Pages

Tuesday, December 11, 2012

Bekas Sos Dan Mayonis - Pengurusan Peti Ais

Hari tu saya ada cerita tentang menukar bekas minuman dalam peti ais kan. Macam gambar kat bawah ni.
sumber gambar
Satu hari, ada kejadian Adni nak ambil botol mayonis (kat para yang di bawah para telur tu) dan sebab ibu terlebih cemas takut jatuh, ibu pun cuba nak selamatkan. Padahal ibu rasa kalau biarkan aje, takde apapun. Tapi, sebab ibu dah 'masuk campur' maka terjatuhlah botol mayonis tu. Pecahlah dia dan habislah semua mayonis dalam tu yang masih banyak sebab baru isi semula.

Pengajarannya, percayakan anak anda dan cuba biarkan dia lakukan apa yang sedang dia buat, jangan cemas sangat. Adni dan Alya memang suka makan mayo sama macam ibu dia terutama kalau makan pagi ada cekodok. (cekodok tu macam jemput-jemput, kut ada yang taktahu kang kata buruk nau namanya...hehe)

Sementara tu, kenalah ibu berfikir bekas apalah pulak nak guna untuk letak mayo ni. Nak beli botol kaca lagi, macam takut pulak kejadian pecah berlaku lagi. Fikir punya fikir, sekali keluar idea pakai je bekas plastik macam kat kedai-kedai burger tu.

Mula-mula beli untuk mayo je, tapi bekas tu macam tak sesuai sebab hujung dia sempit dan susah nak keluarkan mayo tu. Jadi, pergi ke Cowboy pulak dengan misi cari bekas yang lain, murah dan nak beli dua sebab nak letak sos sekali. Bekas sos pun kaca sebelum ni, dan biasanya bila makan mayo mesti makan dengan sos sekali. Jadi, bila bekasnya sama maka senanglah nak ambil lepas ni.

Inilah bekasnya ketika sedang dan setelah siap diisi. Bekas ni muncung dia ada dua lubang, jadi mudah keluar isinya.
Setelah dimasukkan ke dalam 'rumah' mereka
Setakat ni memang mudah nak ambil terutamanya bila Adni yang nak tolong ambilkan. Lagipun paranya pun yang paling rendah sekali.

Sekian saja entri kali ini tentang pengurusan peti ais. Harap dapat memberi idea dan berkongsi dengan orang di luar sana.

p/s Untuk Kak A, tugasan yang diberikan saya dah draft sikit-sikit idea, cuma nak taip kat emel tu jadi tergendala sikit. Nanti saya usahakan ya...;)

2 comments:

  1. Sgt mencetuskn idea y aku jga mhadapi masal
    AH y sama

    ReplyDelete
  2. Mrs.aisheiteru
    April 11, 2013 at 9:54 AM

    Sy sgt suka organize. tp bila dh x sempat tu sesuka hati jer letak mana sempat. huhu

    ReplyDelete

Terima kasih di atas semua komen-komen yang diberikan. Kehadiran anda semua di sini sangat-sangat saya hargai. Saya akan cuba yang terbaik untuk membalas dan meraikan setiap kunjungan anda, dan mohon maaf sekiranya ada sebarang kekurangan ^^,