2 ABOUT ME

Assalamualaikum dan hai semua!

Di sini saya berkongsi sedikit latar belakang saya sebagai penulis blog Susun Atur Sioca.

Pertama sekali, Sioca Kecil itu sebenarnya asal nama blog peribadi saya - di mana Sioca tu daripada Bahasa Indonesia yang bermaksud anak perempuan atau nona.

Tujuan blog Susun Atur Sioca ni pula adalah untuk berkongsi passionate saya terhadap Home Organizing dengan rakan pembaca yang lain. Dunia susun atur bagi saya, sentiasa luas untuk diterokai dan expandable. Sentiasa ada ilmu baru untuk dipelajari setiap hari. Malah banyak sistem susun atur yang jika dikaji dan digunakan dengan betul, akan dapat membantu ruang-ruang kehidupan para suri menjadi lebih efektif dan berkesan. Blog ini menjadi medium untuk saya menyimpan dan berkongsi maklumat tersebut dengan rakan-rakan lain, dengan harapan ada manfaat yang boleh dikongsi bersama daripadanya.

Daripada segi pendidikan, bidang saya sebenarnya sangatlah jauh dari passionate yang satu ini. Walau bagaimanapun, dengan memiliki PhD dalam bidang Kejuruteraan Elektrik yang tersimpang dari minat asal, menyedarkan saya bahawa pada hakikatnya cabang ilmu ini adalah luas, malah telah juga menjadikan saya sentiasa berusaha untuk memandang kehidupan ini dari sudut yang berbeza; dengan perspektif yang berbeza.

Menjadi ibu kepada 4 orang anak pula menyediakan cabaran yang berbeza setiap hari dari celik mata hingga terbenamnya mentari - apatah lagi dengan memahami bahawa anak-anak ini sentiasa ingin bereksplorasi dan beraktiviti. Tetapi, saya sentiasa yakin bahawa pada anak-anak itu ada hak dan amanah yang perlu digalas dan ditunaikan malah menjadi sumber bahagia dalam memaknakan sesebuah kehidupan. Biarlah di dalam memori mereka sentiasa ada cerita tentang home, love and dreams; dan bukan sekadar house, walls and beams.


Di ruang blog ini juga, saya turut membuka peluang kepada rakan niaga yang mungkin memerlukan khidmat saya untuk review produk jualan kalian. InsyaAllah medium blog ini setakat hari ini, sangat banyak membantu dalam memasarkan sesuatu produk jualan.

Akhir sekali, demi bertukar semangat berkemas dengan anda semua, saya akan sentiasa berusaha dari semasa ke semasa untuk menganjurkan Cabaran Bulanan yang diharapkan dapat terus mewarnai dunia susun atur kita semua.

Sekian dahulu daripada saya.

Siti Hafizah Yusop
susunatursioca@gmail.com
Melaka, Malaysia | 20 Julai 2018

2 comments:

Unknown said...

Akak keje tak lepas habis phD?

Fizah said...

Blogger Unknown said...
Akak keje tak lepas habis phD?
--
kerja sendiri :)
--

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...