Antara kerja organizing yang berjalan beberapa hari lepas. Bila mood datang, semua benda nak dibuatnya. Kali ni, menyeragamkan bekas air dalam peti ais.
Walaupun kami tak minum air sejuk di rumah, tapi bila tetamu datang, kadangkala ada yang request air sejuk, jadi senang terus sambar botol ni. Kalau nak buat air berjus pun senang. Sebelum ni guna botol-botol mineral biasa tu je, tapi sebab susah nak basuh dan gosok bahagian dalam, maka terfikir nak tukar ke bekas yang lebih ergonomik (oh ayat!).
Bekas letak susu pekat manis pun saya tukar daripada guna yang tutup merah asalnya (gambar kiri para paling bawah) kepada bekas kaca tutup emas (gambar kanan para nombor dua tu). Asbab tukar tu kerana bekas tutup merah tu a bit bigger dan macam tak berapa nak fit masuk kat para door fridge ni.
Bekas air biru tu saya beli kat Mydin jek. Harga dia kalau beli dua RM 8.90. Kalau beli satu RM 5.90. Saja beli tiga je, sebab kalau beli empat nanti nak tambah stok susu segar dah tak muat pulak para beverages ni.
Gambar bawah ni pulak nak tukar bekas milo, oat dan susu yang memang menjadi minuman harian kami. Kopi dan teh memang tak buat kecuali kalau ada tetamu datang dan diketahui mereka suka minum kopi/teh.
Bekas ni lagi sempoi, beli kat Cowboy je harga sebiji RM 5 lebih camtu.
Untuk pengetahuan orang luar Melaka, Cowboy ni merupakan satu pasaraya borong yang menjual pelbagai jenis barangan harian dan keperluan pada harga yang sangat murah berbanding pasaraya lain. Tapi still ada barang-barang dia harga biasa je, tak murah sangat pun tapi taklah mahal. Kena pandai tengok. Dan, kelebihan Cowboy ni, dia ada jual macam-macam segala benda yang kadang tak terfikir pun ada jual, tapi kat sini ada. Dalam dia takda aircond dan susunan barang-barang dia pun memang macam pasar borong, kurang kemas. Tapi, still senang nak cari barang yang kita nak. Ada beberapa kali terdengar berita orang meninggal dipatuk ular di tempat ni. Tapi, saya tak mahu sentuh isu tu, sebab saya pun taktahu berapa sahih berita tu, since banyak sangat kata betul, ada yang kata rumours je...Wallahua'lam.
Eh, cerita Cowboy pulak yang berjela panjang. Hehe.
Sekian saja entri organizing dari ambe. Jangan korang muntah ijo pulak sebab memang ahkak minat benar benda-benda cenggini dan terniat nak share apa yang baik dengan pembaca budiman sekalian. Gitewww...
p/s Rasa perlu letak label kat bekas milo, oat dan susu tu baru samtek kut? Next projek laaa...
4 comments:
Dekat sebulan aku nak cari bekas lebih kurang cam ko tu. Square n transparent.. Blom ada y bekenan. Da dekat 5 lokasi tak jumpa. Heeeee... Entry y i likeeeeee.
geram kalu tak jumpa bekas yg dicarik kan? cer try tgk daiso..tu pun heaven jgk tu..
mmg bks square n transparent ni byk mnjimat ruang instead yg bulat kan?
teruskn mencari mamalynd!
Aku jumpa di Daiso thgri td. Mmg heaven dan lagi heaven klu aku boleh pegi setiap rak, stiap baris kat Daiso. tp sbb g dgn anak2 y suka main cilukba kat celah2 rak tu abaikan je la. Cari je mane y nak. Esok nk g 1 round lg tanpa mereka.
hamboi hamboi hamboiii....
Post a Comment