mata nengok

      Delete
    2. Mohon bagi no hp en azmi kedel.tq

      Delete
  10. bole bg tahu harga die x? sy sgt tak puashati dengan tiles KC saya. cadangnyer nak pecahkan tiles tuh n nak tukar lain..nak bajet2 dulu..mechico53@gmail.com

    ReplyDelete
  11. Salam.saya nibekas pelangganen azmi. Agaknya ni nasib la. Saya mendapat hasil kerja dari beliau yang amat tidak memuaskan. KC saya seperti dibuat oleh orang yang tak mahir. Civil work yang teramat buruk. Saya sedang mengenakan tindakan undang2 di atas kerugian yang di alami. afauzanh@gmail.com



    ReplyDelete
    Replies
    1. betul juga..ikut rezeki jgk kan..sy pun terkena jgk yg pertama tu..huhu

      Delete
  12. salam singgah...sekadar berkongsi pengalaman saya.solid surface memang tidak tahan lasak dan mudah tercalar.warna pula merah,tercalar sikit dah nampak.bila warna putih,tak pasti pula.suka dengan tiles juga...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tiles mmg plg tahan lasak..sy pun klu dpt ulang masa nk pki tiles tp solid surface ok juga setakat ni..mmg mudah calar..kena hati2 guna dan selalu lap..

      Delete
    2. yeke..tiles tahan lasak..tp kalo x pasang betul tiles pun bleh pecah... dia kena simen betul2... lagi 1 ...saya dah kena..mujur dalam jaminan lg.. tile jatuh ke bawah.. muur x timpa kaki anak

      Delete
    3. betul tu, ada kes jugak tiles yang jatuh sebab tak betul bancuhan simen..apapun semua ini rezeki masing2...:)

      Delete
  13. salam singgah...sekadar berkongsi pengalaman saya.solid surface memang tidak tahan lasak dan mudah tercalar.warna pula merah,tercalar sikit dah nampak.bila warna putih,tak pasti pula.suka dengan tiles juga...

    ReplyDelete
  14. pun pakai solid surface kat rumah, alhamdulillah setakat ni ok je.. kena rajin lap supaya selalu bersinar.. n sbb ambil warna kelabu hitam camtu so tak nampak sangat kalau kotor or kalau calar..

    ReplyDelete
  15. salam akak,

    Akak beli sink baru tu jenis undermount or topmount?
    Bole ke beli yg jenis topmount, pastu suruh contractor tu jadikan dia undermount?

    Sbb sy beli sink jenis topmount..mhl sgt lah yg jenis undermount tu..xckp budget huk3

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam,

      akk tak pasti pulak sinki ada jenis top atau under mount. setahu akk sinki sama je sume, cuma masa nk pasang baru kita ckp kat kontraktor nk top atau undermount. akk beli sinki yang biasa je..blh top dan blh undermount..cuba pastikan dekat kontraktor k dan infom klu ada info tambahan..:)

      Delete
  16. saya punya island pakai solid surface.. asben plak x bgtau sy cpt bercalar.. alahai sy mn la tau hihi.. xsmpai bape hari dh bercalar dh ni.. sakit mata tgk.. yeke leh pakai kertas pasir? alahai kak pening btul la nk susun atur brg lam kc ni.. hihi br pindah umah.. xdpt rentak lg.. plus pinggan mangkuk umah mak dlu sume tumpang umah sy.. mcm dh penuh satu kc xtau susun mcm mn.. HELP HELP.. heh

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena hati2 pki solid surface ni dear..tang calar tu akk pun tak try lg guna kertas pasir..sbb tak teruk sgt pun calar..sbb da tau sblm ni jadi mmg extra care nk wat kerja..tang susunatur dalam kc, insyaAllah sampai turn cabaran bulanan akk stori mori okes ;)

      Delete
  17. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  18. Salam kak..bleh email sy kontraktor beserta hrga dua2 kontraktor.tq yr
    nur_maahadian@yahoo.com

    ReplyDelete
  19. boleh bagi contact number abg Abang Azmi Kedel tu x..tgh cari kontraktor utk buat under-mounted gak..=)) nasibaik jengah blog akak ni..hihi..email kat naddib85@gmail.com

    ReplyDelete
  20. boleh bagi contact number abg Abang Azmi Kedel tu x..tgh cari kontraktor utk buat under-mounted gak..=)) nasibaik jengah blog akak ni..hihi..email kat naddib85@gmail.com

    ReplyDelete
  21. dapat x comment tadi??x pasan dh post ke blom..eheh.
    nak contact number Abang Azmi Kedel boleh..email kat naddib85@gmail.com
    tq!

    ReplyDelete
    Replies
    1. dear d-Ya, saya dah beberapa kali tukar fon dan tiap kali tukar contact lama byk hilang termasuk no abg azmi ni. Awak cuba google je nama dia, nanti keluar blog dia. Btw, hasil kerja dia ada org kata bagus ada yg kata tidak. tapi harga oklah dgn abg azmi ni, affordable..gudluck ok =)

      Delete
  22. Salam.. saya pun dalam perancangan nak pasang KC ni.. very gud info yang saya dapat.. memandangkan saya pun ada bercadang untuk gunakan solid surface ni.. boleh dapat kan kontek no kontraktor yg sis guna & brapa kos utk replace top tu ke solid surface? TQ sis

    ReplyDelete
  23. Salam Fizah, so far mcm mana pengalaman guna solid surface top warna putih? Senang nampak kesan calar tak? Skrg saya guna top warna hitam, mmg senang nampak calar. Utk rumah baru tgh fikir sama ada nak guna warna putih..tapi risau pula kalu senang stain (kunyit misalnya).

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam syahiera...setakat ni ok je saya pakai..sbb sy amek kaler putih tp buka putih plain..dia macam ada corak batu jugak tp tak nampak sgt pun coraknya...bab calar setakat ni mudah diurus. tp tak teruk pun kesan calar sbb kaler putih kut...jadi tak nampak sgt..bab kena kunyit pun kalau terus lap ok je, tak tinggal stain pun...kalau diberi pilihan mmg sy akan tetap pilih putih..kalau hitam sy akan amek granit bukan solid surface. harap membantu :)

      Delete
  24. Thanks for the reply.. Sgt membantu. Boleh lah sy pilih solid surface putih pasni. Kalau nak hitam juga, better granite or quartz. Thanks again :-)

    ReplyDelete
  25. AsSalam....boleh rekomen ke kontraktor di Melaka tu? Sy bercadang untuk tukar counter top juga....terima kasih.

    ReplyDelete
  26. kontraktor nilai 017333143 all renovation repairing
    aziz mohamad

    ReplyDelete
  27. Assalam..sis bole wsap sy no en ahmad kedel..tq ni no sy 01139001309

    ReplyDelete
  28. Assalam sis bole bg no contact en ahmad kedel tu..tq..ni no sy 01139001309.sy nk buat kc

    ReplyDelete
    Replies
    1. sy baru google sbb dlm simpanan dah hilang..0193961780 azmi kedel

      Delete
  29. Info yg sgt membantu. Sy pun dlm plan nk pasang sama ada solid surface atau tiles sb sy suka top warna putih. Tp bila tanya kontraktor dia org cadangkan tiles. Tgh berbelah bagi ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tiles pun ada masalah kalau org yg pasang tak pro, sbb nti tiles dia jatuh...sy cadangkan pasang konkrit kemudian pasang solid surface atas dia...harap membantu.

      Delete
  30. Salam...
    saya baru pas reno rumah saya... area melaka... rumah semi d single storey.. 30x48 build up... 40x85 total keluasan...
    Nak share pengalaman.. scope reno : cornice utk ruang tamu n dry kitchen, kitchen cabinet plus tall unit for dry kitchen (agak luas), kitchen top for wet kitchen, wiring plus installation termasuk auto gate wiring, tv panel, tv hanging kabinet, grill utk satu rumah, tambah tembok batu kat wet kitchen plus pintu besi... saya survey 5 contractors... quotation average rm40k.. but finally saya jumpa ah keong... quotation dia cuma rm27k... rumah saya dh 80% complete.. keje kemas... contractor dia pun sume jenis tua2 n experience... ramai gak teman ofis saya dh start mintak quotation dari dia... rasa nak share cuz price dia sgt bagus plus keje pun kemas... if nak more detail, bley pm saya... 0165444303...saya bley share skali pix umah saya :)

    ReplyDelete
  31. Saya dari Shah Alam, counter top kabinet rumah saya mudah berdaki dan bentuk berubah sedikit akibat air dari sinki.. Menyebabkan sinki tertanggal dari gam getahnya. .dan berlaku sedikit kebocoran. Jadi saya perlukan specialist dalam bidang kabinet dapur.. Sekitar shah alam.. bajet mesti berpatutan..

    ReplyDelete
  32. salam..saya pun sedih kalau nak cite pasal KC nih..dpt kontraktor lembabbb.. geramm sangat..sbb tu x pernah update kat blog..x hepi bile nak cite pasal tu... :(

    ReplyDelete
  33. Terima kasih atas pengkongsian pengalaman.

    ReplyDelete

Terima kasih di atas semua komen-komen yang diberikan. Kehadiran anda semua di sini sangat-sangat saya hargai. Saya akan cuba yang terbaik untuk membalas dan meraikan setiap kunjungan anda, dan mohon maaf sekiranya ada sebarang kekurangan ^^,