2 ABOUT ME

Assalamualaikum dan hai semua!

Izinkan saya berkongsi sedikit latar belakang sebagai penulis blog Susun Atur Sioca. Pertama sekali, Sioca itu bermaksud anak perempuan dan blog Susun Atur Sioca adalah medium untuk saya berkongsi passionate saya terhadap Home Organizing dengan rakan pembaca yang lain.

Dunia susun atur bagi saya, sentiasa luas untuk diterokai dan expandable. Sentiasa ada ilmu baru untuk dipelajari setiap hari malah banyak sistem susun atur yang jika dikaji dan digunakan dengan betul, akan dapat membantu ruang-ruang kehidupan para suri menjadi lebih efektif dan berkesan. Oleh itu, saya menggunakan blog ini untuk menyimpan dan berkongsi maklumat tersebut dengan rakan-rakan, dengan harapan ada manfaat yang boleh dikongsi bersama daripadanya.

Dari segi pendidikan, saya memiliki PhD dalam bidang Kejuruteraan Elektrik, Elektronik dan Sistem, UKM. Di situlah saya belajar memahami bahawa tiada jalan mudah untuk mencapai sesuatu, pantang menyerah walau ditekan dan sentiasa optimis pada setiap keadaan.

Saya juga merupakan ibu kepada 4 orang anak dan cabaran yang tersedia pula adalah berbeza - apatah lagi dengan memahami bahawa anak-anak ini sentiasa ingin bereksplorasi dan beraktiviti. Tetapi, saya sentiasa yakin bahawa pada anak-anak itu ada hak dan amanah yang perlu digalas dan ditunaikan malah menjadi sumber bahagia dalam memaknakan sesebuah kehidupan. Biarlah di dalam memori mereka sentiasa ada cerita tentang home, love and dreams; dan bukan sekadar house, walls and beams.


Akhir sekali, demi bertukar semangat berkemas dengan anda semua, saya akan sentiasa berusaha dari semasa ke semasa untuk menganjurkan Giveaway/Cabaran Bulanan yang diharapkan dapat terus mewarnai dunia susun atur kita semua.

Sekian dahulu daripada saya.

Siti Hafizah Yusop
susunatursioca@gmail.com (iklan/review)
Melaka, Malaysia | 18 Jan 2019

2 comments:

Unknown said...

Akak keje tak lepas habis phD?

Fizah said...

Blogger Unknown said...
Akak keje tak lepas habis phD?
--
kerja sendiri :)
--

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...